Cheesecake Snow White
Bahan-bahan untuk kek:
- 6 biji telur gred B (2 daripadanya dibuang putih telur)
- 100 gm tepung superfine (sila ayak)
- 60 gm tepung jagung (sila ayak)
- 100 gm gula kastor
- 1 sudu teh baking powder (sila ayak)
- 2 sudu kecil ovalette
- 50 gm air sejuk
- 75 gm mentega yang telah dicairkan.
Cara-cara untuk membuat kek:
1. Setkan oven pada suhu 150C dan biarkan. Sediakan loyang berukuran 8x8 dan alas dengan baking paper.
2. Masukkan semua bahan-bahan tadi kecuali mentega kedalam 1 bekas. Pukul sehingga putih gebu.
3. Setelah itu masukkan mentega dan pukul sehingga rata.
4. Bakar selama 45minit. Setelah siap dibakar kemudian sejukkan dan potong kepada 2 bahagian.
Bahan-bahan untuk filling:
- 250 cream cheese (jenama apa pon boleh)
- 5 camca besar susu pekat.
Cara-cara untuk membuat filling:
1. Masukkan kedua-dua bahan dan pukul rata.
2. Sekiranya filling sedikit cair, masukkan kedalam peti sejuk selama 10 minit.
3. Setelah itu, boleh digunakan.
Bahan-bahan untuk hiasan:
- 1 ketul cheddar yang telah di sagat.
Untuk membuat Snow Cheesecake:
1. Letak 1 lapisan kek pada dasar cake board dan lapiskan dengan cream cheese filling.
2. Kemudian letak 1 lagi lapisan kek dan sapu cream cheese filling keseluruh kek.
3. Tabur cheddar yang telah disagat pada kek dan sejukkan kek dalam peti sejuk selama 2 jam sebelum dipotong.
Selamat Mencuba
Resepi Untuk Dikongsi
Cheesecake Snow White
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
About Me
Resepi Untuk Dikongsi. Powered by Blogger.
0 comments:
Post a Comment