Sayur Campur Ala Thai

Sayur Campur Ala Thai

 

Bahan untuk 1-2 Orang Makan:

3 Bawang Merah (dihiris)
3 Bawang Putih (diketuk)
Kobis bunga
Kobis brocolli
Sweetpea
Jagung muda
Lobak merah
Cendawan butang
Cendawan tiram
Sos Tiram
Sup ayam (guna kiub ayam pun boleh tapi tak power)
air tepung jagung (memekatkan kuah)
Minyak zaitun
Gula, garam secukup rasa


Cara


Tumis bawang merah dan bawang putih. Masukkan air sup ayam 2-3 senduk kemudian masukkan semua sayur di atas.


Didihkan hingga sayur menjadi lembut dan masak. Kemudian campurkan sos tiram, gula, garam, secukup rasa lidah orang Thailand.

Akhir sekali, masukkan air tepung jagung untuk memekatkan kuahnya. Siap dihidang panas bersama nasi atau dimakan begitu sahaja


Selamat Mencuba

Resepi Untuk Dikongsi

0 comments:

Post a Comment

Resepi Untuk Dikongsi. Powered by Blogger.