Homemade Cheesy Wedges

Homemade Cheesy Wedges 



BAHAN - BAHAN


Bahan - Bahan Kentang Wedges

  • 6 biji kentang russet (sebaiknya).. kalau takde guna je kentang yg jenis besar & 1 ¼ cawan tepong beras
  • ¼ cawan tepong jagung
  • ¾ cawan + 2 - 3 sudu air (kalu suka batter cair / guna telur kecil boleh letak 1 cawan air)
  • 1 biji telur gred A 
  • 1 sudu besar rempah kari ayam/daging
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • ½ sudu kecil serbuk jintan manis
  • ½ sudu kecil serbuk pati ayam
  • Garam secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya


Cara - Cara

1. Cuci kulit ubi kentang hingga bersih. Gunakan span basuh pinggan & sental bersih. Rebus setengah masak. Cara uji kentang.. cucuk dengan garfu... sekiranya kentang tersodok kira2 suku kedalaman kentang.. dah boleh di angkat. (JANGAN SAMPAI KENTANG MASAK SEPENUHNYA YA!) Sejukkan kentang kemudian kentang dipotong wedges kepada 8 bahagian setiap sebiji. 

2. Campurkan semua tepong dan bahan2 kering dalam satu bekas. Kacau2 sikit biar sebati dengan whisker. Campurkan air & telur kemudian digaul sebati.

3. Panaskan minyak secukupnya untuk goreng terendam. Masukkan sebahagian kentang tadi ke dalam batter. Ambil kentang satu persatu & gorengkan kentang ke dalam minyak panas sehingga garing & kekuningan. Angkat & tos. Ulangi sehingga habis.

4. Sediakan sos keju seperti resepi di bawah. Paipkan di atas kentang yang siap digoreng kemudian paipkan pula mayonis secukupnya. Siap untuk dihidangkan.



Bahan Sos Cheese


Bahan - Bahan

  • 200gm cheese slices..yang warna oren guna 10 keping) 
  • 1 sudu besar mentega 
  • 1 sudu besar tepung gandum 
  • 1/2 cawan (125ml) susu segar 
  • 2 sudu besar sour cream/ yogurt perisa asli
  • Mayonis secukupnya untuk dihidang bersama sos ini. 


CARA-CARA

1. Panaskan non-stick pan.Cairkan butter dan masukkan tepung. Gaul sebati. 

2. Masukkan susu dan kacau hingga pekat . 

3. Masukkan cheese dan kacau hingga cheese mencair. 

4. Masukkan sour cream dan kacau sebati hingga elok kepekatannya. tambah susu segar ssedikit


Selamat Mencuba

Resepi Untuk Dikongsi

0 comments:

Post a Comment

Resepi Untuk Dikongsi. Powered by Blogger.