Showing posts with label KUEH. Show all posts
Showing posts with label KUEH. Show all posts

Kuih Tiram


Kuih Tiram


Bahan-bahan :

  • 1 kilo tepung gamdum
  • 2 biji telur
  • 4 sdu planta
  • 1 1/2 sdk garam
  • air



Cara

1. Campur semua bahan kecuali air dan gaul sekata

2. Masukkan air sedikit-sedikit hingga menjadi doh
macam adunan karipap



Bahan Gam

  • 6 sdu tepung jagung
  • 8 sdb minyak
*campur 2 bahan dan kacau sebati
kalau pekat sangat boleh tambah sedikit minyak
hingga menjadi macam nestum nak di beri  baby makan tu [ jangan terlalu pekat dan jangan terlalu cair]




Cara

1. Bahagi kepada beberapa bahagian adunan tadi
kalau nak besar kuih nya besar lah adunan dan kalau nk kecik kecik lah adunan nan nye.

2. Canai adunan tadi hingga nipis sapu gam tadi
dan gulung kemas.Dengan menggunakan pisau potong menyerong atau suka hati lah nk bentuk apa dan canai 1 1 dari atas gulungan ye bukan tepi.

3. Bolehlah mengoreng dengan api perlahan masa goreng tu ketuk-ketuk manja dengan sudip tu. Agak terbuka cantik

4. Selepas itu taburlah gula ising dan simpan di dalam bekas kedap udara



Selamat Mencuba

Resepi Untuk Dikongsi

Kaswi Kentang


Kaswi Kentang

Bahan-bahan :

  • 500gm kentang yg telah dibuang kulit ~ direbus
  • 300gm gula pasir
  • 500ml santan sederhana pekat
  • 700ml air
  • 300gm tepung sagu
  • 150gm tepung gandum
  • 50gm tepung jagung
  • 1st garam
  • 1st kapur masakan
  • 1st esen vanilla
  • Pewarna kuning lemon
  • Daun pandan ~ disimpul
  • Kelapa parut putih + sedikit garam ~ dikukus sebentar




Cara:

1. Satukan semua bahan kecuali daun pandan. Gaul sebati kemudian mesin hingga halus.

2. Masukkan dlm periuk bersama daun pandan dan masak sekejap hingga naik wap. 

3. Sapu acuan lompang dgn sedikit minyak masak. Tuang adunan hingga penuh kemudian kukus selama 15 - 20 minit dgn api sederhana.

4. Sejukkan dulu dan keluarkan dari acuan. Golekkan dlm kelapa parut yg telah dikukus sebentar.



Selamat Mencuba

Resepi Untuk Dikongsi

Apam Coklat


Apam Coklat

Bahan-bahan :

Bahan-bahan A (ayak):

● 2 cawan tepung gandum
● 1/2 cawan serbuk koko
● 1 sudu teh soda bikarbonat

Bahan-bahan B:

1 cawan gula pasir
● 1 cawan minyak jagung
● 1 cawan air panas
● 1 sudu teh emulco coklat
● 1 sudu teh esen vanila
● 2 biji telur




Cara Penyediaan:

1. Panaskan air kukusan.

2. Pukul telur dan gula sehingga kembang.

3. Masukkan air panas dan minyak…esen vanilla dan emulco coklat. ..pukul sebati.

4. Masukkan bahan2 A…pukul sebati…

5. Masukkan dalam acuan kecil2.

6. Kukus selama 15 – 20 minit menggunakan api besar. ..

7. Lap penutup kukusan setiap kali masukkan adunan.




Selamat Mencuba 

Resepi Untuk Dikongsi

Karipap Cheese

Karipap Cheese



Bahan-bahan :


Bahan Kulit 

  • 225gm tepung gandum
  • 80gm margerin
  • 70ml air @ secukupnya
  • sedikit garam halus


Bahan Inti

  • 2 biji kentang ~ direbus dan dilecek halus
  • sedikit daun sup
  • lada sulah secukupnya
  • mayonis secukupnya
  • susu cair secukupnya
  • sausage secukupnya ~ direbus dan dipotong kecil
  • cheese cheddar secukupnya ~ dipotong ikut citarasa




Cara Membuat:

Buat Kulit 

1. Satukan tepung dan margerin, gaul hingga rata.

2. Air dan garam disatukan, kacau hingga garam hancur.

3. Masukkan air dalam adunan dan gaul hingga lembut dan licin.

4. Pastikan masukkan air separuh-separuh. Jika dah ok, tak perlu habiskan. Jika adunan masih keras, boleh tambah sikit lagi.



Buat Inti

5. Kentang yg dah dilecek, gaulkan bersama lada sulah, daun sup, mayonis, dan susu cair.

6. Masukkan susu cair sikit demi sikit, kalau adunan dah lembut dan tak kering sangat, dah ok. Kalau guna lada sulah berperisa AjiShio, memang dah masin dan tak perlu tambah garam. Kalau guna lada sulah biasa, tambah sedikit garam.

7. Sausage boleh digantikan dengan jejari ketam jika suka ataupun campur keduanya sekali lagi sedap.

8. Ambil sedikit adunan, bulat-bulatkan kemudian digelek nipis. Letak inti secukupnya (Berapa banyak cheese dan sausage bergantung pada selera anda), tutup dan kelim ditepinya.

9. Goreng hingga keemasan dan sedap dimakan panas.


Selamat Mencuba

Resepi Untuk Dikongsi

Cheezy Donut Mudah

Cheezy Donut Mudah



Bahan-bahan :

Ni utk adunan 1/2kg tepung

Bahan A -

  • 1/2 sudu makan gula
  • 1/2 plastik serbuk mauripan yis
  • Air suam dlm 4 sudu makan
  • *campur semua bahan tu, gaul sebati tgu sampi bebuih


Bahan B -

  • 1/2 kg tepung
  • 1 1/2 sudu makan ovalette
  • 4 sudu makan minyak panas
  • 3 sudu makan mentega
  • 3 sudu makan Susu cair (optional)

  • *air secukupnya
  • *chesdale (guna cheese lain pun bole)


Cara Membuat:

1. campur semua bahan B sampai sebati,bila sudah sebati masukkan bahan A tadi n sedikit air, gaul la sampai jadi doh lembut..pastu perap kejap sampai kembang.

2. Bila dah kembang bulat2 kan n letak cheese dalamnya..pastu tgu lg kejap utk kembang....n goreng, dah siap bole la tabur gula.


Selamat Mencuba

Resepi Untuk Dikongsi

Kuih Tako

Kuih Tako


Bahan-bahan :


Bahan lapisan bawah:

  • 30gm tepung Hoen Kwee
  • 90gm gula
  • 300ml air
  • 6-8 biji sengkuang - dibersihkan dan dipotong dadu


Bahan lapisan atas:

  • 270ml santan
  • 20gm gula
  • 20gm tepung beras
  • secubit garam
  • Daun pandan atau bekas2 kecil sebagai acuan


Cara:

1.Masukkan semua bahan untuk lapisan bawah ke dalam periuk. 

2.Masak atas api perlahan, kacau hingga pekat. Masukkan sengkuang, kacau rata dan masukkan kedalam acuan. 

3.Masukkan semua bahan untuk lapisan atas, kacau atas api hingga pekat dan masukkan keatas lapisan pertama. Biarkan sejuk dan hidang.



Selamat Mencuba

Resepi Untuk Dikongsi

Bingka Kentang


Bingka Kentang 



Bahan-bahan :

  • Telur ayam 2 butir
  • Kentang 1/4 kg
  • Kelapa parut 1/2 kg
  • Tepung terigu 7 sendok makan
  • Gula pasir 1/2 ons
  • Susu kental manis 3 sendok makan
  • Garam secukupnya
  • Vanila secukupnya


CARA MEMBUAT:

1.Peras kelapa parut dengan satu gelas air untuk peroleh santan. Lalu rebus santan hingga matang dan menjadi 3/4 gelas.

2.Rebus kentang hingga masak dan empuk. Kemudian haluskan.
Telur, gula, vanila dan garam diaduk menjadi satu.

3.Campur kentang dan tepung dengan adonan telur, susu, gula, garam dan vanilla. Aduk sampai menyatu. Masukkan adonan ke dalam cetakan yang telah diolesi sedikit minyak atau mentega agar tidak lengket.

4.Bakar dengan api sedang sampai matang kecoklatan. Bingka siap dihidangkan


Selamat Mencuba

Resepi Untuk Dikongsi

Kuih Kasturi

Kuih Kasturi



Bahan-bahan:

  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/3 sudu besar marjerin
  • 1 sudu kecil garam
  • Secubit gula
  • 1/2 cawan air
  • Sedikit pewarna kuning telur


Cara -Cara

1. Dalam bekas, campurkan tepung, marjerin, garam, gula. Masukkan air dan kacau menggunakan hand whisk supaya adunan cepat sebati. Tambahkan sedikit pewarna kuning. 

2. Panaskan minyak dalam kuali sehingga benar benar panas, celupkan inti yang sudah dibentuk tadi ke dalam adunan tepung dan goreng sehingga keemasan. 

3. Kuih yang sudah dicelup pada adunan tepung sedia untuk digoreng di dalam minyak yang sudah dipanaskan. Goreng sehingga rangup. Angkat dan sedia untuk dihidangkan. 


Nota: Guna sudu untuk celup dan angkat kuih dari adunan tepung untuk mengelakkan tepung nipis di bahagian yang terkena jari kita. Selamat menjamu selera dengan kuih yang rangup di luar dan lembut di dalamnya.


Bahan inti kacang hijau

  • 250gm kacang hijau - rendam
  • 1 keping gula melaka
  • 1/2 cawan gula pasir - ikut manis disukai
  • Sedikit garam



Cara -Cara

1. Masak kacang hijau bersama air secukupnya hingga kembang, biarkan sehingga airnya hampir kering dan kacang hancur. 

2. Masukkan gula melaka, garam dan gula, kacau rata dan biarkan hingga kering. Sesuaikan kemanisan, jika suka lebih manis boleh tambah gula.

3. Angkat dan sejukkan. Bila sudah sejuk kepal inti bulat bulat sebesar ping pong dan kemudian dileperkan.


Selamat Mencuba

Resepi Untuk Dikongsi

Samosa Daging

Samosa Daging



Bahan-bahan:

  • 1 bungkus kulit popia
  • 400gm daging kisar - ramly
  • 2 biji kentang - dipotong dadu kecil
  • 2 labu bawang besar - dipotong dadu kecil*
  • 3 ulas bawang putih - tumbuk*
  • 2 sudu serbuk kari daging
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Daun sup - potong halus



Cara:

1. Panaskan 2 sudu minyak masak, tumiskan bahan bertanda * hingga kekuningan.

2. Masukkan serbuk kari, daging dan kentang, masak diatas api kecil hingga kentang menjadi lembut, letak sedikit air jika perlu.

3. Masukkan garam dan serbuk perasa secukup rasa.

4. Akhir sekali masukkan daun sup, sejukkan.

5. Ambil sekeping kulit popia, isikan inti ke atas kulit popia tu, tutup lipat tiga segi dan gamkan menggunakan putih telur. Ulang hingga habis.

6. Panaskan minyak, goreng hingga garing. Siap sedia untuk dihidangkan.



Selamat Mencuba

Resepi Untuk Dikongsi

Nona Manis Rose

Nona Manis Rose



Bahan A:

  • 1 biji telur gred B - kocok hingga kembang
  • 1/2 cawan gula halus - 125gm
  • 1 cawan santan - 250ml = 1/2 cawan santan + 1/2 cawan air
  • 1 cawan tepung gandum - 145gm


Cara - Cara

1. Di dalam bekas, satukan gula halus, tepung dan santan, kacau rata.

2. Masukkan telur yang dipukul dan whisk kan sehingga rata dan tidak berketul. Ketepikan dulu.


Bahan B:

  • 1/2 cawan santan kotak - 125ml
  • 1/2 cawan air pandan 125ml = 5 helai daun pandan + 1/2 cawan air, kisar dan tapis
  • 1/4 cawan gula halus - 55gm
  • 1/4 cawan tepung jagung - 30gm
  • Secubit garam - 1/4 tsp
  • Sedikit pewarna merah
  • Sedikit esen rose


Cara:

1. Di dalam periuk, satukan air pandan dan santan. Kemudian campurkan gula halus, tepung jagung, garam, esen rose dan sedikit pewarna merah, tambahkan pewarna jika perlu untuk mendapatkan warna yang lebih menyerlah.

2. Whisk sehingga rata dan tidak berbintil.

3. Kemudian masak dengan api sederhana sehingga ia meletup-letup, berkilat dan sedikit pekat, kacau sehingga rata.

4. Angkat dari dapur, ambil adunan A dan tuangkan ke dalam adunan B sedikit demi sedikit sambil dikacau sehingga rata dan adunan menjadi pekat dan licin.  Ketepikan dahulu sementara menyediakan adunan putih.



Bahan C:

  • 1 cawan santan - 1/2 cawan santan + 1/2 cawan air
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 1 sudu besar gula - optional
  • 1/2 sudu teh garam


Cara:

1. Satukan kesemua bahan C. Tapiskan ke dalam periuk kemudian masak di atas api sederhana sambil sentiasa dikacau sehingga ia pekat

2. Biarkan adunan suam sedikit baru dimasukkan ke dalam piping bag gunting sedikit hujungnya untuk dipaip.

3. Panaskan pengukus sehingga airnya mendidih. Balut atau lap tutup pengukus dengan kain supaya air tidak menitis pada kuih.

4. Sediakan acuan lompang saiz kecil, oleskan dengan sedikit minyak.

5. Tuangkan adunan hijau 3/4 penuh di dalam acuan lompang.

6. Kemudian paipkan adunan putih di tengah-tengah adunan hijau sehingga adunan menaik.

7. Susunkan di dalam pengukus dan kukus selama 7-10 minit atau sehingga masak sepenuhnya.

8. Angkat dan biarkan sejuk sebelum dikeluarkan dari acuan.


Selamat Mencuba

Resepi Untuk Dikongsi

Donat Gebu

Donat Gebu


Bahan-bahan

  • 500gm tepung gandum
  • 210ml air suam
  • 2 sudu marjerin
  • 1 sudu teh garam
  • 3 susu tepung - boleh tukar kepada 3 sudu susu pekat manis
  • 2 sudu besar gula
  • 1 bungkus yis - mauripan 11gm
  • Sedikit air sejuk dalam peti sejuk - guna apabila adunan belum lembut



Cara - Cara

1. Kembangkan yis guna air suam. Biarkan.

2. Dalam satu mangkuk masukkan tepung, buat lubang ditengahnya, masukkan gula, susu dan majerin. Adun mesra kesemua bahan.

3. Tuang mauripan kedalam adunan. Uli kesemuanya hingga menjadi doh. Masukkan garam yang sudah dilarutkan dalam air suam.

4. Uli adunan hingga doh lembut, jika belum lembut masukkan air peti sejuk dan uli lagi.

5. Adunan doh yang siap diuli dan terap dengan acuan.

6. 5 minit kemudian donut akan kembang dan bolehlah di panaskan api dalam kuali.

7. Guna api yang kecil dan minyak yang agak banyak supaya donat tengelam.

8. Goreng sehingga kekuningan dan toskan. Sedia untuk dhidangkan bersama gula halus.

9. Jangan lupa like dan share ye, terima kasih dan selamat mencuba.


Selamat Mencuba

Resepi Untuk Dikongsi

Kuih Getas

Kuih Getas


Bahan untuk doh

  • 250gm tepung pulut
  • 20gm tepung gandum
  • 150gm kelapa parut
  • 250ml air
  • Garam secukup rasa
  • Minyak - untuk menggorengnya



Cara - cara

1. Gaul tepung pulut dan tepung gandum bersama kelapa dan garam, sebatikan.

2. Tuang air sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yg agak lembik, bukan terlalu lembik ye dan rehatkan doh sekejap dalam 15 minit.

3. Panaskan minyak, ambil sedikit minyak sapu ditangan dan tapak tangan, ambil sedikit doh bulat-bulatkan, kemudian tekan bagi leper dan agak nipis, terus masukkan ke dalam minyak. Buat beberapa biji, selalu balik-balikkan kuih sebab kalau tak balik-balikkan kuih tu akan pecah di tengah.jadi sentiasalah balik-balik kannya.

4. Angkat dan toskan bila kuih dah kekuningan, bila semua dah siap. Ketepikan sekarang kita masak atau gulanya.



Bahan sira gula

  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1/2 cawan


Cara - Cara

1. Masakkan air dan gula sehingga likat, air tu kelihatan bertali, gunakan api yapig sederhana, bila dah likat masukkan semua kuih tadi, kacau segera biar semuanya kena gula.

2. Tutup api teruskan kacau hingga keluar bunga gulanya siap.



Selamat Mencuba

Resepi Untuk Dikongsi

Resepi Untuk Dikongsi. Powered by Blogger.