Kuih Puteri

Kuih Puteri


Bahan-bahan

  • 2 cwn tepung beras
  • 4 cawan santan
  • Sedikit garam
  • Daun pisang


Bahan-bahan Inti

  • 1/2 biji kelapa parut
  • 1 ketul gula melaka
  • 2 sb air
  • Daun pandan


Bahan salutan inti:

  • 2 sb tepung pulut (bancuh dengan 1 sb air dan pewarna hijau) 
  • 2 sb tepung pulut (bancuh dengan 1 sb air dan pewarna merah) 



Cara-cara

01.  Masakkan bahan-bahan  inti hingga kering. Bulat-bulatkan dan ketepikan

02.  Leperkan sedikit tepung pulut yang telah dibancuh dan masukkan inti kelapa. Bulatkan dan ketepikan.

03.  Bancuh tepung beras bersama santan dan garam, kacau separuh masak.

04.  Layur daun pisang, potong dan bersihkan.

05.  Ambil dua sudu besar bancuhan tepung, letak atas daun pisang.

06.  Letakkan sbijiiini merah dan sebiji inti hijau dan tutup dengan dua sudu besar tepung.

07.  Tutup daun pisang dan lipat kedua-dua hujung. 

08.  Kukus 20 minit.

09.  Bila sejuk bolehlah dihidang.


Selamat Mencuba

Resepi Untuk Dikongsi

0 comments:

Post a Comment

Resepi Untuk Dikongsi. Powered by Blogger.