Showing posts with label DAGING. Show all posts
Showing posts with label DAGING. Show all posts

Daging Briyani

Daging Briyani



Bahan-Bahan:

  • 1 kg daging lembu/kambing, dipotong
  • 3 ulas bawang besar, dihiris nipis
  • 3 sudu besar minyak sapi, atau boleh gantikan dengan minyak masak
  • 4 sudu besar rempah briyani
  • 1/2 cawan bawang goreng
  • 1 senduk kecil tomato puree
  • 3 biji tomato, dihiris
  • 3 sudu besar serbuk badam
  • 1/2 cawan tairu atau susu cair


Bahan untuk dikisar:

  • 4 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 4 biji cili hijau
  • 4 biji cili merah
  • Bahan untuk ditumis:
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 4 kuntum buah pelaga
  • 1 batang kayu manis


Cara Penyediaan:

1.Gaulkan daging bersama bahan yang dikisar. Perap selama lebih kurang satu jam.

2.Panaskan minyak, masukkan bahan untuk ditumis dian masak hingga naik bau. Kemudian masukkan rempah briyani dan masak hingga pecah minyak.

3.Masukkan daging, tomato puree, tomato hiris, bawang goreng dan sedikit daun ketumbar. Kacau seketika hingga sebati.

4.Masukkan sedikit air dan tairu ataupun susu cair dan serbuk badam. Masak sehingga empuk dan kuah menjadi pekat.



Selamat Mencuba

Resepi Untuk Dikongsi

kredit resepi : tidak dapat dikesan,jika ini resepi anda mohon jasa baik untuk pm page,untuk admin masukkan nama anda sebagai kredit resepi..terima kasih :)

Daging Goreng Pedas

Daging Goreng Pedas



Bahan-bahan:

  • 500 g daging lembu -direbus sampai empuk kemudian hiris nipis
  • 2 ulas bawang putih diketuk
  • 1 labu bawang besar dipotong bulat
  • 1 sudu besar cili kisar
  • 1 sudu besar sos tiram
  • Sedikit sos ikan
  • 1 sudu besar sos cili
  • 5 biji cili padi-di ketuk
  • 1 biji cili merah-hiris menyerong
  • Sehelai daun limau purut
  • 1 batang serai-diketuk
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • Garam jika perlu



Cara - cara

1.Panaskan sedikit minyak, goreng daging rebus yang telah dihiris nipis sampai kekuningan sikit,angkat dan ketepikan.

2.Tumis bawang putih dan serai ketuk sampai naik bau, masukkan cili kisar. Goreng sikit hingga agak garing,kemudian masukkan daun limau purut, cili padi ketuk, sos tiram, sos ikan dan sos cili.

3.Masukkan daging tadi , cili merah dan bawang besar yg dihiris bulat. Kacau dan rasa, jika perlu tambahkan sedikit garam. Dah masak bolehlah diangkat dan hidangkan. Hiaskan ikut kreativiti.


Selamat Mencuba

Resepi Untuk Dikongsi

kredit resepi : tidak dapat dikesan,jika ini resepi anda mohon jasa baik untuk komen di bawah,untuk admin masukkan nama anda sebagai kredit resepi..terima kasih :)

Rendang Daging

Rendang Daging


  
Bahan - Bahan

  • 1 kg daging - potong agak kecil
  • 2 paket kecil rempah kurma
  • Santan - 1 1/2 biji kelapa
  • 3 sudu besar kerisik
  • Garam
  • Gula melaka( kalau takde boleh guna gula pasir)
  • 1-2 kpg asam keping
  • 1 kiub pati ayam
  • 3 helai daun pandan disimpul kemas
  • 1/2 cawan minyak masak untuk menumis



Bahan kisar

  • 9 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 5 batang serai - hiris nipis2 terlebih dahulu ye
  • 1 inci lengkuas
  • 3 inci kunyit hidup
  • 15-20 biji cili kering- rebus, cuci & toskan sblm kisar



Bahan mayang

  • 3 helai daun limau purut
  • 1 helai daun kunyit




Cara - Cara

1.Panaskan minyak dalam kuali..Tumis bahan yang dikisar bersama daun pandan sehingga naik bau.. Kacau seketika..Masukkan rempah kurma...Tumis lagi sehingga pecah minyak..

2.sekiranya anda guna daging biasa, rebus daging seketika dengan menggunakan pressure cooker (tapi tak perlu jika guna daging batang pinang ye)...Masukkan daging bersama air rebusan, kacau rata...kalau guna daging batang pinang yg tak direbus maka boleh masukkan 2 cawan air sekali masa masukkan daging ye.. Biarkan seketika dalam 4-5 minit...

3.Kemudian masukkan santan...kacau dgn api perlahan..Bila agak2 daging dah lembut, masukkan asam keping, kiub pati ayam,garam dan gula...

4.Bila daging dah betul2 lembut, masukkan pula kerisik dan gaul rata...Masakkan sehingga kuah rendang agak pekat...

5.Akhir sekali masukkan daun kunyit yang telah dimayang dan dikacau lagi seketika... Rasa ye.. Kalau dah ok,boleh tutup api



Selamat Mencuba

Resepi Untuk Dikongsi

sumber resepi :Adnilsam Apat 

Rendang Tok Saya

Rendang Tok Saya
Resepi Perak



Bahan-bahan

1 ½ kg daging lembu (dipotong dadu)
7 ulas bawang merah atau 2 labu bawang besar (dihiris)
5 ulas bawang putih (dihiris)
2.5 sm halia (dihiris)
2 camca besar serbuk cili - bahan giling
1 camca kecil jintan manis - bahan giling
½ camca kecil lada hitam - bahan giling
10 kuntum bunga cengkih - bahan giling
1 camca kecil serbuk kunyit - bahan giling
½ biji kelapa parut atau 3 camca besar kerisik (dibuat kerisik)
½ biji kelapa muda yang keras isinya (dipotong nipis)
5 biji kelapa atau 3 peket santan serbuk (ambil santannya)
Garam dan gula secukup rasa(boleh gunakan gula perang)
2 camca besar penuh serbuk ketumbar
1 camca kecil jintan putih
10 biji buah pelaga
5 sm kulit kayu manis


Cara membuatnya

Perap daging bersama bahan hiris, halia, bahan giling, kerisik, kelapa hiris dan pati santan selama 2 jam.

Masukkan daging yang diperap tadi ke dalam periuk dan didihkan dengan api yang perlahan selama 2 hingga 2 1/2 jam sambil dikacau selalu.

Masukkan garam secukup rasa. Masak hingga betul-betul kering dan warnanya agak kehitaman.



Selamat Mencuba

Resepi Untuk Dikongsi

Daging Salai Masak Lomak Cili Api Bersama Kentang

Daging Salai Masak Lomak Cili Api Bersama Kentang
Resepi Negeri Sembilan


Nota:
Daging salai ni boleh masak lomak dengan rebung, pucuk ubi jantung pisang dan macam-macam lagi.

Bahan-bahan

15 biji cili api-kalau nak pedas tambah lagi
600 gram daging salai
2 biji ubi kentang-belah 2
2 cawan santan cair
2 cawan santan pekat
2 batang serai di titik
1 inci kunyit hidup
1 inci halia
2 helai daun kunyit-disiat
sedikit serbuk kunyit
garam ikut keperluan

Cara-cara

1. Tumbuk lumat cili api bersama kunyit hidup, halia dan sedikit garam.

2. Titikkan serai dan masukkan semua ke dalam periuk bersama daging salai dan ubi kentang.

3. Masukkan santan cair dan hidupkan api yang sederhana.

4. Sentiasa kacau supaya tak pecah santan....bila menggelegak masukkan pula santan pekat.

5. Kacau lagi ..bila menggelegak sekali lagi masukkan daun kunyit...kacau dan pastikan ubi kentang dah empuk.

6. Perasakan dengan garam dan boleh ditutup api.


Selamat Mencuba

Resepi Untuk Dikongsi

Tom Yam Campur (Ala Thai)

Tom Yam Campur (Ala Thai)
Resepi Perlis



BAHAN-BAHAN

¼ ekor ayam & daging
¼ kg udang & ¼ kg sotong
RM2.00 bunga kobis
RM1.00 kobis
3 biji carot
2 keping batang sup
10 helai daun limau purut
3 @ 4 biji limau nipis
4 batang serai (ketuk)
2 biji tomato (potong 4)
4 biji bawang besar (potong 4)
6 biji cili padi (ketuk)

Bahan kisar
3 biji cili kering
5 biji cili besar
½ inci lengkuas
¼ inci halia
2 biji tomato
1 batang serai
3 ulas bawang besar
1 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah



CARA-CARA

Masukkan bahan kisar, daging, garam secukup rasa ke dalam periuk

didihkan diatas api, setelah daging setengah empuk masukkan ayam

didihkan sekejap, kemudian baru dimasukkan sotong dan udang

setelah itu masukkan bawang besar, serai, daun limau purut, tomato, kobis, bunga kobis, biarkan 5 minit, perah limau nipis secukup rasa.



Selamat Mencuba

Resepi Untuk Dikongsi

Daging Masak Kicap Kipas Udang

Daging Masak Kicap Kipas Udang


BAHAN-BAHAN

500gm daging lembu batang pinang
2 sudu besar serbuk kurma
4 sudu besar sos tiram
6 sudu besar kicap manis
2 sudu kicap cair
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2cm halia
2cm lengkuas
1 biji cili capsicum
1 biji bawang besar
3 biji ubi kentang
Air secukupnya


CARA MEMASAK

Potong daging menjadi ketulan kecil kemudian dibasuh bersih ditos dan ketepikan dulu . Kupas ubi kentang dan dipotong .
Goreng ubi kentang sehingga masak kemudian diketepikan dulu .
Potong bawang besar serta cili capsicum.

Kupas semua bawang , lengkuas dan halia kemudian dikisar lumat .
Panaskan minyak secukupnya dalam kuali , tumis semua bahan kisar sehingga wangi dan terus masukkan serbuk kurma yang dibancuh dengan sedikit air .
Bila serbuk kurma dah masak serta terbit minyak baru la dimasukkan semua daging , sos tiram , kicap cair , kicap manis dan minyak bijan dan air .
Kacau semua bahan sehingga mesra dan biar daging masak sehingga empuk dan boleh la ditamabh sedikit lagi air jika nak lebih kuah .

Masukkan semua cili capsicum , bawang besar serta kacau semua bahan dan biarkan sampai cili dan bawang masak serta menjadi layu .
Akhir sekali masukkan ubi kentang tadi dan kacau semua bahan dan jika kurang masin boleh ditambah lagi kicap.


Selamat Mencuba

Resepi Untuk Dikongsi
Resepi Untuk Dikongsi. Powered by Blogger.