Kek Kukus Labu Berkaramel

Kek Kukus Labu Berkaramel



Bahan-bahan 

  • 1/2 buah labu (anggaran 400-500gm) dibuang biji dan kulit dan dipotong dadu
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan mentega / butter
  • 1 cawan susu segar
  • 1 cawan gula perang (juga boleh di gantikan dengan gula pasir biasa)
  • 4 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1/2 sudu serbuk naik sendiri
  • 1/2 sudu kecil garam




Cara-cara

1.Rebus Labu sehingga empuk. Tapis. Jangan buang air dan lebihan hampasnya. Sejukkan.

2.Kemudian, masukkan tepung gandum, mentega dan gula dan kacau menggunakan whist. Masukkan susu segar, telur, esen vanilla dan garam. Akhir sekali masukkan labu yang telah disejukkan tadi.

3.Kukus selama 20-30 minit dengan air yang sudah menggelegak

4.Bagi membuat karamel labu, gunakan air lebihan labu dan sedikit hampasnya. Ambil 1/2 cawan gula perang dan panaskan di dalam periuk kecil, masukkan air labu sedikit demi sedikit hingga menjadi karamel. (Sedikit pekat).

5.Siap sahaja kek terus curahkan karamel ini diatasnya. Juga boleh ditaburkan kismis atau sebarang kekacang.



Selamat Mencuba

Resepi Untuk Dikongsi

kredit ;Resepi Kek & Puding

0 comments:

Post a Comment

Resepi Untuk Dikongsi. Powered by Blogger.