Resepi Pau Gebu - Gebas

Resepi Pau Gebu - Gebas


Bahan - Bahan

  • 250 gram tepung pau baker choice @ tepung gandum
  • 3 sudu besar gula castor
  • 1 sudu susu pekat
  • 1 sudu teh rata baking powder royal
  • 1/2 cawan air @ 100 gram air. klu doh keras tmbah sikit lgi air
  • 5 gram instant yis
  • 1 sudu besar penuh shortening
  • 1/4 sudu garam halus
  • 1/2 sudu teh krim super
  • Hiasan bunga
  • Pewarna dan sedikit susu tepung (Dibancuh...dan lukis ikut kreatif anda..)



Cara - Cara

1.Ayak tepung gandum dengan baking powder.campurkan yis dan shortening masukkan dalam Mixer 

2.larutkan air dengan susu gula dan garam halus masukkan air sdalam mixer.uli dalam 10 minit biar doh licin...dan masukkan krim super uli dalam 5 minit dan boleh timbang doh 25 atau 30 gram .leperkan dan letak inti coklat dan kemaskan.

3.Lukis atas doh ikut kreatif anda ...Biar doh naik dalam 15 minit baru di kukus....

4.kukusan yg sudah mendidih kecilkan api dan biarkn 5 minit baru letak kukusan dan penutup kukusan hendklah di balut dengan kain.. Kukus selama 7 minit.....turunkan periuk kukusan kebawah baru di buka penutupnya untuk elak pau berkedut...

Noted : Tip JJ dalam air kukusan masukkan daun pandan untuk aroma pau ok.


Selamat Mencuba

Resepi Untuk Dikongsi

kredit;Jalilah Jepon #rr

0 comments:

Post a Comment

Resepi Untuk Dikongsi. Powered by Blogger.