Kuih Tiram


Kuih Tiram


Bahan-bahan :

  • 1 kilo tepung gamdum
  • 2 biji telur
  • 4 sdu planta
  • 1 1/2 sdk garam
  • air



Cara

1. Campur semua bahan kecuali air dan gaul sekata

2. Masukkan air sedikit-sedikit hingga menjadi doh
macam adunan karipap



Bahan Gam

  • 6 sdu tepung jagung
  • 8 sdb minyak
*campur 2 bahan dan kacau sebati
kalau pekat sangat boleh tambah sedikit minyak
hingga menjadi macam nestum nak di beri  baby makan tu [ jangan terlalu pekat dan jangan terlalu cair]




Cara

1. Bahagi kepada beberapa bahagian adunan tadi
kalau nak besar kuih nya besar lah adunan dan kalau nk kecik kecik lah adunan nan nye.

2. Canai adunan tadi hingga nipis sapu gam tadi
dan gulung kemas.Dengan menggunakan pisau potong menyerong atau suka hati lah nk bentuk apa dan canai 1 1 dari atas gulungan ye bukan tepi.

3. Bolehlah mengoreng dengan api perlahan masa goreng tu ketuk-ketuk manja dengan sudip tu. Agak terbuka cantik

4. Selepas itu taburlah gula ising dan simpan di dalam bekas kedap udara



Selamat Mencuba

Resepi Untuk Dikongsi

0 comments:

Post a Comment

Resepi Untuk Dikongsi. Powered by Blogger.