Ayam Goreng Rempah Mamak Penang

Ayam Goreng Rempah Mamak Penang




Bahan-bahan

  • 1 ekor ayam (1.6-1.8kg) | dipotong 10/potongan nasi kandar ( saya guna 900gm ayam/potong biasa)
  • 4 sudu besar tepung ubi kayu
  • 2 sudu besar tepung beras
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu kecil serbuk lada putih
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 2sudu besar serbuk kari daging
  • 1 sudu besar*cili kering yang dikisar halus (saya guna cili powder)
  • 3 sudu besar kisaran halus (bawang besar 1 biji + bawang putih 4 ulas + halia 2")
  • 3 tangkai daun kari | potong halus
  • 1kg minyak untuk goreng
  • Garam secukup untuk dirasa


Cara - Cara

1.Bersihkan ayam yang telah dipotong dan perlu disimpan dalam penapis bersesuaian untuk keringkan air basuhan ayam.Masukkan ke dalam bekas dan masukkan serbuk kunyit dan sedikit garam dan gaulkan serata ketulan ayam di dalam bekas.Masukkan serbuk kari, kisaran bawang + bawang putih + dan halia.Tutup bekas ayam ini dengan "plastic wraper" dan peramkan dalam peti sejuk bahagian dingin selama 1-2 jam untuk bahan rempah ini masuk ke dalam isi ayam.

2.Keluarkan bekas dan masukkan tepung ubi kayu, tepung beras dan tepung jagung bersama serbuk lada putih dan daun kari yang dipotong halus.Gaulkan serata dan dapatkan kelikatan tepung yang tepat.Sekiranya tepung terlalu likat, boleh ditambah telur sebutir atau sedikit air.Kelikatan tepung adalah amat perlu diberi perhatian sekiranya cair, tepung ini akan berpisah dari ketulan ayam...terlalu pekat ia akan menjadi cucur goreng.Maka dinasihatkan agar goreng seketul ayam dahulu untuk pastikan bentuk fizikal ketulan ayam.Peram 20-30 minit sebelum gorengan.

3.Panaskan kuali dan masukkan minyak yang secukupnya (ketulan ayam perlu lemas dalam minyak).Tentukan minyak perlu panas sebelum memulakan gorengan.Suhu minyak amat memainkan peranan dalam gorengan yang cantik.

4.Untuk gorengan yang cantik, ketulan ayam perlu dimasukkan jangan terlalu banyak dan sedikit.Api dapur perlulah sentiasa diawasi supaya ketulan ayam tidak hangus.Pada keadaan biasa cuma masukkan 4 ketul dalam kuali yang sederhana besar pada api sederhana.Gorengan ini biasanya ambil masa 20-25 minit.Untuk pastikan ketulan ayam telah masak, biasanya ketulan itu mula terapung.Masukkan bahagian peha diakhir gorengan kerana bahagian peha ambil masa yang lama untuk masak dan memerlukan api yang kecil.Tanda peha sudah masak ialah dengan perhatikan urat pada bahagian bawah mula pecah dan ketulan mula terapung

5.Goreng ayam tidak perlu lama dan tidak masak.Kalau terlalu masak juice pada ayam akan kekeringan dan menghilangkan kemanisan pada isi ayam



Selamat Mencuba

Resepi Untuk Dikongsi

Resepi:Mohammad Roslan

0 comments:

Post a Comment

Resepi Untuk Dikongsi. Powered by Blogger.