Puding Pelangi Senja
BAHAN-BAHAN:-
1 bungkus agar-agar
6 gelas @ mug air putih
2 senduk gula @ ikut kesukaan
1 tin susu cair
1 sudu tepung kastard
2 biji kuning telur
1 sudu planta
pewarna merah,hijau,coklat-(ikut kesukaan sendirilah)
CARA-CARA:-
-Agar-agar dimasak bersama air sehingga agar hancur,kemudian letak gula.
Kacau sehingga gula hancur.
-Susu cair dicampur bersama tepung kastard dan kuning telur,blend sehingga sebati,kemudiaan tuang kedalam agar2 yg telah hancur tadi.
-Kacau selalu dgn api yg perlahan,kemudian baru masukkan planta.
-Setelah planta cair bolehlah diangkat.
-Bahagikan adunan kpd 3 bahagian iaitu merah,hijau dan coklat.
-Sediakan acuan atau loyang,lapikkan disebelah acuan dgn buku.
-Tuang adunan coklat kemudian diikuti warna hijau dan merah.
-Berselang seli sehingga habis,barulah dibuang buku yg dilapikkan tadi.
-Sejukkan dan bolehlah dimakan.
Selamat Mencuba
Resepi Untuk Dikongsi
Puding Pelangi Senja
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
About Me
Resepi Untuk Dikongsi. Powered by Blogger.
0 comments:
Post a Comment