Showing posts with label UMUM. Show all posts
Showing posts with label UMUM. Show all posts

Serbuk Perasa Homemade


Serbuk Perasa Homemade 

[tuk yg x guna MSG. Best}


  • Ikan bilis 500gram 
  • pelbagai jenis rempah10gram setiap satu ( kayu manis ,lada hitam ,jintan manis, jintan putih ,ketumbar
  • Udang kering 100 gram 
  • tepung jagung 200g 
  • Garam 10 g
  • Gula 20gram
  • bawang putih 8 ulas  



Cara

Semua disangai dan dikisar jadi serbuk .
Simpan dlm peti sejuk                        



Selamat Mencuba

Resepi Untuk Dikongsi

Tropical Sundae

Tropical Sundae


Bahan-bahan :

  • 3 sudu madu
  • ¾ cawan susu segar
  • 250g creamcheese (saya guna Philadelhia)
  • 2 cawan digestive biscuits
  • ½ cawan heavy cream
  • 1 biji rollcake (apa-apa perisa)
  • Strawberry/Chocolate syrup
  • 3 biji kiwi atau lain-lain buah – potong kecil
  • Sedikit chocolate rice
  • Canned whip cream (optional)



Cara Membuat:

1. Campur dan putar madu, susu, creamcheese dan heavycream sehingga lembut dan sebati. Ketepikan.

2. Hancurkan digestive biscuits (nak guna biskut lain pun boleh tapi sebab digestive biscuits ni selalunya hancur dengan cantik & tak berdebu). Ketepikan.

3. Potong rollcake nipis-nipis dan saiz kecil supaya senang nak susun.

4. Sediakan bekas atau jar atau container kegemaran untuk susun semua bahan. Pertama sekali, asukkan rollcake yang dah dipotong kecil, susun dengan teratur.

5. Kemudian tuangkan sedikit campuran creamcheese tadi, gunakan sudu.

6. Masukkan pula strawberry syrup, lapisan tak perlu tebal, nipis sahaja. Masukkan campuran selapis lagi.

7. Susun rollcake selapis. Masukkan campuran bahan tadi lagi. Tabur biskut yang dihancurkan.

8. Masukkan campuran dan ulang proses sehingga habis. Boleh letakkan chocolate syrup untuk lapisan teratas.

9. Letak whipped cream untuk hiasan, tabur choc rice dan susun buah-buahan di atasnya.

10. Bila sudah siap, sejukkan sebentar di dalam peti sejuk. Hidangkan.


Selamat Mencuba

Resepi Untuk Dikongsi

Aiskrim Tiramisu

Aiskrim Tiramisu

Bahan-bahan :

  • secawan air kopi
  • 1-2 row biskut marie.(original) depends on bekas juga
  • 250g tatura cream cheese
  • 2 sudu gula
  • 500 ml ais krim vanilla bertajuk KINGS. takde? apa2 jenama pun boleh
  • 3 sudu serbuk koko sbg hiasan


cara-cara :

1-bancuh kopi, gula aku letak sebanyak 1 sudu teh. sbb aiskrim kan dah cukup manis...

2-celup biskut marie ke dlm air kopi tersebut, then susun dlm bekas. susun cantik2 kasi padat...jgn lubang2 tau.cam kek batik gak kekdahnya, tp kek batik kita pecah2kan biskut tu.. ni tak... elok je bentuk bulat biskut aku susun

3-agak2 biskut tadi dah sampai lapisan ke 3 atau 4

4-pukul cream cheese bersama gula sampai kental

5-pukul / blander ais krim sampai cair

6-sebatikan cheese dan aiskrim bersama, then tuang ke atas biskut marie yg dipadatkan tadi

7-masukkan dalam peti ais, tunggu sampai beku (semalaman)


Selamat Mencuba

Resepi Untuk Dikongsi

Homemade Cheesy Wedges

Homemade Cheesy Wedges 



BAHAN - BAHAN


Bahan - Bahan Kentang Wedges

  • 6 biji kentang russet (sebaiknya).. kalau takde guna je kentang yg jenis besar & 1 ¼ cawan tepong beras
  • ¼ cawan tepong jagung
  • ¾ cawan + 2 - 3 sudu air (kalu suka batter cair / guna telur kecil boleh letak 1 cawan air)
  • 1 biji telur gred A 
  • 1 sudu besar rempah kari ayam/daging
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • ½ sudu kecil serbuk jintan manis
  • ½ sudu kecil serbuk pati ayam
  • Garam secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya


Cara - Cara

1. Cuci kulit ubi kentang hingga bersih. Gunakan span basuh pinggan & sental bersih. Rebus setengah masak. Cara uji kentang.. cucuk dengan garfu... sekiranya kentang tersodok kira2 suku kedalaman kentang.. dah boleh di angkat. (JANGAN SAMPAI KENTANG MASAK SEPENUHNYA YA!) Sejukkan kentang kemudian kentang dipotong wedges kepada 8 bahagian setiap sebiji. 

2. Campurkan semua tepong dan bahan2 kering dalam satu bekas. Kacau2 sikit biar sebati dengan whisker. Campurkan air & telur kemudian digaul sebati.

3. Panaskan minyak secukupnya untuk goreng terendam. Masukkan sebahagian kentang tadi ke dalam batter. Ambil kentang satu persatu & gorengkan kentang ke dalam minyak panas sehingga garing & kekuningan. Angkat & tos. Ulangi sehingga habis.

4. Sediakan sos keju seperti resepi di bawah. Paipkan di atas kentang yang siap digoreng kemudian paipkan pula mayonis secukupnya. Siap untuk dihidangkan.



Bahan Sos Cheese


Bahan - Bahan

  • 200gm cheese slices..yang warna oren guna 10 keping) 
  • 1 sudu besar mentega 
  • 1 sudu besar tepung gandum 
  • 1/2 cawan (125ml) susu segar 
  • 2 sudu besar sour cream/ yogurt perisa asli
  • Mayonis secukupnya untuk dihidang bersama sos ini. 


CARA-CARA

1. Panaskan non-stick pan.Cairkan butter dan masukkan tepung. Gaul sebati. 

2. Masukkan susu dan kacau hingga pekat . 

3. Masukkan cheese dan kacau hingga cheese mencair. 

4. Masukkan sour cream dan kacau sebati hingga elok kepekatannya. tambah susu segar ssedikit


Selamat Mencuba

Resepi Untuk Dikongsi

Murukku (Indian Dish)

Murukku (Indian Dish)


Bahan-bahan

  • 500gm tepung murukku
  • 1 cawan tepung beras
  • 1 cawan tepung ubi
  • 2 sudu ommo atau biji jemuju
  • 1/2 cawan majerin
  • garam
  • sedikit gula
  • air secukupnya.
  • rm 1 bijan.
  • cili kisar kalau suka


Cara - cara

1)uli hingga sebati kesemua bahan dan masukkan kedlm acuan.pulas mengikut kehendak masing2. 

2)goreng sehingga kuning, didalam minyak yg panas

3)sejukkan dan masukkan kedalam bekas kedap udara

Pasembur (Kuah) Mamak Penang

Pasembur (Kuah) Mamak Penang



RESEPI KUAH PASSEMBUR:

1/2 kg. ubi keledek berwarna oren,dibuang kulit dan rebus (kalau ubi putih gunakan pewarna oren merah, pewarna oren merah serbuk ini satu kemestian yang perlu ada, kalau ingin masak lauk-pauk mamak .

Ubi masih dalam panas-panas lenyek. Air rebusan ubi boleh digunakan untuk kisar ubi (kalau malas nak lenyek).




125gm udang kertas halus atau sotong kering, dikisar halus. Di Pulau Pinang kini banyak guna sotong kering untuk buat kuah.

Sotong kering agak-agak se gumpal tangan sudah memadai. Sotong ini tujuan untuk safe kos kerana sedikit saja sudah kuat baunya. Tapi saya syorkan agar guna udang.

Udang terutamanya perasa udang terletak dikepala udang atau otaknya yang berwarma kuning, kalau cabut kepala tentukan jangan buang yang berwarna kuning dikepala udang itu. Cara ini anda gunakan dalam semua masakan. 

Kalau ingin warna udang merah dan kepala udang sukar nak tanggal semasa masak, goreng dulu udang itu 1/4 masak. Bila buat udang masala atau kari udang atau sambal udang ia lebih menarik. Saya syorkan udang kertas kerana kulit dan kepalanya lembut, mudah untuk kisar. 

Kalau guna sotong kering kuah nanti jadi kehitaman sedikit. Tapi tak apakan hitam itu menawan. Rendam sotong kering semalaman dan buang air rendaman, awas pasir dibawahnya dan basuh sekali lagi. lepas itu boleh kisar.





125gm. kacang tanah. Kacang tanah digoreng. jangan sampai hitam. Kalau tak pandai goreng kering, goreng gunakan sedikit minyak memudahkan, lagi pun anda perlu goreng cili kering. 

Gunakan minyak sama. Anda boleh buang kulitnya atau pun biarkan saja. kalau 125gm ok lah kalau 5 kg nak buang kulit?. Ada yang nak cepat, beli kacang sedia digoreng tapi kacang seperti ini bukan saja tak ada kualiti kerana dibantai masuk kulit sekali tapi ia berbau hapak kerana entah bila tarikh dibungkus. 

Tujuan kita masukan kacang untuk dapat bau haruman dan lemak kuah. Kacang ini kalau ingin berbiji seperti peanut butter, asingkan sedikit kacang dan tak perlu kita kisar. Yang selebihnya kita kisar halus, yang sedikit itu kita cuma masukkan masa terakhir kisaran dan kita kisar sekali saja.





10 – 15 biji cili kering. Untuk kepedasan biasanya kita gunakan cili kering. 

Cili kering perlu goreng dengan minyak lebihan gorengan kacang sehingga ranggup. Jangan jadikan terlalu hitam. Kepedasan cili kering biasa tertakluk pada jenis cili kering. 

Pilih yang kerinting yang licin kilat itu amat pedas dan tidak sesuai untuk sambal tumis atau pun masakan mamak. Ia sesuai dibuat cili flake. kisar sekali dengan kacang tanah tadi.





3 ulas bawang putih. digoreng layu, dikisar bersama kacang tadi.

2-3 bawang besar. Sebenarnya masakan ini kalau guna bawang merah (15-20 biji) memang wangi dan sedap. 

Goreng bawang hingga layu. Kisar bawang putih dan bawang bersama dengan kacang.






Bila semua bahan tadi telah dikisar, masukkan dalam periok dan masukkan 4 cawan air dan masak hingga mendidih, bila sudah mendidih kecilkan api, ambil lebih kurang 2 sudu besar (tbsp) asam jawa dan perahkan dengan 1/2 cawan air, tapis dan masukkan dalam kuah yang sedang masak. 

Masukkan gula sebanyak 5 sudu besar (peh!.). Tujuan kita masukakn gula untuk sebatikan struktur bahan-bahan tersebut. Kuah passembur memang manis sedikit dari kuah yang lain. Masukkan garam secukup rasa.





Anda mesti rasa pelik bukan kenapa saya goreng bawang, kacang, bawang putih, cili kering, kita tidak akan tumis kuah ini. Kita nak “oil free” ..hahaha, bila masa mamak ini jaga minyak dalam masakan?. sebenarnya kuah ini kalau berminyak anda rasa bosan. Mee Kuah Pulau Pinang pun kita tak tumis.





Katakanlah anda inginkan kuah yang lebih dan pekat likat seperti mamak buat kuah, rendamkan 5-8 kping biskut merry, lenyekan dan masukkan dalam kuah yang reneh. caranya pekaktkan sama seperti “chicken krim sup” yang mana kita hanguskan tepung gandum dengan butter.





Kuah cukup masak bila kacang anda rasa lembut. Biasanya kuah sedia dalam masa 35-45 minit. 

Jangan lupa sentiasa kacau kuah supaya tak hangus dibawah. Ingat gula boleh terkumpul dibawah periok hanguskan masakan bila dipanaskan. 

Sekiranya nak kuah berwarna oren mengancam, gunakan pearna magic mamak.






Akhir sekali, cucur dah ada, tauhu gorengkan dan di potong dadu, jangan lupa kentang rebus yang telah goreng disalut tepung beras, boleh taburkan serbuk kacang goreng di atas untuk lepas makan passembuq, jangan lupa sembuq. 


Sebenarnya passembur ini “salad” mamak, maka jangan lupa taugeh rebusan, hirisan sengkuang, timun dan juga hirisan daun salad untuk hiasan.


Selamat Mencuba

Resepi Untuk Dikongsi

Pizza Ayam Hawaiian

Pizza Ayam Hawaiian



BAHAN DOH PIZZA

  • 200 grm tepung gandum
  • 125 ml air suam
  • 1 paket yis segera
  • 2 camca besar mentega atau minyak zaitun
  • 1 sudu besar gula halus
  • 1/2 sudu kecil garam halus
  • 1-2 sudu besar shortening


BAHAN UNTUK TOPPING

  • 1 tin sos speghetti PREGO TRADITIONAL-guna separuh je
  • 1-2 ketul dada ayam
  • 1 sudu kecil mix italian herbs
  • 1 biji bawang besar
  • 1 ulas bawang putih
  • Cheese monzarella
  • Cheese cheeder
  • cili capsicum - potong nipis-nipis
  • cendawan butang- potong nipis
  • nenas tin - potong kecil-kecil
  • Noted : Potong bawang besar dan cincang halus bawang putih .-Dada ayam dipotong nipis dan dicincang . Panaskan sedikit minyak dan tumiskan semua bawang sampai layu kemudian masukk semua dada ayam dengan mix herbs serta garam secukup rasa . Biarkan ayam ni cukup masak tutup api dapur dan ketepikan.




CARA MEMASAK



1.Bancuh yis serta gula dengan 3 sudu air suam , kacau rata dan tunggu berbuih.

2.Gaul garam dengan tepung hingga rata kemudian buat lubang dibahagian tengah tepung, tuang bancuhan yis dan air suam sedikit demi sedikit sambil menggaul tepung hingga menjadi doh.

3.Uli hingga lembut dan masukkan shortening kemudian masukkan mentega dan uli hingga doh licin dan tidak melekat pada jari (kena uli lama juga anggaran 10-15 minit) .

4.Doh yang dah cantik diuli menjadi bentuk bulat dibiarkan rehat di dalam bekas kemudian tutup dengan kitchen towel yang besih dan biarkan 40 minit atau hingga naik sekali ganda.

5.Bila doh dah naik cantik , tumbuk-tumbuk doh tadi untuk keluarkan udara dan uli sikit lagi kemudian doh ni boleh la di canai dalam anggaran setebal 0.5 cm dan diletak diatas tray pizza dan gunakan jari je untuk meleperkan doh , saya tekan je guna jari sampai doh menutupi seluruh pemukaan tray pizza, senang je .

6.Cucuk pada seleuruh pemukaan doh dengan garfu dan bakar doh pada suhu 180`C selama 10-15 minit . Bila doh dah masak keluarkan dan ketepikan sekejap bagi sejuk sikit .

7.Sapu sos pada pemukaan doh tadi, kemudian boleh la ditaburkan susun cendawan butang , cili capsicum , nenas , ayam dan last sekali taburkan cheese monzarella serta cheedar .Masukkan pizza ke dalam oven dan bakar selama 30 minit pada suhu 180 darjah celcius atau sehingga topping masak kekuningan .



Selamat Mencuba

Resepi Untuk Dikongsi

Tauhu Sumbat

Tauhu Sumbat



Bahan-bahan

  • 4 keping tahu (dipotong tiga segi dan goreng)
  • 8 tangkai lada kering yang dah direbus
  • 4 tangkai cili padi (potong 2)
  • 1 biji bawang putih
  • 2 biji bawang merah
  • sedikit belacan
  • kacang tanah goreng secukupnya 
  • sos cili secukupnya
  • garam dan gula secukupnya
  • air masak secukupnya
  • timun secukupnya (dihiris memanjang)
  • taugeh secukupnya
  • sedikit lobak merah (dihiris memanjang)



Cara - Cara

1. Tauhu yang dah digoreng, belah tengahnya.

2. Timun, lobak dan taugeh direndam dalam air panas sekejap. Toskan, kemudian sumbat dalam tauhu tadi, ketepikan.

3. Lada kering, cili padi, bawang putih, bawang merah dan belacan di goreng dlm minyak panas sebentar.

4. Angkat dan toskan, kemudian masuk dalam blender bersama air masak secukupnya. Mesin hingga halus.

5. Masukkan kacang tanah goreng, mesin sekejap (jangan terlalu halus), keluarkan dan masuk dalam bekas.

6. Campurkan dengan sos cili, gula dan garam, gaul hingga sebati. Rasakan masam, masin dan manis. Lebih sedap jika terasa manisnya.

7. Bila nak makan, jiruskan sambal kacang atas tauhu sumbat tadi.


Selamat Mencuba

Resepi Untuk Dikongsi

kredit ;Resepi Kek & Puding

Kuah Yong Tau fu & Chee Cheong fun

Kuah Yong Tau fu



Bahan - Bahan

  • 10 tangkai cili kering
  • gula melaka atau 2 sudu gula merah
  • bijan goreng
  • gula(kalau kurang manis)
  • 1 s.k garam
  • 3 cm belacan
  • 300 ml air
  • 1 sudu besar minyak
  • 1 1/2 s.b tepung jagung dibancuh dgn 50 ml air




Cara-cara

1. Masukkan minyak dalam kuali. Goreng cili kering sehingga garing dengan api yang kecil. jangan lama sangat ye nanti hangus dan hasil pun kurang sedap

2. setelah garing, angkat dan blend cili kering dgn sedikit air. tapis supaya hasil
pun cantik..

3. panaskan air bersama gula melaka. tapis ye takut ada pasir2 halus...

4. kemudian cili yang telah dikisar tadi dan air gula serta belacan.
setelah mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
masukkan garam, ajinomoto dan gula(jika gula melaka kurang manis).




Chee Cheong fun



Bahan - Bahan

  • 100gm tpg beras
  • 1 sudu besar tpg ubi
  • 365ml air
  • sedikit garam
  • 1/2 sudu kecil minyak masak



Cara - Cara

campur kesemua bahan dlm bekas kacau sebati...kukus sperti mana nak buat laksam



Selamat Mencuba

Resepi Untuk Dikongsi

Perkongsian dari : Tahrunnisah Jali

Kuah Rojak Buah

Kuah Rojak Buah


Bahan - Bahan

  • Sekilo gula
  • Sekilo sos cili
  • 2cawan kicap pekat
  • 5sudu besar serbuk cili
  • Kacang tumbuk (halus & kasar)

Cara -Cara


1.Masak semua bahan kecuali kacang.

2.Kacau selalu supaya tak berketul & gula tak hangus.

3.Dah tutup api baru masukkan kacang. Siap!


Selamat Mencuba

Resepi Untuk Dikongsi
Resepi Untuk Dikongsi. Powered by Blogger.