Resepi Negeri Sembilan
Bahan - Bahan
1/2 ekor ayam
Segenggam cili padi kampung
2 inci kunyit hidup
3 serai - tumbuk kasar
Santan
1 asam keping
Garam
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
Sehiris halia
Sehiris lengkuas
Kerisik
Cara Penyediaan
Kisar cili padi, kunyit hidup, bawang, halia dan lengkuas. Kecutkan ayam dengan dimasak atas kuali bersama dengan bahan tumbuk/kisar sehingga air hampir kering.
Masukkan santan dan setelah mendidih, masukkan garam.
Setelah kuah hampir kering, masukkan kerisik dan asam keping. Sesuaikan rasa dan kepekatan. Angkat dan hidang.
Nota:
Resepi asal hanya cili padi, kunyit hidup, serai dan santan sahaja. Boleh masukkan bawang, halia dan lengkuas serta kerisik jika mahu rasa wangi.
Sedap jika dimasak atas dapur arang, terutama masa hendak dikeringkan.
Selamat Mencuba
Resepi Untuk Dikongsi
0 comments:
Post a Comment