Showing posts with label LAKSA. Show all posts
Showing posts with label LAKSA. Show all posts

Penang Asam Laksa

Penang Asam Laksa

BAHAN-BAHAN KUAH 

  • 1 kg ikan kembong
  • 1 tin kecil ikan sardine "cap ayam"
  • 20 biji cili kering, kerat2, cuci dan rendam dalam air panas dan toskan*
  • 5 biji cili merah*
  • 6 biji bawang merah*
  • 1 biji bawang besar*
  • 1 batang serai, dihiris*
  • 1 cm lengkuas*
  • 30 g belacan* - *dikisar halus
  • 2 kuntum bunga kantan, belah 2 setiap kuntum
  • 1 cawan nenas yang didadu halus
  • 1 genggam daun pudina
  • 1 genggam daun kesom
  • 3 keping asam gelugor
  • 20 g asam jawa + 1 cawan air, ramas dan tapis jusnya
  • Air secukupnya
  • Garam dan gula secukup rasa


BAHAN LAIN

  • Mee laksa, kalau guna yang kering, rendam 1 - 2 jam,
  • rebus lembut, tos, cuci dgn air paip dan toskan.
  • Hirisan daun kesom
  • Hirisan daun salad
  • Hirisan daun selom
  • Hirisan cili padi
  • Hirisan timun - potong bentuk jejari halus
  • Hirisan bawang besar
  • Hirisan bunga kantan
  • Belahan limau kasturi
  • Petis secukupnya




CARA MEMBUATNYA

UNTUK KUAH

1.Ikan kembong disiang, cuci bersih dan rebus hingga masak.

2.Keluarkan ikan, asingkan isi dan tulangnya.

3.Kisar tulang-tulang ikan tadi dan tapis, ketepikan.


1.Ikan sardine, diasingkan dari sosnya, cuci ikan tadi dan
lecek hancur, buat sama dengan isi ikan kembong tadi.

2.Air rebusan ikan tadi ditapis ke dalam periuk, masukkan
bahan kisar halus, nenas, air dari kisaran tulang ikan dan
isi ikan tadi.

4.Masak hingga mendidih dan masukkan jus asam jawa,
asam gelugor dan air secukupnya.


  • Tambah belahan bunga kantan dan daun kesom.
  • Masak dengan api perlahan selama 45 - 60 minit.
  • Tambah air jika perlu.
  • Akhir sekali masukkan daun pudina dan perasakan dengan
  • garam dan gula secukup rasa.


5.Biar mendidih 2 - 3 minit lagi, rasa dan jika ok boleh
matikan api.



UNTUK LAKSA ASAM PENANG


1.Masukkan mee laksa secukupnya dalam mangkuk sesuai,
tuang kuah laksa tadi pastikan kacau dulu sebelum tuang
secukupnya.

2.Hias dengan bahan-bahan lain sebagai pelengkap dan
diakhiri dengan 1/2 camca besar petis udang sebagai
penambat selera.


Selamat Mencuba

Resepi Untuk Dikongsi

Laksa Sarawak Kenyalang

Laksa Sarawak Kenyalang



Pes Laksa Sarawak

Bahan-bahan : anggaran 200 gm


  • 8 biji bawang merah*
  • 4 ulas bawang putih*
  • 10-12 tangkai cili kering*
  • 1 inci lengkuas*
  • 1 sk ketumbar
  • 1 sk jintan manis
  • 1 sk jintan putih
  • 3 biji buah keras*
  • 2-3 batang serai*
  • 1 inci belacan bakar*
  • 1/4 cawan kacang tanah (digoreng)
  • 1/4 cawan bijan (digoreng tanpa minyak)
  • sedikit garam
  • sedikit minyak utk menumis



Cara-cara :

1.Kisar lumat bahan-bahan yang bertanda *.

2.Bahan-bahan seperti jintan manis/putih,ketumbar,kacang tanah dan bijan dikisar/ditumbuk halus terlebih dahulu sebelum disatukan dengan bahan-bahan 
bertanda *.

3.Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan tadi sehingga keperangan. Tambah garam dan sedikit gula. Kacau rata-rata.

4.Simpan di dalam bekas yang bertutup dan masukkan ke dalam peti sejuk sekiranya ingin menyimpan lama.



Laksa Sarawak (Resepi II)

bahan-bahan : 6-8 orang makan


  • 200 g pes laksa atau perencah laksa (guna pes laksa pun boleh..kalau tak nak guna yg segera boleh hasilkan sendiri seperti di atas)
  • isi ayam secukupnya (direbus dan dicarik halus)
  • 1/2 kilo udang basah
  • 1 bungkus mihun (direndam dan dicelur)
  • 4 biji telur (didadarkan dan dihiris halus)
  • 2 batang serai (diketuk)
  • 200-250 ml santan pekat
  • garam dan gula secukup rasa
  • taugeh (dicelur)
  • sedikit daun ketumbar (diracik)
  • limau kasturi secukupnya (dibelah dua)


Cara-cara :

1.Sediakan 2 liter air dalam periuk. Jerangkan. Kemudian masukkan udang yang sudah dibersihkan bersama serai. Rebus hingga udang masak. Kemudian toskan udang. Air rebusan tadi jangan dibuang.Sebaliknya masukkan pes laksa dan kacau menggunakan api perlahan.

2.Masukkan santan dan perasakan dengan garam dan sedikit gula.
Masukkan mihun ke dalam mangkuk, letakkan bahan-bahan seperti taugeh, telur, daun ketumbar, isi ayam dan telur.

3.Tuangkan kuahnya dan perahkan dengan limau kasturi. Hidangkan panas-panas. Untuk menyedapkan lagi rasanya, masukkan sedikit sambal udang kering.



Resepi Sambal Udang Kering


bahan-bahan

  • 6 biji bawang merah (dikisar)
  • 2 ulas bawang putih (dikisar)
  • sedikit belacan bakar (dikisar)
  • segenggam udang kering (dikisar/ditumbuk halus)
  • 4-5 sudu makan cili kisar/cili giling secukupnya
  • sedikit air asam jawa
  • garam dan gula


Cara-cara

Tumiskan bahan-bahan kisar dan cili kisar tadi hingga pecah minyak. Perasakan dengan garam dan gula dan masukkan air asam jawa. Kacau hingga pekat.



Selamat Mencuba

Resipi Untuk Dikongsi

Laksam Kelantan

Laksam Kelantan
Resepi Kelantan



Laksam Kelantan ni lain sikit dari yang lain..lain kat mana? kat bentuk laksa tu..lebih sedap dari laksa yang halus2 tu.Kuah pula dari kuah lemak. ditambah ulam-ulaman dan sedikit sambal



Bahan: (untuk buat laksam)

2 cwn tepung beras
1/2 cwn tepung gandum
2 sudu kecil tepung ubi
secubit garam
4 cwn air suam


Cara - Cara

1. Campur semua bahan dan gaul sebati
2. Perap dlm setengah jam
4. Sementara tu sediakan periuk kukusan atas api
5. Guna pinggan makan/ dulang untuk ganti loyang (ada loyang lagi baik)
6. Letak pinggan tu dlm periuk kukusan
7. Tuang 2 senduk dan ratakan sampai nipis
8. Kukus sampai keras
9. keluarkan dan tunggu suam terus gulung
10.gunting sederhana tebal


bahan: (kuah laksam)
Kuah: 1/2 kg ikan selayang/sardin/kembung
sedikit halia
5 biji bawang merah
sedikit serbuk lada hitam
3 cwn santan (dari 1 biji kelapa)
sedikit asam keping
sedikit gula


Buat kuah:

1.Rebus ikan dengan air dalam periuk. Paras air sama dengan paras atas ikan.
2.Masukkan satu asam keping dan sedikit garam.
3.Bila ikan sudah masak, keluarkan. Air rebusan jangan dibuang.
4.Buang tulang ikan.
5.Kisar isi ikan dengan halia, bawang merah dan air rebusan.
6.Masakkan bahan kisaran dalam periuk.
7.Tambahkan serbuk lada hitam, garam, satu lagi asam keping dan sedikit gula.
8.Masukkan santan. Masak hingga kuah agak pekat.
9.Tutup api.


Ulam:

kacang panjang, kobis, daun kesum, bunga kantan, daun ketumbar- semua hiris halus dan campurkan bersama
Taugeh - direndam dalam air panas sebentar
Timun - buang kulit, buang tengah dan hiris panjang


Buat sambal:

1. Rebus semua cili selama 5 minit.
2.Buang air rebusan dan tumbuk semua cili dengan sedikit garam.
3.Tambahkan belacan dan sedikit air perahan limau nipis.



Selamat Mencuba

Resepi Untuk Dikongsi

Laksa Kuala Perlis

Laksa Kuala Perlis
Resepi Perlis


Bahan - Bahan

1 kg laksa beras
1 kg ikan kembung
15 cili kering-rendam air panas
10 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 serai-ketuk
asam keping secukupnya
1 ketul gula gherek/kerek/kabung/melaka
daun kesum
1 bunga kantan-belah 4
garam, gula
air
5 cili merah
1 in belacan
lengkuas sikit-ketuk


Cara Penyediaannya.

rebus ikan ngan gula kabung, garam, asam keping n lengkuas. sejukkan , asingkan isi n tulang.

kisar isi ngan separuh air rebusan ikan tadi. masukkan kedalam periuk.

kisar tulang ikan ngan separuh lagi air rebusan tadi, tapis n masukkan air tu kedalam periuk tadi.

kisar cili kering, cili merah, bawang2 n belacan. masukkan kedalam periuk. jerang atas api sederhanan hingga pekat sedikit.

masukkan asam n lengkuas dr rebusan ikan tadi bersama serai, bunga kantan n daun kesum.

masukkan gula, garam. didihkan lagi.


Selamat Mencuba

Resepi Untuk Dikongsi

Laksa Goreng Kerang Fuyooo

Laksa Goreng Kerang Fuyooo
 

Bahan - Bahan

 
1 kg laksa (celur)
2 kg kerang (rebus dan ambil isinya)
2 keping fishcake (hiris)
40 sen taugeh
70 sen daun kesum (mayang)

Bahan kisar:
3-4 biji bawang besar
5-6 biji bawang putih
lada kisar ikut suka pedas


Caranya:

 
1. Tumis bahan kisar hingga garing dan naik minyak.
2. Masukkan fishcake, kerang dan separuh dari daun kesum. Tumis lagi 2-3 minit.
3. Tambahkan 1/2 cawan air dan garam secukup rasa. Tumis hingga pekat tapi jangan kering.
4. Pada masa yang sama..celurkan mi laksa.
5. Toskan mi laksa dan terus masukkan ke dalam tumisan rempah tadi. Gaul rata.
6. Masukkan taugeh dan lebihan daun kesum..gaul rata..matikan api..hidang.


Nota: laksa harus dituangkan terus sejurus selepas dicelur ke dalam rempah tumisan kerana ia akan resap rempah dgn lebih baik lagi




Selamat Mencuba

Resepi Untuk Dikongsi
Resepi Untuk Dikongsi. Powered by Blogger.