Rendang Daging

Rendang Daging


  
Bahan - Bahan

  • 1 kg daging - potong agak kecil
  • 2 paket kecil rempah kurma
  • Santan - 1 1/2 biji kelapa
  • 3 sudu besar kerisik
  • Garam
  • Gula melaka( kalau takde boleh guna gula pasir)
  • 1-2 kpg asam keping
  • 1 kiub pati ayam
  • 3 helai daun pandan disimpul kemas
  • 1/2 cawan minyak masak untuk menumis



Bahan kisar

  • 9 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 5 batang serai - hiris nipis2 terlebih dahulu ye
  • 1 inci lengkuas
  • 3 inci kunyit hidup
  • 15-20 biji cili kering- rebus, cuci & toskan sblm kisar



Bahan mayang

  • 3 helai daun limau purut
  • 1 helai daun kunyit




Cara - Cara

1.Panaskan minyak dalam kuali..Tumis bahan yang dikisar bersama daun pandan sehingga naik bau.. Kacau seketika..Masukkan rempah kurma...Tumis lagi sehingga pecah minyak..

2.sekiranya anda guna daging biasa, rebus daging seketika dengan menggunakan pressure cooker (tapi tak perlu jika guna daging batang pinang ye)...Masukkan daging bersama air rebusan, kacau rata...kalau guna daging batang pinang yg tak direbus maka boleh masukkan 2 cawan air sekali masa masukkan daging ye.. Biarkan seketika dalam 4-5 minit...

3.Kemudian masukkan santan...kacau dgn api perlahan..Bila agak2 daging dah lembut, masukkan asam keping, kiub pati ayam,garam dan gula...

4.Bila daging dah betul2 lembut, masukkan pula kerisik dan gaul rata...Masakkan sehingga kuah rendang agak pekat...

5.Akhir sekali masukkan daun kunyit yang telah dimayang dan dikacau lagi seketika... Rasa ye.. Kalau dah ok,boleh tutup api



Selamat Mencuba

Resepi Untuk Dikongsi

sumber resepi :Adnilsam Apat 

0 comments:

Post a Comment

Resepi Untuk Dikongsi. Powered by Blogger.