Agar-agar Laici Berkuah


Agar-agar Laici Berkuah

Bahan-bahan :

  • 1 tin laici (asingkan airnya,
  • Separuh buah laici dihiris nipis, separuh lagi diblend halus)
  • 1 ½ cawan gula pasir
  • 1 peket agar-agar (20 grm)
  • 2 helai daun pandan
  • 5 cawan air




Cara:

1. Masak agar-agar dgn air sampai larut bersama dengan simpulan daun pandan.Kemudian, masukkan gula. Selepas gula hancur tapis.

2. Masukkan semula ke dalam periuk.

3. Masukkan air laici yang telah diasingkan tadi dan laichi yang telah diblend halus tadi. Kacau rata untuk beberapa minit sampai didih.

4. Kemudian tuang ke dalam acuan yang telah disejukkan terlebih dahulu dlm peti ais. Taburkan hirisan laici tadi. Kacau sedikit supaya hirisan tidak terkumpul disatu tempat sahaja. Sejukkan.



Bagi kuah semasa menghidangkannya:

  • Setengah cawan susu cair
  • Setengah cawan air laichi dalam tin
  • 1 sdb tepung jagung
  • 2 sb gula.



Cara

1. Masak sebentar di atas api kecil. Tambah air jika kuah terlalu pekat.

2. Hidangkan semasa sejuk.



Selamat Mencuba

Resepi Untuk Dikongsi

2 comments:

Resepi Untuk Dikongsi. Powered by Blogger.