Kek Red Velvet Tanpa Telur

Kek Red Velvet Tanpa Telur



Bahan - bahan

  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 sudu mkn serbuk koko
  • 3/4 sudu teh baking powder
  • 1/2 sudu teh soda bicarbonate
  • ** semua bahan2 ini diayak**
  • 1/3 cawan minyak masak
  • 1/2 cawan gula aising
  • 3/4 cawan susu pekat manis
  • 3/4 cawan susu kotak @ susu cair
  • 1 sudu teh esen vanila
  • pewarna makanan merah



Cara - cara

1.gris & alas loyang dgn baking paper (saya guna 2 loyang 6")

2.pukul atau mixer minyak + gula aising hingga halus

3.masukkan susu pekat manis dan mixer hingga kembang

4.masukkan 1/2 bahagian susu & esen vanila dan kacau sebati

5.masukkan 1/2 bahagian adunan tepung dan kacau sebati

6.masukkan lagi 1/2 bahagian tepung dan kacau lagi sebati

7.campurkan 1/2 baki susu dgn pewarna merah dan kacau sebati kemudian masukkan dlm adunan kek dan sebatikan

8.bahagikan adunan jika menggunakan 2 loyang kek

9.bakar 180° C sehingga kek masak


Frosting :

  • 250 grm cream cheese
  • 100 grm gula aising
  • 50 ml whipping cream


1.pukul cream cheese hingga lembut kemudian masukkan gula aising dan sebatikan,

2.masukkan whipping cream dan pukul sebati...boleh tambahkan air perahan lemon jika suka.


Selamat Mencuba

Resepi Untuk Dikongsi

Puding Kacang Merah

Puding Kacang Merah



Bahan-bahan :

  • 1 cwn Kacang Merah
  • 1 packet / 13g Serbuk Agar-Agar
  • 1 liter Air
  • 240g Gula
  • 1 tin Susu Cair - ita tukar kepada santan
  • 1 sb Tpg Jagung
  • 1 heai Daun Pandan
  • Sediki Pewarna Merah Jambu
  • secubit garam


Cara - Cara

1.Rebus kacang sehingga empuk.

2.Ambil 1/2 cwn & ratakan ke dlm acuan.

3.Blend baki kacang dgn susu, tpg jagung & pewarna sehingga sebati.

4.Letakkan serbuk agar-agar, air, gula & daun pandan ke dlm periuk & masak sehingga hancur.

5.Sendukkan +/- 1/2 cwn & tuangkan ke atas kcg merah dlm acuan tadi.

6.Masukkan campuran kcg merah yg di mesin tadi ke dlm agar2 & masak sehingga mendidih.

7.Biarkan lapisan kcg merah tadi mengeras sedikit sebelum di tuangkan masakan agar2.

9.Biar agar2 sejuk di suhu bilik sebelum di masukkan ke dlm peti sejuk.

10.Hidangkan sejuk


Selamat Mencuba

Resepi Untuk Dikongsi

Agar - Agar Santan Pandan

Agar - Agar Santan Pandan


Bahan-bahan :

Jumlah Hidangan : 6 orang

Bahan-Bahan:

  • 10-12 gram agar-agar (saya gunakan agar-agar bertali)
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 cawan santan cair
  • 1 biji telur
  • 3 1/2 cawan air
  • 1 1/4 cawan gula (kurangkan sedikit jika tak suka manis)
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 2-3 helai daun pandan
  • beberapa titik pewarna hijau
  • beberapa titik perasa pandan (pandan essence)


Cara Penyediaan:

1.Basuh agar-agar dan masukkan ke dalam periuk bersama air. Jika gunakan agar-agar serbuk, terus tuangkan sahaja.

2.Masak sehingga mendidih dan agar-agar larut. Masukkan gula, daun pandan, perasa pandan, pewarna hijau, garam dan santan cair. Masak sehingga sebati.

3.Pukul sedikit telur bersama santan. Saya tapiskan supaya tiada ketulan apabila masak nanti.

4.Tuang bancuhan santan dan telur ke dalam agar-agar dan kacau sehingga mendidih selama beberapa minit.

5.Tuang ke dalam loyang dan sejukkan.


Selamat Mencuba

Resepi Untuk Dikongsi


kredit :Marnieza pija

Puding Susu Buah-buahan

Puding Susu Buah-buahan



Bahan-bahan :

  • 1 paket serbuk agar2 (11gm)
  • 2 biji telur
  • 4 cawan air
  • 1/2 tin susu cair
  • 1 cawan gula
  • 2-3 sudu besar tepung kastad
  • 1 tin fruit cocktail


Cara-cara:

1. Masak agar2 dengan air dan gula hingga larut.

2. Pukul telur dan campurkan tepung kastad, kacau rata dan ketepikan.

3. Bila campuran agar2 larut, masukkan susu cair. bila mendidih, masukkan campuran telur dan tepung kastad. masukkan fruit cocktal.

4. Masukkan kedalam loyang atau acuan disukai. sejukkan dan hidangkan.


Selamat Mencuba

Resepi Untuk Dikongsi

Cheezy Donut Mudah

Cheezy Donut Mudah



Bahan-bahan :

Ni utk adunan 1/2kg tepung

Bahan A -

  • 1/2 sudu makan gula
  • 1/2 plastik serbuk mauripan yis
  • Air suam dlm 4 sudu makan
  • *campur semua bahan tu, gaul sebati tgu sampi bebuih


Bahan B -

  • 1/2 kg tepung
  • 1 1/2 sudu makan ovalette
  • 4 sudu makan minyak panas
  • 3 sudu makan mentega
  • 3 sudu makan Susu cair (optional)

  • *air secukupnya
  • *chesdale (guna cheese lain pun bole)


Cara Membuat:

1. campur semua bahan B sampai sebati,bila sudah sebati masukkan bahan A tadi n sedikit air, gaul la sampai jadi doh lembut..pastu perap kejap sampai kembang.

2. Bila dah kembang bulat2 kan n letak cheese dalamnya..pastu tgu lg kejap utk kembang....n goreng, dah siap bole la tabur gula.


Selamat Mencuba

Resepi Untuk Dikongsi

Puding Mangga Berkuah Kastard Vanilla

Puding Mangga Berkuah Kastard Vanilla



Bahan-bahan :


Bahan A:

  • 1 paket sebuk agar2 ~ saya guna 10gm
  • 1000ml air
  • 150gm gula pasir



Bahan B:

  • 400gm mangga masak
  • 200ml susu cair
  • 100ml air
  • ** saya tambah sedikit warna kuning telur
  • ** kisar semua bahan B


Cara:

1. Bahan A dimasak sehingga gula larut.

2. Masukkan bahan B, kacau hingga sebati dan renehkan hingga mendidih sekejap. Pastikan sentiasa dikacau.

3. Angkat dan tapiskan.

4. Masukkan dalam acuan pilihan dan sejukkan. Pastikan acuan basahkan sedikit dgn air supaya senang keluarkan puding nanti.


Bahan kuah kastard:

  • 300ml susu cair ~ saya guna 200ml
  • 100ml air ~ saya guna 200ml
  • 2 biji kuning telur
  • 2 sb vanilla ~ saya guna 1st
  • 6 sb gula pasir
  • 1 sb tepung kastard
  • sedikit garam



Caranya:

1. Satukan semua bahan, kacau menggunakan whisk dan masak dgn api sederhana sehingga agak pekat. Tutup api. Pastikan jangan sampai terlalu pekat.

2. Angkat dan tapiskan.

3. Sejukkan dahulu baru dituang atas puding.


Selamat Mencuba

Resepi Untuk Dikongsi

Biskut Famous Amos

Biskut Famous Amos



Bahan-bahan :

  • 1 cawan butter
  • 1 1/2 cwn tepung gandum
  • 1/2 cwn tepung jagung
  • 1 s/k soda bicarbonat
  • 1 cawan gula halus
  • 1 cawan gula perang
  • 2 1/2 cawan oat yg dimesin halus (sukat oat dan kemudian dimesin hingga halus)
  • 12 oz. chocolate chips (eryne gune brand Hershey)
  • 1/2 s/k garam
  • 9 oz. chocolate Cadbury (parut)
  • 2 biji telur
  • 1 s/k baking powder
  • 1 1/2 cawan chopped nuts (eryne gune walnut, almond & hazel)
  • 1 s/k vanilla


Cara:

1. Pukul butter dan gula hingga gebu.

2. Masukkan telur dan vanilla, campurkan tepung, oat, garam, baking powder dan soda bikarbonat.

3. Masukkan chocolate chips Hershey, Cadbury bar (yg dah di parut) dan kekacang, sebatikan semua bahan dan gaul rata.

4. Kemudian sudukan ke dalam loyang dlm jarak 2 inci.

5. Bakar dalam 15min pd suhu 170 degree celcius


Selamat Mencuba

Resepi Untuk Dikongsi

Kuih Tako

Kuih Tako


Bahan-bahan :


Bahan lapisan bawah:

  • 30gm tepung Hoen Kwee
  • 90gm gula
  • 300ml air
  • 6-8 biji sengkuang - dibersihkan dan dipotong dadu


Bahan lapisan atas:

  • 270ml santan
  • 20gm gula
  • 20gm tepung beras
  • secubit garam
  • Daun pandan atau bekas2 kecil sebagai acuan


Cara:

1.Masukkan semua bahan untuk lapisan bawah ke dalam periuk. 

2.Masak atas api perlahan, kacau hingga pekat. Masukkan sengkuang, kacau rata dan masukkan kedalam acuan. 

3.Masukkan semua bahan untuk lapisan atas, kacau atas api hingga pekat dan masukkan keatas lapisan pertama. Biarkan sejuk dan hidang.



Selamat Mencuba

Resepi Untuk Dikongsi

Puding Lapis Buah Peach

Puding Lapis Buah Peach



Bahan-bahan :

  • 1 paket agar-agar serbuk(10 gram)
  • 600 ml air putih
  • 250gram gula
  • 1 tin susu cair (400ml)
  • 1 biji telur
  • 2 sudu besar tepung kastard
  • pewarna merah
  • 1 tin kecil peach dalam syrup



Cara-cara

1.Masakkan agar-agar bersama 600 ml air

2. Bila menggelagak, masukkan gula hingga larut

3. Selepas itu masukkan susu, perlahankan api

4. Untuk lapisan kedua, singkan lebih kurang 1/5 daripada agar yang dimasak tadi(letakkan dalam periuk berlainan) diwarnakan dengan pewarna merah

5. Pukul telur, masukkan tepung kastard dan sedikit sahaja air, dalam 10 ml, masukkan ke dalam larutan 4/5 agar-agar yang tinggal tadi , kacau hingga sebati. Susun buah peach dalam bekas, tuangkan adunan pertama.Tunggu hingga beku

6.Apabila lapisan pertama sudah beku, tuangkan adunan kedua 1/5 agar-agar yang telah diwarnakan merah.

7. boleh dihidangkan apabila sudah beku ...

Noted : kalau suka boleh masukkan air peach tu jugak.


Selamat Mencuba

Resepi Untuk Dikongsi

Puding Kastard Marble

Puding Kastard Marble



Bahan-bahan :

  • 10 gm serbuk agar-agar
  • 2 cwn air
  • 2 cwn susu segar
  • 3/4 cwn gula *kurangkan 3 sb
  • 4 sb tepung kastard
  • 1 biji telur dipukul sedikit
  • 3 sb mentega
  • 1/2 sk garam halus
  • 1 sk vanilla essence
  • 2 sk serbuk koko + 1/2 sk nescafe



Caranya:

1.Masak air bersama serbuk agar-agar dan gula hingga mendidih.

2.Bancuh tepung kastard dengan susu segar. Kemudian tuang ke dalam agar2 mendidih.

3.Masak hingga berbuih, masukkan pula telur dan mentega.

4.Masukkan garam dan esence vanilla.

5.Bila semuanya masak , tutup api. Bahagi dua adunan agar2.

6.Satu adunan bancuhkan dengan serbuk koko dan nescafe.

7.Tuang berselang2 dengan adunan kosong untuk mendapatkan marble dan corak yang disukai.

8.Biarkan sejuk dan boleh dihidangkan.


Selamat Mencuba

Resepi Untuk Dikongsi

kredit;Resepi Kek & Puding

Bingka Kentang


Bingka Kentang 



Bahan-bahan :

  • Telur ayam 2 butir
  • Kentang 1/4 kg
  • Kelapa parut 1/2 kg
  • Tepung terigu 7 sendok makan
  • Gula pasir 1/2 ons
  • Susu kental manis 3 sendok makan
  • Garam secukupnya
  • Vanila secukupnya


CARA MEMBUAT:

1.Peras kelapa parut dengan satu gelas air untuk peroleh santan. Lalu rebus santan hingga matang dan menjadi 3/4 gelas.

2.Rebus kentang hingga masak dan empuk. Kemudian haluskan.
Telur, gula, vanila dan garam diaduk menjadi satu.

3.Campur kentang dan tepung dengan adonan telur, susu, gula, garam dan vanilla. Aduk sampai menyatu. Masukkan adonan ke dalam cetakan yang telah diolesi sedikit minyak atau mentega agar tidak lengket.

4.Bakar dengan api sedang sampai matang kecoklatan. Bingka siap dihidangkan


Selamat Mencuba

Resepi Untuk Dikongsi

Aiskrim Tiramisu

Aiskrim Tiramisu

Bahan-bahan :

  • secawan air kopi
  • 1-2 row biskut marie.(original) depends on bekas juga
  • 250g tatura cream cheese
  • 2 sudu gula
  • 500 ml ais krim vanilla bertajuk KINGS. takde? apa2 jenama pun boleh
  • 3 sudu serbuk koko sbg hiasan


cara-cara :

1-bancuh kopi, gula aku letak sebanyak 1 sudu teh. sbb aiskrim kan dah cukup manis...

2-celup biskut marie ke dlm air kopi tersebut, then susun dlm bekas. susun cantik2 kasi padat...jgn lubang2 tau.cam kek batik gak kekdahnya, tp kek batik kita pecah2kan biskut tu.. ni tak... elok je bentuk bulat biskut aku susun

3-agak2 biskut tadi dah sampai lapisan ke 3 atau 4

4-pukul cream cheese bersama gula sampai kental

5-pukul / blander ais krim sampai cair

6-sebatikan cheese dan aiskrim bersama, then tuang ke atas biskut marie yg dipadatkan tadi

7-masukkan dalam peti ais, tunggu sampai beku (semalaman)


Selamat Mencuba

Resepi Untuk Dikongsi

Kek Kukus Butter Egg Gebu

Kek Kukus Butter Egg Gebu



Bahan-bahan :

  • 4 biji telur
  • 125 gm gula castor
  • 1/2 sudu ovallet
  • 1 sudu susu pekat manis
  • 200 gm mentega/butter
  • 190 gm tepung kek
  • 1 sudu teh esen vanila


Cara Membuat :

1. Pukul telur, gula, dan ovallet sampai putih dan pekat.

2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi.

3. Kacau butter bersama dengan susu pekat manis sehingga lembut

4. Kemudian masukkan butter tadi ke dalam adunan tepung dan gaul sehingga sebati.

5. Masukkan adunan dalam loyang yang telah dilapik dengan kertas minyak dan dikukus 40 minit - 1 jam.



Selamat Mencuba

Resepi Untuk Dikongsi

kredit; Resepi Kek & Puding 

Kek Coklat Moist Versi 2

Kek Coklat Moist Versi 2


Bahan-bahan : 

Bahan untuk kek coklat.

Bahan A· 1 cawan serbuk koko ( tak kisah jenama apa pun ) 

  • 1 cawan gula pasir 
  • 1 cawan susu cair 
  • 1 cawan minyak masak 
  • 1/2 cawan susu pekat 


Bahan B 


  • 11/2 cawan tepung gandum 
  • 1 sudu teh bikarbonat 
  • 1 sudu teh baking powder 
  • 1 sudu teh esen vanilla 
  • 3 biji telur (suhu bilik) 


Cara-cara 

1. Masak Bahan A dalam periuk sampai sebati. Api kecil. Sejukkan. 

2. Pukul telur sampai betul2 kembang (lebih kurang 5 minit ++) kemudian masukkan bahagian A. 

3. Masuk esen vanilla. Pukul sampai sebati. 

4. Masuk bahagian B sedikit demi sedikit. (seelok2nya tepung, bikarbonat dan baking powder diayak bersama terlebih dahulu). kacau sebati selama 5 minit ++ 

5. Masukkan adunan dalam loyang dan ikat dengan beg plastik. Boleh juga pakai kertas foil. Papepun pastikan wap air tak boleh masuk dalam adunan. 

6. kukus selama 1 jam 10 minit dengan api yang sederhana. (pastikan air kukusan telah mendidih terlebih dahulu..). Jangan buka penutup kukus sampai cukup masa 

7. angkat ... tunggu sejuk baru boleh potong. kalau rajin boleh letak topping.. 



TOPPING(ganache)

Bahan:

  • 300 gm coklat masakan ~ dipotong kecil
  • 1 sudu besar susu pekat
  • 1/2 cawan susu cair
  • 2 sudu besar butter
  • 1/4 cawan air panas 


Cara: 

1. Panaskan susu cair dan susu pekat dgn kaedah double boiler. 

2. Masukkan coklat masakan dan kacau hingga ianya cair. 

3. Padamkan api dan masukkan butter. Kacau lg hingga cair. 

4. Curahkan 1/2 dr ganache atas kek yg masih panas tadi hingga menutupi keseluruhan kek. 

5. Biarkan lebih kurang 15 - 30 min supaya ganache tadi meresap ke dalam kek. 

6. Panaskan kembali lebihan ganache td (kaedah double boiler) dan masukkan air panas. 

7. Kacau sehingga sebati dan curahkan ke atas kek tadi. 

8. Bila kek dan ganache dah sejuk, bolehlah dimasukkan ke dalam peti ais. 

Boleh juga dinikmati ketika suam2 panas.. 



Selamat Mencuba

Resepi Untuk Dikongsi

Biskut Semperit

Biskut Semperit



Bahan-bahan :

  • 250 gm mentega
  • 125 gm gula aising
  • 1 biji telur
  • 280 gm tepung kastard
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 1/2 sudu serbuk penaik
  • Ceri (dipotong kecil)


Cara:

1. Pukul mentega sekali dnegan gula sehingga menjadi kembang.

2. Masukkan telur dan esen vanila dan pukul lagi.

3. Campurkan tepung jagung, tepung kastard, serbuk penaik dan garam ke dalam adunan dan gaul sebati sehingga menjadi doh yang lembut.

4. Gunakan acuan semperit untuk membentukkan.

5. Terapkan di atas dulang pem­bakar dan letak ceri di tengah bunga kemudian bakar pada suhu 170 0C selama 15 minit atau sehingga masak. 


Selamat Mencuba

Resepi Untuk Dikongsi

Biskut Gajus

Biskut Gajus



Bahan-bahan :

  • 250g mentega
  • 140g gula icing
  • 1 biji kuning telur
  • 140g gajus - panggang dan kisar halus
  • 380g tepung gandum - ayak
  • 3 sb tepung kastard
  • 1 sk baking powder
  • 1 sk esen vanilla
  • kuning telur - utk sapu
  • kacang gajus panggang - belah dua, utk hiasan


Cara:

1. Mentega dan gula dikacau hingga sebati dan masukkan kuning telur dan kacau lagi hingga rata.

2. Masukkan pula vanillin, emplex, baking powder, gajus kisar dan kacau sebati lagi.

3. Masukkan tepung dan uli hingga menjadi doh yg lembut dan boleh dibentukkan.

4. Ambil sedikit doh dan bentukkan seperti buah gajus, hias dgn 1 biji kacang gajus sebagai tangkainya. Susun atas dulang pembakar dan sapu kuning telur di atasnya.

5. Doh juga boleh dicanai dan diterap ikut acuan yg digemari, sapu kuning telur dan hias dgn kacang gajus.

6. Bakar pada suhu 150C selama 15 min atau hingga kekuningan.

7. Sejukkan biskut di atas redai dan simpan dlm bekas kedap udara.



Selamat Menucba

Resepi Untuk Dikongsi

Cornflakes Madu

Cornflakes Madu


Bahan-bahan

Bahan A:

  • 125 gm butter
  • 1/2 cwn brown sugar
  • 1 cawan madu



Bahan B:

  • 1 kotak cornflakes Nestle (500gm)
  • 1 cwn kismis
  • 1 cwn badam cincang panggang/gajus


Hiasan:


  • Mangkuk kertas kecil
  • Ceri merah dan ceri hijau diptng kecil (saya taburkan dengan manik hundred thousand jer)


Cara:

1. Panaskan bahan A sehingga butter cair. Setelah cair, tutup api dan masukkan bahan B, gaul rata.

2. Sudukan ke dalam mangkuk kertas kecil. Hiaskan dengan hirisan ceri merah dan ceri hijau.

3. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan suhu 170'C selama 8-10 minit. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.


Selamat Mencuba

Resepi Untuk Dikongsi

Bubur Sum Sum

Bubur Sum Sum



Bahan-bahan :

  • 1 cawan tepung beras
  • 2 sudu makan tepung jagung
  • 4 1/2 cawan santan
  • 1 sudu teh garam
  • sedikit pewarna hijau (optional)



Cara - cara

1.Campurkan semua bahan2 tadi kecuali pewarna dalam periuk. 

2.Masakkan dengan api sederhana.

3.Kacau berterusan untuk mengelakkan adunan jadi berketul2 di dasar periuk. Apabila mendidih teruskan mengacau dalam 15 minit untuk memastikan tepung benar2 masak dan menghasilkan tekstur yang lembut dan boleh dipotong dengan cantik.

4.Bila dah puas hati, tutup api. ambil 1/3 adunan untuk dicampur dengan warna hijau. Kacau cepat2 dan tuangkan dalam bekas. 

5.Biarkan 2-3 minit..sambil tu kacau baki adunan agar tidak memekat.

6.Tuangkan baki adunan pada lapisan hijau tadi dan biarkan sejuk.

7.Dah sejuk, boleh potong atau keluarkan dari bekas2 kecil, masukkan dalam mangkuk. Tuangkan sedikit kuah gula merah dan sedia untuk dinikmati.


Cara buat kuah gula merah ala Jordan

1)1 cawan gula dimasak dan dijadikan gula hangus.

2)Bila sudah keperangan masukkan 1 cawan air dan 1/2 cawan dibs (madu kurma)..kacau sehingga larut. 

3)Setelah mendidih tutup api dan sedia untuk dihidangkan. Jika dirasakan terlalu manis boleh tambah air ikut kesesuaian.


Selamat Mencuba

Resepi Untuk Dikongsi

Daging Briyani

Daging Briyani



Bahan-Bahan:

  • 1 kg daging lembu/kambing, dipotong
  • 3 ulas bawang besar, dihiris nipis
  • 3 sudu besar minyak sapi, atau boleh gantikan dengan minyak masak
  • 4 sudu besar rempah briyani
  • 1/2 cawan bawang goreng
  • 1 senduk kecil tomato puree
  • 3 biji tomato, dihiris
  • 3 sudu besar serbuk badam
  • 1/2 cawan tairu atau susu cair


Bahan untuk dikisar:

  • 4 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 4 biji cili hijau
  • 4 biji cili merah
  • Bahan untuk ditumis:
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 4 kuntum buah pelaga
  • 1 batang kayu manis


Cara Penyediaan:

1.Gaulkan daging bersama bahan yang dikisar. Perap selama lebih kurang satu jam.

2.Panaskan minyak, masukkan bahan untuk ditumis dian masak hingga naik bau. Kemudian masukkan rempah briyani dan masak hingga pecah minyak.

3.Masukkan daging, tomato puree, tomato hiris, bawang goreng dan sedikit daun ketumbar. Kacau seketika hingga sebati.

4.Masukkan sedikit air dan tairu ataupun susu cair dan serbuk badam. Masak sehingga empuk dan kuah menjadi pekat.



Selamat Mencuba

Resepi Untuk Dikongsi

kredit resepi : tidak dapat dikesan,jika ini resepi anda mohon jasa baik untuk pm page,untuk admin masukkan nama anda sebagai kredit resepi..terima kasih :)

Kari Kepala Ikan Penang Kawww.

Kari Kepala Ikan Penang Kawww.



Bahan-bahan: 

  • 1 kg kepala ikan 
  • 50 gm bawang merah 
  • 30 gm halia (dikisar) 
  • 30 gm bawang putih (dikisar) 
  • 50 gm cili kering (dikisar) 
  • 50 gm ketumbar 
  • 40 gm serbuk jintan putih 30 gm serbuk kaskas 
  • 10 gm serbuk lada putih 
  • 40 gm serbuk kunyit 
  • 1 liter santan kelapa 
  • 20 gm garam 
  • 10 biji kacang bendi 
  • 6 biji terung 



Cara memasak:

1. Tumiskan bawang, halia dan cili kering. Masukkan pula rempah yang telah dicampurkan dengan sedikit air asam jawa. 

2. Kacau sehingga terbit minyak. Selepas itu masukkan santan, kacau hingga sebati. 

3. Masukkan pula terung dan bendi, tunggu hingga separuh masak. 

4. Setelah hampir masak, masukkan pula garam dan serbuk perasa secukup rasa.
atas


Selamat Mencuba

Resepi Untuk Dikongsi

kredit resepi : tidak dapat dikesan,jika ini resepi anda mohon jasa baik untuk pm page,untuk admin masukkan nama anda sebagai kredit resepi..terima kasih
Resepi Untuk Dikongsi. Powered by Blogger.