Sambal Sotong Sumbat

Sambal Sotong Sumbat
 

Bahan-bahan :-

3 ekor sotong putih (size xl)
bawang merah dan putih (dikisar)
cili kering (dikisar)
bawang besar (dipotong bulat)
garam dan gula
asam keping

Bahan-bahan Inti :-

2 biji telur
1/2 bj cili merah (cincang)
1/4 biji bawang besar (cincang)
beberapa helai daun kuchai (cincang)
sedikit carrot (cincang)
soya sos (saya guna kicap)
sdikit garam
serbuk lada putih (saya tak letak)



Cara-cara :-

Pukul telur bersama cili merah, bawang, serbuk lada putih dan sedikit garam
Masak atas kuali seperti buat scramble egg
Masukkan carrot dan daun kuchai dan kacau
Sejukkan
Sumbat inti dalam sotong yg telah dibersihkan
Tutup permukaan sotong dgn lidi utk mengelakkan inti terkeluar
Panaskan minyak dan tumis bawang yg telah dikisar
Setelah naik bau masukkan cili yg telah dikisar
Setelah pecah minyak masukkan kicap/soya sos
Masukkan sedikit air
Masukkan asam keping
Setelah mendidih masukkan garam dan gula secukup rasa
Masukkan sotong yg siap dimasukkan inti
Akhir sekali masukkan bawang yg dipotong bulat 



Selamat Mencuba

Resepi Untuk Dikongsi

0 comments:

Post a Comment

Resepi Untuk Dikongsi. Powered by Blogger.