Nasi Kerabu Baldu Biru

Nasi Kerabu Baldu Biru
Resepi Kelantan



Bahan-bahan untuk nasi

1 genggam penuh bunga telang - rendam dalam air secukupnya (takde guna pewarna biru je)
2 1/2 cawan beras
3 1/2 cawan air rendaman bunga telang (sukatan ikut jenis beras)
5 helai daun limau purut -  koyak2 sedikit
1 batang serai - ketuk


Cara

1.Ramas dan rendamkan bunga telang dalam air secukupnya.Ketepikan.
2.Cuci beras dan rendam seketika.Toskan beras dan masak nasi seperti biasa dengan memasukkan air bunga telang bersama serai dan daun limau purut dalam periuk.Kacau rata.
3.Tanak hingga nasi masak.
p/s : Boleh juga titikkan pewarna biru jika tidak menggunakan bunga telang.



Kuah Tumis
Santan pekat (cadangan guna 2 cawan)

7 ulas bawang merah* | (*) kisar
1/2 labu bawang putih*
3 labu bawang besar*
15 tangkai cili kering*
1 cm halia*
1 batang serai | ketuk
1 keping asam keping
2 sudu besar gula
Sedikit gula melaka
2 sudu besar budu
Garam (Jika perlu,sebab budu dah masin)


Cara 

1.Blend semua bahan bertanda (*) kecuali serai diketuk.Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk dan serai sehingga wangi.Masukkan sedikit air dan masak sehingga mendidih.

2.Masukkan santan dan sentiasa dikacau supaya santan tidak berketul.Masukkan asam keping, budu dan gula.Jika menggunakan budu dirasakan dulu sebelum dimasukkan garam.Masak sehingga pecah minyak.


Nota : Kuah tumis biar ada rasa masin sedikit. Kuah tumis sedap disediakan lebih awal dan mesti agak pekat. Kalau makan pagi disediakan sebelah malamnya.


Sambal kelapa

1 ekor ikan kembung | yg telah direbus dan ambik isi
1/2 biji kelapa | goreng (sangai)
4 ulas bawang merah
2 batang serai
Garam
Gula



Cara:

1.Goreng kelapa dan kacau sentiasa supaya tidak hangit.
2.Tumbuk semua bahan dan gaul dengan kelapa goreng.
3.Tumbuk lagi sekali.Masukkan garam dan gula.



Ulam-ulaman

Kacang panjang
Kubis
Timun
Daun kesum
Bunga kantan
Bawang besar
Kacang botol
Taugeh


Cara:

Hiris halus kesemua ulaman.


Sambal Cili

Cili padi - tumbuk
Cuka
Garam
Gula



Lauk Pauk (pilihan sendiri)

Telur masin
Ikan rebus goreng celup tepung
Daging bakar
daging goreng @ ayam goreng
Keropok @ keropok lekor
Solok lada
Bawang putih jeruk
Atau apa - apa aja yang disukai


Cara menghidang

1.letakkan nasi dalam pinggan.Masukkan ulam-ulaman diikuti sambal kelapa.

2.Kemudian sendukkan sedikit kuah tumis, budu dan sambal.

3.Akhir sekali letakkan keropok dan lauk pauk seperti telur masin, daging bakar, ikan celup tepung, daging goreng dan lain lain.

4.Jika suka letakkan pula sayuran seprti solok lada, bawang putih jeruk dll.



Selamat mencuba

Resepi Untuk Dikongsi

0 comments:

Post a Comment

Resepi Untuk Dikongsi. Powered by Blogger.