Sotong Goreng Tepung Rangup
Bahan bahan:
1) 400 gram sotong sederhana besar, dibersihkan dan dipotong melintang dan ditoskan
2) Adunan Tepung = Tepung Gandum (100 gram), Serbuk pati ayam knorr (2 sudu kecil), Rempah kari ikan Babas, Garam (secukup rasa), Rempah sup adabi (1 sudu kecil).
3) Sebiji Telur
4) Minyak untuk memasak 200ml
Cara Penyediaan:
1) Gaulkan adunan tepung sehingga sebati
2) Pecahkan telur dan pukul sehingga sebati
3) Panaskan minyak
4) Celupkan sotong dalam telur seterusnya gaulkan dalam tepung
5) Masukkan dalam minyak yang telah panas dan goreng sotong sehingga kekuningan dan angkat
Tips penting: Gunakan minyak yang banyak, anggarkan 2 kali goreng sahaja sudah cukup untuk menggoreng kesemua sotong yang ada. Ini kerana minyak yang menggoreng telur dan tepung mudah kotor dan apabila masuk gorengan ketiga, sotong yang kita goreng akan sudah tidak lagi cantik kerana tepung yang tinggal dalam minyak sudah hitam dan akan melekat pada sotong seterusnya.
Selamat mencuba
Resepi Untuk Dikongsi
Sotong Goreng Tepung Rangup
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
About Me
Resepi Untuk Dikongsi. Powered by Blogger.
0 comments:
Post a Comment