Mee Bandung Muar
Resepi Johor
Bahan-bahan ( utk 3-4 org makan )
1 kg mee kuning (di celur dan di toskan)
10 tangkai cili kering (buang biji dan rebus, toskan)
1 labu bawang putih (diketuk)
5 biji bawang merah
½ cawan udang kering, direbus dengan secawan air (alternatively boleh guna sotong rendam, rebus juga, ini style Mee Bandung Tanjung Agas, Muar)
½ cawan udang hidup 1 cawan daging rebus (dipotong nipis)
Sawi (sukatan ikut suka, potong anggaran 1 inci) Kobis (sukatan ikut suka, hiris kasar)
1/2 cawan gula pasir
3 - 4 cawan air rebusan daging
1 sudu makan sos tiram
Telur ayam (mengikut jumlah hidangan)
Garam secukup rasa Minyak untuk menumis
Lain lain perencah e.g. daging ayam, fishballs, sotong, bunga kobis, hati rebus boleh dimasukkan mengikut individual preference.
Daun sadri & daun bawang, jika suka (dihiris)
Cara-cara
Blend cili kering, udang kering & air rebusannya, gula, bawang putih & bawang merah.
Panaskan sedikit minyak didalam kuali
Tumiskan bahan bahan yang dikisar.Jangan sampai garing
Masukkan sos tiram, udang, daging rebus batang sawi ,bahan2 sampingan dan air rebusan daging dan garam
Masak hingga kesemua bahan empuk dan akhir sekali masukkan telur dan kacau perlahan2
Curahkan kuah keatas mee yang telah di letak dalam mangkuk..hiaskan dgn daun bawang dan daun sadri
Selamat Mencuba
Resepi Untuk Dikongsi
Mee Bandung Muar
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
About Me
Resepi Untuk Dikongsi. Powered by Blogger.
0 comments:
Post a Comment