Resepi Nasi Kandar Kari Ayam Kering Penang

Resepi Nasi Kandar Kari Ayam Kering Penang



Bahan-Bahan
(Sesuai untuk 4-6 orang) 



Bahan-Bahan untuk Nasi 

  • 3 mug beras (mug standard tinggi adalah 4 inci.) 
  • 4½ mug air 
  • 2 inci halia (diketuk) 
  • 4 ulas bawang putih (diketuk) 
  • 2 sudu besar majerin 
  • 3 ketul kuib ayam 
  • 2 helai daun pandan 




Bahan-bahan untuk Kari Ayam Kering Penang

  • 9 biji Bawang Merah Kecil 
  • 4 ulas Bawang Putih 
  • 3 batang Kayu Manis 
  • 4 biji Bunga Cengkih 
  • Cabai Kering 
  • 2 biji Tomato 
  • Serbuk Kari Ayam 
  • 1 dada Ayam 
  • 1 Yogurt 
  • 2 cawan Beras 
  • 2 helai Daun Pandan 
  • Daun Kari 
  • Air Mawar 


Bahan-Bahan Sampingan untuk Hiasan

  • 1 batang timun (dihiris) 
  • 2 biji buah tomato (dihiris) 
  • Salad (dihiris) 
  • Bawang goreng (ditabur di atas nasi dan di dalam sup) 
  • Minyak bijan (ditabur ke atas ayam yang telah dipotong) 


Sos Sampingan 
(Ikut kegemaran masing-masing) 

  • Sos Tomato 
  • Sos Cili 
  • Sos Cili Pedas 
  • Sos Cili Bawang Putih 
  • Sos Cili Thai 



Cara-Cara untuk Menyediakan Nasi

1) Masakkan air sebanyak 4½ mug bersama dengan 3 kuib ayam. 

2) Beras dibasuh dan ditoskan sehingga kering. 

3) Panaskan periuk dan cairkan majerin. 

4) Masukkan bawang putih dan halia. 

5) Apabila sudah naik wangi, masukkan beras dan goreng beras bersama marjerin tadi kira-kira 8 minit. 

6) Kemudian alihkan beras tadi ke dalam periuk nasi. 

7) Curahkan air yang sudah mendidih ke dalam periuk nasi. 

8) Masukkan daun pandan dan biarkan ia tanak sehingga masak. 

9) Leraikan dengan garfu setelah nasi masak. 

Cara-Cara untuk Menyediakan Kari Ayam Kering Penang 

1) Hiris 5 biji bwang merah kecil, 4 biji bawang putih dan tomato di belah 4. 

2) Selepas itu 4 cabai kering di belah 2. 

3) Dada ayam dipotong kuib. 

4) Panaskan kuali dengan 5 sudu minyak, kemudian tumiskan bawang merah kecil, bawang putih, 4 biji bunga cengkih dan satu kayu manis. 

5) Apabila bahan tumisan sudah naik bau, masukkan cabai kering dan 3 sudu besar serbuk kari. 

6) Kacau sehingga ayam itu masak dan kemudian masukkan tomato. 

7) Masukkan garam, gula dan lada sulah secukup rasa. 

8) Renehkan sehingga agak hampir kering dan masukkan yogurt


Selamat Mencuba

Resepi Untuk Dikongsi

0 comments:

Post a Comment

Resepi Untuk Dikongsi. Powered by Blogger.