Asam Rebus Batang Keladi

Asam Rebus Batang Keladi


Bahan-Bahan

  • 3 pokok keladi- disiat kulitnya dan potong2,ambil sekali buahnya
  • 1/2 cwn jus asam jawa, boleh juga guna asam keping
  • 2 tangkai daun kesum
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Air secukupnya
  • Bahan Kisar
  • 5 tangkai cili merah
  • 10 tangkai cili padi merah
  • 4 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
  • 1/2 cwn ikan bilis-buang kotoran, cuci dan toskan
  • 1 inci kunyit hidup
  • sedikit belacan


Cara Memasak


1.Siang batang keladi, cuci dan toskan. Rebus keladi dan batangnya hingga empuk.
Setelah empuk, tutup api dan toskan airnya. Ketepikan dulu.

2.Dalam periuk masukkan bahan2 kisar. Tambah sedikit air dan biarkan mendidih.
Tambahkan air secukupnya. Masukkan batang keladi tadi, jus asam jawa, gula dan garam.
Masukkan daun kesum dan perasakan.

3.Sekiranya dah cukup rasa, bolehlah tutupkan api dan hidangkan bersama lauk kegemaran.


Selamat Mencuba

Resepi Untuk Dikongsi


Sumber: UmmuDurrah JutawanMuda

0 comments:

Post a Comment

Resepi Untuk Dikongsi. Powered by Blogger.