Bahan - Bahan
- 3 biji telur
- 275gm tepung gandum
- 220gm gula halus
- 150gm susu segar
- 3 sudu teh baking powder
- 1 sudu kecil ovalette
- 50gm blueberry filling (masukkan dlm beg piping)
- pewarna (ikut sukalah nak kaler apa yer)
Cara - Cara
1. masukkan semua bahan ke dalam mangkuk dan pukul kelajuan maksimum selama 6-8 minit
2. bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna mengikut cita rasa korang.
3. masukkan setiap warna ke dalam piping beg. (guna plastik yg bersih pun ok gak)
4. picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan kuih lompang.
5. picitkan blueberry filling secukupnya.
6. picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga tiga suku penuh. kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.
7. kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit. jangan terlalu kuat api yang digunkan. takut apam merekah.
Selamat Mencuba
Resepi Untuk Dikongsi
0 comments:
Post a Comment