Apam Nasi Putih Gebu

Apam Nasi Putih Gebu



Bahan-bahan

  • 1 cawan nasi
  • 2 cawan tepung beras
  • 1 cawan gula putih
  • 1 1/4 cawan air
  • 1 sudu kecil yis
  • 1 paket kecil eno - tanpa perisa



Cara - Cara

1.Blend nasi dengan air hingga halus kemudian masukkan gula, tepung dan yis. Blend lagi hingga sebati. Masukkan ke dalam bekas dan tutup rapat. Perap lebih dari 3 atau 4 jam atau semalaman.

2.Selepas diperap kacau perlahan dan masukkan eno, kacau sebati perlahan-lahan
dan biar sebentar.

3.Panaskan kukusan. Masukan ke dalam acuan-acuan kecil yang telah disapu sedikit minyak. Isikan hanya 1/2 penuh sahaja. Kukus selama 15 minit dengan api kuat.

4.Boleh di makan dengan kelapa parut yang digaul dengan garam dan dikukus sebentar, jika suka.



Selamat Mencuba

Resepi Untuk Dikongsi

kredit;Resepi Kek & Puding

0 comments:

Post a Comment

Resepi Untuk Dikongsi. Powered by Blogger.