Showing posts with label PASTA. Show all posts
Showing posts with label PASTA. Show all posts

Lasagna Ayam Yang Sedap dan Lazat

Lasagna Ayam Yang Sedap dan Lazat


Bahan

  • 1 bungkus lasagna kering 225 gm
  • 1 s/b marjerin/mentega
  • ½ s/k garam Air secukupnya , untuk merebus (kalau beli lasagna instant pun, lebih baik rebus dulu walaupun ditulis 'no precook required'..tp kalau tak nak rebus jugak, sos lasagna kenalah cair. tak boleh pekat)
  • 125 gm mozarella cheese ~ diparut halus



Bahan - Bahan Sos Daging - Daging

  • s/b marjerin/mentega
  • 2 biji Bawang Putih, cincang halus
  • 1 biji Bawang Bombay, cincang halus
  • 500 gm ayam cincang
  • 250 gm Tomato, kupas, parut ((3 biji ~ just potong2 & terus blend dlm blender basah tanpa air.. tak parut pun, boleh juga guna "diced tomato" dalam tin)
  • 300 gm Sos Tomato dlm botol
  • 100 cc Air (setengah cawan)
  • 3 blok kiub maggi ayam
  • 1 s/k Oregano serbuk
  • ½ s/k Garam,
  • ½ s/b Gula pasir
  • Akak tak guna tomato sos tapi menggunakan cili sos heee derhaka sikit



Bahan - Bahan Sos Putih

  • 50 gm marjerin/mentega (tak timbang pun..bubuh dlm 3 sudu besar)
  • 50 gm Tepung gandum ~ bancuh jadikan pes likat dengan sedikit air (dalam 3 sudu besar jugak)
  • 400 cc Susu Cair Evaporated (boleh guna 1 tin susu cair)
  • 100 cc Air (tqah guna 100 ml, dalam setengah cawan)
  • 125 gm Keju Cheddar parut (boleh guna mozarella cheese)
  • 1 blok kiub maggi ayam
  • ¼ s/k serbuk lada putih
  • ¼ s/k serbuk buah pala (tak letak pun tak pa)



Cara Menyediakan Kulit Lasagna

1. Panaskan air hingga mendidih, tambahkan marjerin dan garam.
Masukkan kulit lasagna satu persatu ke dalam air mendidih dan masak hingga kulit lasagna lembut. (Jgn terlalu lembut sgt.. nanti terkoyak)
Toskan dan masukkan dlm sebesen air biasa.


Cara Masak Sos Daging

1. Panaskan marjerin, tumis bawang putih dan bawang bombay hingga harum dan layu. Masukkan daging cincang, kacau rata hingga daging berubah warna & masak.

2. Tambahkan tomato parut (tomato blend) dan sos tomato dan air. Masukkan kiub ayam, oregano serbuk, garam dan gula pasir. Masak hingga mendidih & sos agak kering.



Cara Masak Sos Putih

1. Panaskan marjerin, masukkan pes tepong gandum & kacau rata.
Tuang susu cair dan air sedikit demi sedikit sambil dikacau rata.
Tambahkan keju parut, kiub pati ayam MAGGI,
serbok lada putih & serbok pala.

2. Masak hingga mendidih dan mengental.



Penyediaan Terakhir

1. Sapu loyang atau caserole empat segi dengan marjerin di sekeliling,

2. Susun lasagna. kemudian letakkan dan ratakan sos merah, kemudian tindankan sos putih dan ratakan.

3. Ulangi proses sama seperti tadi diakhiri dengan sos putih di bahagian atas.

4. Taburkan cheese parut atasnya.

5. Bakar dengan suhu oven 180°C (atas bwh) hingga kuning kecoklatan (± 40 minit). (suhu bergantung oven masing2)6. Angkat. Sajikan panas



Selamat Mencuba

Resepi Untuk Dikongsi

Chee Cheong Fun

Chee Cheong Fun



Bahan-Bahan


Bahan A (Chee Cheong fun)

  • 3 cawan tepung beras
  • 3/4 cawan tepung jagung
  • 6 cawan air
  • sedikit minyak untuk menggris
  • (Ni macam nk buat laksam )
  • *Rupanyaa bahan yang dah jadi mcm lempeng gulung tu dipanggil chee cheong fun..


Bahan B (Sos)

  • 2 cawan air
  • 1/2 cawan gula merah (kalau nak kurangkan manis kurangkan sukatan)
  • 1 kiub ikan bilis
  • 2 susu makan lada kering dikisar halus (kalau nak kurangkan pedas, kurangkan sikit)
  • 5 sudu makan kicap manis
  • belacan
  • sedikit garam
  • 2 sudu tepung jagung/kanji dan bancuh dengan 1/2 cawan air


Bahan C

  • Fish Ball yang telah dicelur dan dibelah 2
  • tauhu yang digoreng dan dipotong2.
  • kacang yang sudah ditumbuk //dikisar (Sangan dahulu-goreng tanpa minyak barulah ditumbuk)
  • bijan (disangan hingga sedikit kekuningan)
  •  kangkung yang dicelur (nak tambah sayur lain terpulanglah ye... mcm daun bwang ke.. kacang pnjang ke..) tapi selalunya sya guna kangkung je)



Cara Buat Bahan A

1. Satukan semua bahan, kacau dan tapis. Biarkan sekejap anggaran 20 - 30 minit.

2. Panaskan pengukus. Sapukan/leserkan loyang dengan sedikit minyak. Nak cantik guna loyang yang multi purpose. Ambil lebih kurang satu senduk sayur atau lebih kurang 80 -100ml adunan dan tuangkan ke dalam loyang. Kukus selama 3 - 5 minit.



Cara Buat Bahan B

1.Didihkan semua bahan B kecuali tepung jagung.

2.Last bila dah mendidih, masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air. Tutupkan api bila sos sudah nampak pekat. (Tepung jagung adalah untuk memekatkan sos tersebut.)



Cara Hidangan

1.Potong-potongkan chee cheong fun dan masukkan dalam bekas/pinggan

2.kemudian letakkan kangkung, tauhu, fish ball

3.Kemudian tuangkan sos

4.Di atasnya taburkan bijan dan kacang tumbuk

5.Siaplah untuk dihidangkan



Selamat Mencuba

Resepi Untuk Dikongsi

Spageti Phat Thai

Spageti Phat Thai


Bahan A

  • Spaghetti (agak2 utk 1 orang)
  • Minyak Zaitun 3sb
  • Cendawan butang 7 (hiris nipis)
  • Cili kering 4 tangkai (goreng dulu)
  • Tomato 1/2 biji (potong dadu)
  • Oregano
  • Gula perang
  • Garam



Bahan B

  • Udang 2 ekor (cincang)
  • Phat Thai Paste 2sb (Aeon ada jual)
  • Bawang hollang 1/2 biji (cincang)
  • Cili padi 3 tangkai (cincang)


Cara Menyediakan

1) Rebus Spaghetti sampai lembut..taruk minyak zaitun sikit supaya tk melekat.

2) Panaskan kuali..taruk minyak zaitun, terus masukkan bawang dan cili padi.. kacau2 kejap..taruk udang dan phat thai paste...kacau2 lagi.

3) Taruk Air panas sikit..Masukkan cendawan, tomato, lada kering..gula garam cukup rasa.

4) Akhir sekali masukkan spaghetti dan  oregano..masak hingga kering..siappp


Selamat Mencuba

Resepi Untuk Dikongsi 

sumber : Fb Atie Jumaat
Resepi Untuk Dikongsi. Powered by Blogger.