JEMPUT-JEMPUT PISANG/CUCOR KODOK PISANG
Bahan-bahan
Pisang EMAS - buang kulit dan lenyekkan
Sedikit air - agak-agak 1/3 dari sukatan pisang tu
Gula
Garam
Tepung gandun - lebih kurang 1/3 gak dari jumlah pisang lenyek tu
Tepung beras - agak-agak dalam 2 sudu besar le untuk banyak sukatan ni
Sesudu kecil soda bicarbonate
Minyak untuk menggoreng
Caranya
1. Masukkan air, garam dan gula dalam bekas yang berisi pisang lenyek tadi tu. Sebatikan.
2. Masukkan tepung dan kacau secara kaup balik sebab kang kalau terlebih kacau tepung jadi liat. Kalau nampak cair sangat boleh tambah tepung sikit lagi tapi kalau terpekat pulak boleh tambah sikit lagi airnya.
3. Goreng dalam minyak panas secara terendam atas api yang last pusing (kecik sikit). Jangan letakkan terlalu banyak yer. Bagi ruang sikit dalam kuali tu supaya naiknya bulat sikit. Bila nampak dah gelap dah boleh angkat dan tuang atas tisu dapur tu yer untuk toskan minyaknya yang banyak tu.
Selamat Mencuba
Resepi Untuk Dikongsi
Cucoq ni arwah tok admin selalu buat.. Al Fatihan untuk Ku Esah
JEMPUT-JEMPUT PISANG/CUCOR KODOK PISANG
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
About Me
Resepi Untuk Dikongsi. Powered by Blogger.
0 comments:
Post a Comment