Kerabu Mangga Muda
Bahan-Bahan:
3 biji mangga muda – mayang memanjang
5 ulas bawang merah – hiris nipis
6 biji cili api – potong kecil
Ikan bilis – digoreng
Kacang Tanah – digoreng 1 sudu besar gula
2 sudu besar sos ikan
3 biji limau nipis – ambil air perahan
2 helai daun salad
Garam secukup rasa
Cara - Cara
Gaulkan hirisan mangga muda, bawang merah, cili api, gula, sos ikan, garam, perahan limau nipis.
Masukkan pula kacang tanah dan ikan bilis.
Letakkan di atas pinggan yang telah dilapik dengan daun salad.
Sedia untuk dihidang.
Cadangan Hidangan
Boleh dihidang segera atau disejukkan dahulu di dalam peti sejuk selama 1/2 jam.
Tambahan
Jangan campurkan semua bahan terlalu awal kerana ikan bilis dan kacang akan menjadi liat dan lemau. Gaulkan bahan bahan +- 10 minit sebelum dihidangkan supaya ia rasa segar.
Selamat Mencuba
Resipi Untuk Dikongsi
Kerabu Mangga Muda
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
About Me
Resepi Untuk Dikongsi. Powered by Blogger.
0 comments:
Post a Comment