Tart Strawberry

Tart Strawberry


Bahan-bahan 

  • 250gm butter
  • 60 gm gula aising
  • 2 biji kuning telur
  • 1 sudu teh vanila


Bahan ayak

  • 300-330gm tepung gandum
  • 50 gm tepung jagung
  • 30gm tepung kastad
  • 20gm susu tepung
  • 2gm garam halus


Tambahan

  • Sedikit warna pink
  • Sedikit perisa strawberi


Bahan jem nenas

  • 450 gm parutan nenas - tapis
  • 1 camb jus limau nipis
  • 180 gm gula pasir
  • 1 batang kulit kayu manis


Untuk sapuan atas tart

  • Kuning telur + sedikit warna merah jambu




Cara - Cara

1. Pukul mentega dan gula aising sampai sebati.

2. Masukkan kuning telur dan garam dan pukul lagi hingga sebati.

3. Masukkan bahan-bahan yang telah diayak dan jadikan doh. Jika lembek masukkan sikit lagi tepung gandum.

4. Saya guna acuan tart gulung, selepas gulung masukkan dlm papercup.

5. Angkat dengan hujung pisau dan letak dalam dulang pembakar.

6. Tekan jem yang sudah dibentuk bulat di tengahnya.

7. Bakar pada 175 C selama 15-20 minit atau hingga keemasan.

8. Untuk jem, jerang semua bahan atas api sederhana hingga agak kering. Angkat dan biar sejuk.


Selamat Mencuba

Resepi Untuk Dikongsi

0 comments:

Post a Comment

Resepi Untuk Dikongsi. Powered by Blogger.