Ayam Serai Pedas

Ayam Serai Pedas

Bahan-bahan:

  • 3 keping dada ayam - ambil isi sahaja - ayam tu gaul dengan sedikit serbuk kunyit dan garam, pastu goreng hingga masak tapi jangan terlalu garing.
  • 1 batang serai - dititik
  • 5 helai daun limau purut
  • 2 biji cili besar - ditumbuk@dikisar
  • 6 biji cili padi - ditumbuk@dikisar
  • 1 ulas bawang putih - ditumbuk@dikisar
  • 1 ulas bawang merah - ditumbuk@dikisar
  • 1 camca sos ikan @sos nampla
  • 1 camca sos tiram
  • secubit gula
  • kiub pati ayam
  • sedikit perahan limau nipis
  • sedikit minyak untuk menumis


Cara:

1.Masukkan minyak untuk menumis serta serai, daun limau purut, cili besar, cili padi, bawang putih dan bawang merah.

2.Tumis sehingga naik bau. Masukkan potongan ayam dan sedikit air bagi memastikan ayam masak secukupnya.

3.Masukkan sos ikan, sos tiram, gula dan kiub pati ayam.

4.Kacau sebati. Tutup api dan hidangkan.


Selamat Mencuba

Resepi Untuk Dikongsi

kredit ; koleksi resepi masakan ayam

0 comments:

Post a Comment

Resepi Untuk Dikongsi. Powered by Blogger.