Showing posts with label COOKIES. Show all posts
Showing posts with label COOKIES. Show all posts

Biskut Cornflakes Ranggup


Biskut Cornflakes Ranggup

Bahan-bahan :

  • 250 gm butter
  • 3/4 cawan gula
  • 1 biji telur kuning
  • 2 cawan tepung naik sendiri
  • 250gm cornflakes - diramas
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • Papercup untuk letak biskut




Cara:

1. Pukul butter dan gula sampai kembang kemudian masukkan telur dan esen vanilla dan pukul bagi sebati semua bahan-bahan.

2. Masukkan tepung naik sendiri dan cornflakes, terus kacau bagi sebati dengan senduk saja.

3. Kemudian sudukan adunan dan masukkan dalam papercup.

4. Panaskan oven dan boleh la dibakar biskut dalam suhu 170 darjah celcius selama 15 minit atau sampai biskut masak.



Selamat Mencuba

Resepi Untuk Dikongsi

Biskut Cornflakes


Biskut Cornflakes

Bahan-bahan :

  • 1 cwn gula halus (kurangkan kalau tak nak manis sgt)
  • 11/2 cwn planta/butter
  • 1 cwn kismis (potong kecil)
  • 2 bj kuning telur
  • 21/2 cwn tepung gandum
  • 2 cwn cornflake (ramas kasar)
  • 2 sudu besar susu pekat manis
  • 1 sudu teh vanilla
  • 1 susu teh baking pwder
  • Extra conflakes untuk celup




Cara

1. Pukul margerin & gula hingga sebati masukkn telur, esen dan susu pekat manis, gaul sebati dan masukkan smua bahan2 lain...gaul hingga rata...sudukan dan celup dalam cornflakes yg diramas. 

2. Letak atas dulang dan bakar hingga masak. Suhu oven 150'c lbh kurang 25 minit. Bakar sehingga biskut dah rupa golden brown. 

3. Yang ni ikut oven masing2. Mula biskut memang lembut nanti dah sejuk akan rangup dan gebu didalam. Selain kismis, boleh letak chocolate chips, almond cincang. Nak campur pun boleh.

P/s adunan mmg lembik, jgn tambah tepung, nanti dah masak dalam gebu mcm kek tapi rangup diluar



Selamat Mencuba

Resepi Untuk Dikongsi

Biskut Tutku ( Biskut Turkey )



Biskut Tutku ( Biskut Turkey )


Bahan-bahan :

  • 1 biji telur 
  • 2 sudu besar krim cecair 
  • 1 sudu besar tepung jagung 
  • 150 gr. marjerin (suhu bilik) 
  • 1/2 cawan serbuk gula 
  • 2.5 cawan tepung 
  • Ekstrak vanila 1 sudu teh 
  • 1 paket serbuk penaik 
  • 1 secubit garam 
  • Nutella (coklat)




Cara Membuat :

1. Campurkan telur, krim, garam, marjerin, tepung jagung, gula, vanila dan serbuk penaik, secara beransur-ansur.

2. Kita mendapat doh yang lembut, tetapi tidak melekat di telapak tangan anda. 

3. Ambil "segumpal" kecil doh berkenaan. Tekan doh sehingga kepingan menjadi lebih kurang sebesar kacang walnut.

4. Letakkan 1 sudu kecil Nutella di tengah-tengah kepingan doh berkenaan dan teruskan dengan helaian doh yang lain. Bentuk biskut ini terpulang pada anda sendiri sama ada ingin mengikut bentuk seperti di dalam gambar di atas atau bentuk lain.

5. Untuk membakarnya, letakkan doh berinti coklat Nutella di atas dulang pembakar yang disapu sedikit minyak masak dan bakar ia dalam ketuhar pada suhu 170 darjah selama 15 ke 20 minit atau sehingga keperangan.



Selamat Mencuba

Resepi Untuk Dikongsi

Biskut Dam Putih



Biskut Dam Putih

Bahan-bahan :

2 biji telur
120 gm susu tepung
1 kg tepung gandum
500 gm mentega
1 sudu teh esen vanila

Coklat

2 biji telur 20gm serbuk koko
900 gm tepung gandum
300 gm gula aising
500 gm mentega

Cara membuat

1. Gaul sebati semua bahan putih dan ketepikan .

2. Kemudian gaul sebati bahan coklat .

3. Canai yang putih setebal setengah inci begitu juga dengan adunan coklat .

4. Tindihkan 4 lapis berselang seli. Simpan di dalam peti sejuk selama 1 jam

5. Keluarkan dan potong , susun berselang - seli.

6. Simpan semula di dalam peti sejuk selama 1 jam lagi.

7. Setelah itu bolehlah dibakar.



Selamat Mencuba

Resepi Untuk Dikongsi

Biskut Lidah Kucing

Biskut Lidah Kucing



Bahan-bahan :

  • 250 gm mentega
  • 175 gm gula kastor
  • 100 ml putih telur
  • 200 gm tepung gandum
  • 50 gm tepung jagung
  • 1/4 sudu teh emplex
  • Pewarna merah, oren, kuning, hijau dan biru ( pilih warna mengikut pilihan hati )
  • Loyang khas lidah kucing di gris dengan sedikit mentega



Cara-cara :

1 Ayak tepung jagung, tepung gandum dan emplex, ketepikan

2 Dalam mixer pukul mentega dan gula hingga berkrim

3 Masukkan putih telur sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati

4 Masukkan tepung dan kaup balik dengan spatula hiungga rata

5 Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian

6 Letakkan pewarna untuk setiap bahagian

7 Masukkan dalam piping bag untuk setiap warna berlainan

8 Potong hujung muncung bag plastik atau piping bag kecil

9 Paipkan atas loyang lidah kucing mengikut corak yang di kehendaki mengikut warna pelangi

10 Bakar dalam oven pada suhu 150 C selama 15 hingga 20 minit

11 Jaga jangan sampai keperangan dan hangus kerana warnanya akan pudar dan tidak menyerlah

12 Biarkan sejuk sebelum di simpan di dalam bekas kedap udara



Selama Mencuba 

Resepi Untuk Dikongsi

Biskut Nestum Terbaikkkk

Biskut Nestum Terbaikkkk



Bahan 

  • 250 gm butter
  • 100 gm kismis (ganti ngan cchip)
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung jagung
  • 3 cawan nestum
  • 1 cawan gula caster'
  • 1 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanila




Cara membuatnya :

1. Pukul butter dengan gula hingga putih.

2. Masukkan telur dan esen vanila... kacau sebati

3. Masukkan semua tepung dan nestum... masukkan kismis... uli hingga sebati

4. Bentukkan bisut ikut suke korang... bakar dalam oven selama 15 minit dengan suhu 165'c(ikut oven).



Selamat Mencuba

Resepi Untuk Dikongsi

Resepi : Maria
Sumber : Hana memoris

Biskut Kelapa

Biskut Kelapa



Bahan-bahan :

Bahan A:

  • 250gm mentega
  • 180gm gula kaster (saya kurangkan kepada 150gm)
  • 1/4 sedu teh esen vanilla



Bahan B:

  • 1 biji telur kuning



Bahan C:

  • 350gm tepung jagung*
  • 50gm tepung gandum*
  • secubit garam
  • 2 sudu besar tepung kastard*
  • 100gm parutan kelapa-dipanggang



Hiasan:

  • kuning telur + pewarna egg yellow
  • ceri merah dan hijau


Cara:

1. Ayak bahan yang bertanda *. Pukul bahan A sehingga ringgan dan kembang.

2. Masukkan kuning telur. Pukul hingga sebati.

3. Masukkan bahan C. Pukul perlahan-lahan sehingga menjadi doh.

4. Ambil 1 camca teh doh dan bulatkan, susun didalam loyang pembakar. Sapu dengan kuning telur dan susun ceri merah dan hijau.

5. Panaskan ketuhar, bakar pada suhu 150c selama 15-20 minit.



Selamat Mencuba

Resepi Untuk Dikongsi

Biskut Famous Amos

Biskut Famous Amos



Bahan-bahan :

  • 1 cawan butter
  • 1 1/2 cwn tepung gandum
  • 1/2 cwn tepung jagung
  • 1 s/k soda bicarbonat
  • 1 cawan gula halus
  • 1 cawan gula perang
  • 2 1/2 cawan oat yg dimesin halus (sukat oat dan kemudian dimesin hingga halus)
  • 12 oz. chocolate chips (eryne gune brand Hershey)
  • 1/2 s/k garam
  • 9 oz. chocolate Cadbury (parut)
  • 2 biji telur
  • 1 s/k baking powder
  • 1 1/2 cawan chopped nuts (eryne gune walnut, almond & hazel)
  • 1 s/k vanilla


Cara:

1. Pukul butter dan gula hingga gebu.

2. Masukkan telur dan vanilla, campurkan tepung, oat, garam, baking powder dan soda bikarbonat.

3. Masukkan chocolate chips Hershey, Cadbury bar (yg dah di parut) dan kekacang, sebatikan semua bahan dan gaul rata.

4. Kemudian sudukan ke dalam loyang dlm jarak 2 inci.

5. Bakar dalam 15min pd suhu 170 degree celcius


Selamat Mencuba

Resepi Untuk Dikongsi

Biskut Semperit

Biskut Semperit



Bahan-bahan :

  • 250 gm mentega
  • 125 gm gula aising
  • 1 biji telur
  • 280 gm tepung kastard
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 1/2 sudu serbuk penaik
  • Ceri (dipotong kecil)


Cara:

1. Pukul mentega sekali dnegan gula sehingga menjadi kembang.

2. Masukkan telur dan esen vanila dan pukul lagi.

3. Campurkan tepung jagung, tepung kastard, serbuk penaik dan garam ke dalam adunan dan gaul sebati sehingga menjadi doh yang lembut.

4. Gunakan acuan semperit untuk membentukkan.

5. Terapkan di atas dulang pem­bakar dan letak ceri di tengah bunga kemudian bakar pada suhu 170 0C selama 15 minit atau sehingga masak. 


Selamat Mencuba

Resepi Untuk Dikongsi

Biskut Gajus

Biskut Gajus



Bahan-bahan :

  • 250g mentega
  • 140g gula icing
  • 1 biji kuning telur
  • 140g gajus - panggang dan kisar halus
  • 380g tepung gandum - ayak
  • 3 sb tepung kastard
  • 1 sk baking powder
  • 1 sk esen vanilla
  • kuning telur - utk sapu
  • kacang gajus panggang - belah dua, utk hiasan


Cara:

1. Mentega dan gula dikacau hingga sebati dan masukkan kuning telur dan kacau lagi hingga rata.

2. Masukkan pula vanillin, emplex, baking powder, gajus kisar dan kacau sebati lagi.

3. Masukkan tepung dan uli hingga menjadi doh yg lembut dan boleh dibentukkan.

4. Ambil sedikit doh dan bentukkan seperti buah gajus, hias dgn 1 biji kacang gajus sebagai tangkainya. Susun atas dulang pembakar dan sapu kuning telur di atasnya.

5. Doh juga boleh dicanai dan diterap ikut acuan yg digemari, sapu kuning telur dan hias dgn kacang gajus.

6. Bakar pada suhu 150C selama 15 min atau hingga kekuningan.

7. Sejukkan biskut di atas redai dan simpan dlm bekas kedap udara.



Selamat Menucba

Resepi Untuk Dikongsi

Cornflakes Madu

Cornflakes Madu


Bahan-bahan

Bahan A:

  • 125 gm butter
  • 1/2 cwn brown sugar
  • 1 cawan madu



Bahan B:

  • 1 kotak cornflakes Nestle (500gm)
  • 1 cwn kismis
  • 1 cwn badam cincang panggang/gajus


Hiasan:


  • Mangkuk kertas kecil
  • Ceri merah dan ceri hijau diptng kecil (saya taburkan dengan manik hundred thousand jer)


Cara:

1. Panaskan bahan A sehingga butter cair. Setelah cair, tutup api dan masukkan bahan B, gaul rata.

2. Sudukan ke dalam mangkuk kertas kecil. Hiaskan dengan hirisan ceri merah dan ceri hijau.

3. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan suhu 170'C selama 8-10 minit. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.


Selamat Mencuba

Resepi Untuk Dikongsi

Nestum Chocolate Chip Cookies

Nestum Chocolate Chip Cookies


Bahan-bahan

Bahan A

  • 1 1/2 cwn tpg naik sendiri
  • 1/2 sudu teh bkng powder
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat
  • (all the above ayak bersama)
  • 1 cwn nestum
  • 1 cwn choc chip


Bahan B

  • 150gm butter
  • 120gm gula castor
  • 1 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanila



Cara - Cara

1.Mix together bhn A, put aside.

2.Mix Butter & gula sampai kembang, then masukkan telur & esen vanila.

3.Bila dah sebati, boleh la masukkan bhn A & mix together. Bulat - bulatkan & tekan ngn garfu.

4.Bakar pf temp around 180 C lbh krng 20 mins, depend on oven masing - masing


Selamat Mencuba

Resepi Untuk Dikongsi


kredit ;Resepi Kek & Puding
Resepi Untuk Dikongsi. Powered by Blogger.