Strawberry Cheesecakes Cupcakes

Strawberry Cheesecakes Cupcakes



Bahan-bahan


A) Bahagian dasar/crust:

  • 18 keping biskut digestive - dihancurkan pieces digestive biscuits
  • 8 sudu besar mentega - dicairkan
  • 2 sudu besar gula




B) Kek:

  • 1 1/2 cawan tepung serbaguna
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 12 sudu besar mentega tanpa garam (suhu bilik)
  • 1 cawan+ 2 sudu besar gula
  • 1 sudu besar esen vanila
  • 1/2 cawan sour cream/yogurt asli
  • 4 biji telur ( diambil putihnya sahaja)
  • 2 cawan buah stawberi cups fresh strawberries- dipotong- potong



C) Cream Cheese Frosting

  • 2 (8 ounce) peket cream cheese
  • 16 sudu besar mentega tanpa garam
  • 2 cawan gula icing cups
  • 1 sudu kecil esen vanilla




Cara - Cara

1.Panaskan ketuhar pada suhu 170 Celsius. Susunkan acuan cupcake di atas loyang terlebih dahulu.

2.Campurkan biskut digestive yang telah dihancurkan dengan mentega cair dan gula. Gaul sebati. Kemudian masukkan lebih kurang 1 sudu besar bahan- bahan ini ke dalam bekas acuan cupcake yang telah disediakan. Tekan sedikit supaya ianya padat dan bakar sebentar selama 3-5 minit.

3.Kemudian, pukul putih telur sehingga kembang (soft peak). Ketepikan.

4.Dalam bekas yang berasingan ayak tepung, baking powder dan garam. Ketepikan. Pukul mentega dan gula sehingga kembang, kemudian masukkan esen vanila. Masukkan tepung yang telah diayak tadi. Masukkan separuh sahaja dan gaul sehingga sebati diikuti dengan sour cream/yogurt. Kacau dan masukkan lebihan tepung dan kacau sebati.

5.Kemudian, masukkan 1/3 adunan telur dan gaul dengan perlahan-lahan menggunakan kaedah 'fold'. Lakukan kaedah ini sehingga adunan tadi dan telur sebati. Kemudian masukkan lebihan telur tadi dengan menggunakan kaedah yang sama gaul sebati. Akhir sekali masukkan buah strawberi.

6.Tuang bancuhan dalam setiap acuan. Kemudian bakar lebih kurang 20 minit atau sehingga masak.



Untuk cream cheese frosting

1.Pukul mentega, cream cheese dan esen vanila sehingga kembang

2.Kemudian masukkan pula gula sedikit demi sedikit dengan menggunakan kelajuan yang perlahan. Setelah kesemua gula telah dimasukkan, pukul dengan kelajuan yang tinggi sehingga ianya kembang.


Selamat Mencuba

Resepi Untuk Dikongsi

kredit ;Resepi Kek & Puding

0 comments:

Post a Comment

Resepi Untuk Dikongsi. Powered by Blogger.