Puding Kastad Berlapis

Puding Kastad Berlapis



Bahan-bahan :

  • 25gm agar-agar
  • 4 cawan air
  • 1 cawan gula
  • 100gm mentega
  • 4 biji telur - ambil merahnya sahaja
  • 1 tin (400gm) susu cair
  • 3 sudu besar tepung kastad - dibancuh dengan sedikit air
  • pewarna merah, hijau dan koko


Cara memasak

1.Basuh agar-agar dan masak dengan 4 cawan air hingga hancur.

2.Bila agar-agar telah hancur, masukkan gula.

3.Pukul mentega hingga kembang. Masukkan telur dan pukul hingga sebati.

4.Masukkan susu cair dan campuran tepung kastad. Kacau hingga sebati.

5.Masukkan campuran ini ke dalam agar-agar yang telah mendidih. 

6.Kacau rata.

7.Bahagikan adunan agar-agar kepada 4 bahagian - 3 bahagian dibubuh warna yang berlainan iaitu merah, hijau dan koko sementara 1 bahagian lagi dibiar dengan warna asal.

8.Sediakan loyang, masukkan separuh adunan yang berwarna asal. 

9.Tunggu sehingga lapisan itu beku, baru masukkan bahagian yang berwarna hijau. Ulang proses dengan bahagian yang berwarna merah dan koko. Lapisan atas sekali, letakkan bahagian warna asal yang berlebihan tadi.

10.Sejukkan di dalam peti sejuk kemudian bolehlah keluarkan dari acuan.


Selamat Mencuba

Resepi Untuk Dikongsi

0 comments:

Post a Comment

Resepi Untuk Dikongsi. Powered by Blogger.