Gulai Ikan Sembilang Salai

Gulai Ikan Sembilang Salai
Resepi Negeri Sembilan

Cara memasak gulai ikan sembilang salai.. lebih kurang sama jugak seperti memasak gulai daging salai. Pada yang baru nak belajar memasaknya, jom kita study sama-sama..

Bahan-bahan

Ikan sembilang salai
Cili api (yang merah bukan hijau, nanti kuah rasa maung)
Kunyit hidup (kunyit serbuk pun okey jer)
Serai
p/s :jika tidak menggunakan serai, boleh la digantikan dengan mangga, belimbing buloh, bachang, pucuk ubi, buah cepu dsd.
p/s :  jika ada - daun kunyit. Kombinasi serai dan daun kunyit.. power babe..
1 tin santan pekat (tambah air jika perlu)



Cara-cara 

Blend cili api bersama kunyit, tapis dan ambil airnya sahaja lalu dimasukkan ke dalam bekas yang sesuai untuk memasak.

Tips
ikan sembilang susah nak masuk kuah bila dah disalai, so pada yang kurang tahan pedas, please be a bit prudent with the use of the chilies.

Masukkan santan dan tambah air jika perlu.

Kacau selalu agar kuah tidak meruap.

Apabila kuah telah mendidih, bolehlah dimasukkan bahan-bahan sidekicks.

Masukkan ikan sembilang salai dan perasakan dengan garam.

Masakkan sekejap dan bolehlah dihidangkan.

p/s :Ikan sembilang yang telah disalai can be considered as "dah masak" so tak perlu dimasak lagi dalam tempoh yang lama. Otherwise, hancur pulak ikan tu nanti.


Selamat Mencuba

Resepi Untuk Dikongsi

0 comments:

Post a Comment

Resepi Untuk Dikongsi. Powered by Blogger.