Siput Sedut Masak Lemak Cili Padi

Siput Sedut Masak Lemak Cili Padi



Bahan-Bahan

  • 1 kg siput sedut dibersihkan dan dipotong bahagian belakangnya
  • 2 cawan santan cair
  • 2 santan pekat
  • 1 helai daun kunyit dikoyakkan
  • 1 batang serai dititik
  • sedikit serbuk kunyit
  • bahan perasa
  • minyak untuk menumis


BAHAN UNTUK DIMESIN

  • 15 tangkai cili api
  • 5 ulas bawang kecil
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia


Cara-cara

1. Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan bahan yang dikisar/dimesin sehingga naik bau

2. Kemudian masukkan santan cair dan masukkan siput sedut.

3. Masukkan juga bahan perasa dan serbuk kunyit serta serai,daun kunyit

4. Apabila masak, masukkan santan pekat dan didihkan lagi

5. Siap untuk dihidang



Selamat Mencuba

Resepi Untuk dikongsi

0 comments:

Post a Comment

Resepi Untuk Dikongsi. Powered by Blogger.