Puding Roti Sos Kastard


Puding Roti Sos Kastard

Bahan-bahan :

  • 4 keping roti – dikoyak kecil-kecil
  • 1 tin susu cair (375 mL)
  • 2 biji telur
  • 4 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 2 sudu besar butter
  • Sedikit kismis




Cara-cara:

1) Masukkan telur, gula dan esen vanilla di dalam bekas dan kacau hingga sekata.

2) Masukkan susu cair dan kacau adunan hingga sekata.
Sapu butter pada roti dan susun dalam loyang.

3) Tuang adunan ke atas susunan roti dan tabur kismis.
Kukus dengan api yang sederhana selama 20-25 minit.
Selepas dikukus.

4) sejukkan di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.




Bahan-bahan sos kastard:


  • 400ml susu segar (low fat)
  • 2 sudu besar kastad
  • 1 1/2 sudu besar gula perang lembut
  • 1 sudu kecil esen vanilla




Cara-cara:

1) Campurkan semua bahan - susu, kastad, gula perang, esen vanilla.

2) Kacau sehingga tepung sebati (tidak berketul) dan gula hancur. Tapiskan.

3) Masak di atas api perlahan dan dikacau sentiasa.

4) Kacau sehingga adunan ini benar-benar pekat dan masak



Selamat Mencuba

Resepi Untuk Dikongsi

0 comments:

Post a Comment

Resepi Untuk Dikongsi. Powered by Blogger.