Showing posts with label TALAM. Show all posts
Showing posts with label TALAM. Show all posts

Talam Lapis Lobak Merah

Talam Lapis Lobak Merah



Bahan lapisan putih

  • 100gm gula pasir
  • 300ml santan pekat
  • 500ml air
  • 150gm tepung beras
  • 60gm tepung gandum
  • 1sb tepung ubi
  • 1/2st garam


Cara - cara

1. Campur semua bahan, tapis dalam periuk. Kacau hingga naik wap, tutup api.

2. Bahagikan kepada 3 bahagian, ketepikan.


Bahan lapisan lobak merah

  • 190gm gula pasir 
  • 200ml susu cair
  • 20gm lobak merah - diparut atau potong nipis
  • 150gm tepung beras
  • 60gm tepung gandum
  • 1sb tepung ubi - resepi asal tepung hoen kwe putih
  • 1/2st garam 
  • Air secukupnya
  • Pewarna oren



Cara - Cara

1. Satukan semua bahan kecuali air, letak sikit dulu.

2. Blender halus kemudian masukkan adunan dalam jug penyukat metrik. Tambah lagi air hingga adunan menjadi 1000ml atau 1 liter.

3. Bahagikan kepada 3 bahagian.

4. Panaskan kukusan. Alas loyang empat segi 10x10x2in dengan plastik dan lengserkan dengan sedikit minyak.

5. Ambil 1 bahagian lapisan putih, kukus hingga masak dengan api sederhana. Jika tekan dengan jari tak melekat dan nampak mengeras, dah masaklah tu. 

6. Garis-gariskan dengan lidi pada lapisan putih kemudian tuang adunan oren. Kukus lagi. Buat hingga adunan habis. Mula dengan lapisan putih, akhiri dengan lapisan oren. Lapisan terakhir kukus selama 20 minit atau hingga betul-betul masak.

7. Sejukkan kuih. Bila dah betul-betul sejuk, baru potong dengan menggunakan pisau plastik.

8. Jangan lupa like dan share, terima kasih dan selamat mencuba.


Selamat Mencuba

Resepi Untuk Dikongsi

Talam Suji

Talam Suji



Bahan bahagian bawah

  • 1 1/2 cawan tepung suji
  • 4 cawan santan cair
  • 1/2 cawan gula pasir
  • Secubit garam
  • Sedikit pewarna kuning
  • 2 helai daun pandan


Cara - Cara

1. Campurkan semua bahan, kacau sebati, pas tu masak guna api sederhana hingga naik wap.

2. Masukkan pula dalam loyang yang dah di sapu minyak, kukus hingga masak lebih kurang 20 minit.



Bahan bahagian atas

  • 4 cawan santan pekat
  • 2 sudu besat tepung jagung
  • 1 cawan tepung gandum
  • 5 sudu besar gula pasir
  • 1 cawan gula merah
  • 2 biji telur
  • 2 helai pandan


Cara - Cara

1. Campurkan semua bahan, kacau sebati pas tu masak atas api hingga naik wap.

2. Tuang ke atas bahagian bawah yang dah siap kita kukus tadi. Kukus semula 30 minit.

3. Sejukkan dahulu, baru potong.

4. Jangan lupa like dan share ye, terima kasih dan selamat mencuba.


Selamat Mencuba

Resepi Untuk Dikongsi

Talam Cendol

Talam Cendol


Bahan A lapisan bawah

  • 200gm tepung beras*
  • 250ml santan pekat*
  • 450ml air*
  • 1 tbsp tepung jagung*
  • 150gm gula caster
  • 1 tsp garam


Bahan B

  • 200gm cendol - 1 paket kecil


Cara - Cara

1. Satukan bahan bertanda * dan tapis kedalam periuk. Masukkan bahan lain dibahagian A.

2. Masak bahan A sehingga naik wap (jangan sampai pekat sangat, sekejap sahaja atas api, guna senduk kayu utk mengacau. Kacau sentiasa dan bila terdapat ketulan tepung disenduk kayu, tutup api dan guna hand whisk untuk ratakan adunan tersebut).

3. Angkat dan masukkan cendol. Gaul rata

4. Masukkan ke dalam loyang 10 x 10 x 2 yang telah disapu dengan sedikit minyak dan dialas dengan plastik.

5. Kukus selama 25 minit, selepas masak, cakar-cakar dengan garfu.



Bahan A lapisan atas

  • 300gm gula merah - boleh guna gula melaka/gula kampung
  • 50gm gula castor
  • 500ml air


Bahan B

  • 150gm tepung gandum
  • 3 biji telur - boleh guna 5 biji kalau nak banyak telur
  • 250ml santan pekat
  • 1/2 tsp garam



Cara - Cara

1. Masak bahan A sehingga gula hancur dan sejukkan sebentar.

2. Satukan semua bahan B dan kacau sehingga sebati.

3. Masukkan bahan A kedalam B dan tapis dan masukkan ke dalam periuk.

4. Masak sehingga naik wap (jangan pekat sangat, masak sekejap sahaja).

5. Tuang ke atas lapisan bawah dan kukus selama 30 minit.



Talam Rainbow

Talam Rainbow



Bahan-bahan
1 1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 tepung beras
1/2 cawan tepung ubi
1 1/2 cawan gula pasir
8 cawan santan sederhana pekat - 1 1/2 biji kelapa parut
1 sudu kecil garam
Pewarna kegemaran - rujuk pada gambar



Cara - Cara

1. Gaulkan semua bahan-bahan sampai sebati dan tapiskan.

2. Bahagikan adunan kepada 6 bahagian.

3. Masukkan pewarna ke dalam setiap bahagian.

4. Panaskan kukusan dan sapukan sedikit minyak pada loyang yang akan digunakan dan kukus loyang sebentar, nak lagi selamat alas loyang dengan plastik.

5. Masukkan 1 bahagian adunan dan kukus selama 5 minit.

6. Buat sampai habis, boleh rujuk warna pada gambar, bagi adunan terakhir, saya balut tudung periuk dengan kitchen towel agar air tidak menitis ke atas permukaan kuih dan dikukus dalam 20 minit.

7. Setelah masak, angkat dan sejukkan selama 2 jam. Pastikan kuih betul sejuk barulah di potong dengan menggunakan pisau plastik.


Selamat Mencuba

Resepi Untuk Dikongsi

Talam SeriMuka Delima

Talam SeriMuka Delima



Bahan lapisan bawah

  • 500gm beras pulut
  • 300ml santan pekat
  • 300ml air
  • 2 sudu kecil garam
  • 20gm sagu kecil - rendam dengan air dan pewarna merah atau pink dan toskan


Cara - Cara

1. Rendam pulut sekurang-kurangnya 4 jam.

2. Basuh bersih beras pulut dan toskan, campurkan dengan santan, air dan garam.

3. Masukkan dalam loyang yang telah di lapik plastik.

4. Kukus selama 30 minit. Kukus dengan loyang yang berlainan tidak berlubang. Apabila pulut masak, gaulkan dengan sagu, tak payah sehingga rata dan tekan pulut di dalam loyang dan sapu sedikit batter atau adunan tepung.



Bahan lapisan atas

  • 250gm gula halus
  • 100gm tepung kastard
  • 400ml santan pekat
  • 400ml air
  • 4 biji telur
  • 1/2 sudu kecil garam
  • Beberapa titik esen vanilla
  • Pewarna Kuning



Cara - Cara

1. Campurkan kesemua bahan sehingga sebati, ikut turutan di atas dan tapiskan.

2. Masak dengan api kecil sehingga naik wap.

3. Tuangkan ke atas lapisan pulut tadi dan kukus selama 30 minit.

4. Biarkan sehingga betul-betul sejuk sebelum di potong.          



Selamat Mencuba

Resepi Untuk Dikongsi              

Talam Lapis Kacang Merah

Talam Lapis Kacang Merah



Bahan A

  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 s/b tepung beras
  • 2 s/b tepung kastad
  • 3/4 cawan gula
  • 3 1/2 cawan santan
  • 1 s/k garam


Cara - cara

1. Bancuh semua bahan ini dan tapiskan.

2. Bahagikan sama banyak dan masukkan dalam 2 mangkuk, mangkuk 1 dan 2.



Bahan B

  • 1/2 cawan kacang merah rebus - yang dah rebus dan lecek sikit
  • Pewarna merah
  • 1/4 cawan air


Cara - Cara

1. Masukkan bahan B dalam mangkuk 1.

2. Gaulkan rata dan ketepikan



Bahan C

  • 1/4 cawan air
  • 1 sudu besar tepung jagung


Cara - Cara

1. Masukkan bahan C dalam mangkuk 2.

2. Gaulkan rata dan ketepikan.


Cara melapis 

1. Panaskan kukusan dan sapu minyak pada loyang saiz bulat 8 inci atau 8x8 inci .

2. Masukkan 1 cawan lapisan merah dan kukuskan selama 5 minit.

3. Masukkan pula 1 cawan lapisan asal (warna asal) dan kukuskan 5 minit.

4. Buat sehingga lapisan habis dan setiap kali nak tutup semula tudung kukusan hendaklah dilapkan kering supaya air tidak menitik atau balut dengan kain penutup kukus.

5. Untuk lapisan akhir sekali, kukus selama 15 minit.

6. Bila telah masak sejukkan dan potongkan dengan pisau plastik supaya kelihatan cantik.

7. Jangan lupa like dan share ye, terima kasih dan selamat mencuba.


Selamat Mencuba

Resepi Untuk Dikongsi

Seri Muka Pulut Hitam

Seri Muka Pulut Hitam



Bahan-bahan

LAPISAN BAWAH:

  • 2 cawan beras pulut (500g)
  • 1 cawan pulut hitam (100g)
  • 3 cawan santan kemancar (380ml)
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu teh gula


Cara - Cara

1.Pulut hitam dibersihkan dan direndam sebentar kira-kira 30 minit

2.Pulut hitam ini mesti direbuskan selama 1 1/2 jam dan kemudian rendamkan dalam air panas lebih kurang 1 jam lagi. Kemudian toskan 

3.Rendam pulut biasa dalam air sejuk lebih kurang 1 jam juga. Kemudian toskan.

4.Gaulkan pulut hitam bersama pulut puteh. Kemudian masukkan kedalam loyang yang telah dialas dengan plastik. Ratakan.

5.Satukan santan, garam dan gula. Masukkan santan cair ini keatas pulut, ratakan.

6.Kukus selam 20 minit sehingga pulut kembang.

7.Bila sudah kembang - karehkan. Kemudian padatkan semula pulut tadi. Ketepikan.




LAPISAN ATAS:

  • 4 biji telur ayam gred A
  • 5 helai daun pandan -blander dengan 100ml  air biasa 
  • 3 1/4 cawan santan pekat daripada 1 biji kelapa (550ml) 
  • 1/2 cawan tepung gandum - cap sauh ( 115g)
  • 1/4 cawan tepung ubi (50g)
  • Secubit garam
  • 1 3/4 cawan gula pasir (380g)
  • Sedikit pewarna hijau 



Cara - Cara

1.Campukan kesemua bahan diatas kecuali gula.

2.Kacau sebati dan tapiskan kedalam periuk, masukkan gula dan sedikit pewarna hijau.

3.Masakkan diatas api yang perlahan sehingga naik wap.

4.Kemudian tuangkan diatas lapisan bawah. (lapisan bawah mestilah masih panas...kalau telah sejuk , kukuskan semula atau bancuhkan 1 sudu makan tepung jagung + 2 sudu makan air. Sapu rata diatas pulut dan kukus sebentar).

5.Tuangkan adunan hijau tadi diatas pulut dan kukus semula dengan api sederhana perlahan selama 30 minit.

6.Bila telah masak...ketepikan dan sejukkan

7.Potongkandan sedia untuk dihidang

PERINGATAN :
Semasa mengukus lapisan atas...api janganlah terlalu besar, dikuatiri lapisan atas akan meletus seperti gunung berapi.



Selamat Mencuba

Resepi Untuk Dikongsi 

Kuih Lapis Tradisi

Kuih Lapis Tradisi
 

Bahan-bahan: (hidangan untuk 5 orang)

 
1 cawan tepung beras
2 cawan santan sederhana pekat (caranya-campurkan 1 cawan santan pekat dengan 1 cawan air)>>kita lebihkan sikit
2 sudu besar tepung gandum>>yg ni kita kurangkan sikit
2 sudu besar tepung jagung
1/2 cawan gula pasir- boleh kurangkan 1 sudu besar jika ingin kurang manis
1/4 sudu teh garam
sedikit pewarna merah dan perisa ros


Cara - Cara
1. Panaskan pengukus dan sediakan loyang berukuran 7 inci. Masukkan santan ke dalam periuk. Panaskan sebentar biar jadi suam-suam kuku. Tutup api.

2. Masukkan tepung beras, tepung gandum, tepung jagung, gula dan garam ke dalam mangkuk. Masukkan santan. Gaul rata hingga tidak berbintil.

3. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. (adunan ini menghasilkan lebih kurang 600ml bater) bahagi kepada 300 ml +/- setiap satu. Warnakan satu bahagian dengan warna merah dan letakkan perisa ros.

4. Masukkan loyang ke dalam kukusan. Tuang 100 ml adunan tanpa warna ke dalam loyang. Kukus selama 5 minit dengan api kuat. setelah lapisan pertama masak, tuang 100ml adunan merah. Kukus lagi. Ulang proses hingga habis 6 lapisan dengan diakhiri dengan lapisan merah. K.An tambah sedikit lagi pewarna merah untuk lapisan akhir agar warnanya lebih menyerlah.

5. Setelah siap, sejukkan kuih lapis sebelum dipotong. Kuih lapis yang elok, boleh dimakan selapis demi selapis,

Kegemaran anak admin kuih lapis ni


Selamat Mencuba

Resepi Untuk Dikongsi

Talam Berlauk

Talam Berlauk
 

Lapisan Bawah

 
1 cawan tepung gandum
3 sudu besar tepung jagung
3 cawan santan
1 sudu kecil garam
1 biji telur



Lapisan Inti dan Hiasan

 
200 gm daging kisar
2 biji kentang (dipotong dadu)
1 biji bawang besar (dipotong dadu/dikisar)
1 paket rempah kari ayam
2 biji cili merah (dicincang)
Lobak merah diparut
Daun sup dan daun bawang (diracik kecil)
1 sudu besar minyak
Sedikit garam



Cara memasak lapisan bawah

 
1. Campur semua bahan, kacau sehingga sebati dan tapis.
2. Sapu sedikit minyak dalam loyang.
3. Panaskan kukusan.
4. Tuang adunan ke dalam loyang dan kukus selama 30 minit.
5. Sejukkan dan taburkan inti dan daun sup & daun bawang.
6. Potong dan hidangkan.



Cara memasak inti

 
1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar.
2. Masukkan rempah kari dan masak sehingga wangi.
3. Masukkan daging dan kentang. Kacau rata.
4. Biar sehingga semuanya masak.
5. Sejukkan dan tabur diatas adunan yg dikukus.





Selamat mencuba


Resepi Untuk Dikongsi

Kuih Talam Keladi Cinta Hati

Kuih Talam Keladi Cinta Hati
 


Saiz Loyang 10x10x3


Bahan Lapisan Bawah

 
Bahan (A)
220 gm tepung beras
40 gm tepung ubi
1 1/2 sudu kecil garam
5 sudu besar gula pasir
300 ml santan pekat
700 ml air

Bahan (B)
250 gm keladi - (saya letak 300 gm)
Buang kulit, basuh dgn air garam supaya tidak hitam, potong kiub dan kukus selama 5-8 minit. Lepas kukus baru timbang



Cara-cara:
Bancuh semua bahan A hingga rata dan sebati .
Tapis ke dalam periuk. Masak sehingga naik wap dan masukkan bahan B.

Kacau sebentar dan tuang ke dalam loyang 10x10x3 yang telah disapu sedikit minyak. Kukus selama 25 minit.


Bahan Lapisan Atas
150-180 gm tepung gandum (saya guna 160 gm)
250 gm gula halus
3-5 biji telur (guna 4 biji telur)
250 ml santan
500 ml air
Sedikit pewarna purple

Cara caranya:

Bancuh semua bahan bahan di atas dan tapis ke dalam periuk. Masak sehingga naik wap.

Tuang ke atas lapisan bawah. Kukus selama 30 minit. Lap penutup pengukus 5 minit sekali.

Biarkan betul betul sejuk sebelum dipotong, jika boleh menggunakan pisau plastik.


Nota:
Untuk mengeringkan air di permukaan, saya terus mengukus beberapa minit terakhir dengan tidak menutup pengukus. Lap selebihnya dengan tuala dapur



 

Selamat Mencuba

Resepi Untuk Dikongsi

Sumber : Azie Kitchen
Resepi Untuk Dikongsi. Powered by Blogger.