Showing posts with label IKAN. Show all posts
Showing posts with label IKAN. Show all posts

Kari Kepala Ikan Penang Kawww.

Kari Kepala Ikan Penang Kawww.



Bahan-bahan: 

  • 1 kg kepala ikan 
  • 50 gm bawang merah 
  • 30 gm halia (dikisar) 
  • 30 gm bawang putih (dikisar) 
  • 50 gm cili kering (dikisar) 
  • 50 gm ketumbar 
  • 40 gm serbuk jintan putih 30 gm serbuk kaskas 
  • 10 gm serbuk lada putih 
  • 40 gm serbuk kunyit 
  • 1 liter santan kelapa 
  • 20 gm garam 
  • 10 biji kacang bendi 
  • 6 biji terung 



Cara memasak:

1. Tumiskan bawang, halia dan cili kering. Masukkan pula rempah yang telah dicampurkan dengan sedikit air asam jawa. 

2. Kacau sehingga terbit minyak. Selepas itu masukkan santan, kacau hingga sebati. 

3. Masukkan pula terung dan bendi, tunggu hingga separuh masak. 

4. Setelah hampir masak, masukkan pula garam dan serbuk perasa secukup rasa.
atas


Selamat Mencuba

Resepi Untuk Dikongsi

kredit resepi : tidak dapat dikesan,jika ini resepi anda mohon jasa baik untuk pm page,untuk admin masukkan nama anda sebagai kredit resepi..terima kasih

Ikan Goreng Sambal Hijau

Ikan Goreng Sambal Hijau



Bahan-bahan

  • 3 ekor ikan - bersaiz sederhana besar dibersihkan dan digaulkan dengan sedikit garam dan kunyit dan digoreng garing
  • 1 labu bawang besar - dibersihkan dan dipotong bulat
  • Sedikit gara
  • Sedikit serbuk perasa
  • Minyak - untuk menumis


Bahan kisar kasar

  • 10 biji cili hijau
  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang puteh
  • 2 batang serai



Cara - Cara

1. Masukkan minyak dalam kuali. Setelah minyak panas, tumis bahan kisar tadi sehingga garing.

2. Setelah garing masukkan garam dan serbuk perasa serta bawang besar tadi. Goreng lagi sehingga bawang besar tu tadi nampak layu sedikit.

3. Padamkan api. Bolehlah diangkat bahan tumisan tadi dan dituangkan diatas ikan tadi atau gaulkan sekali ikan ke dalam sambal hijau dengan perlahan supaya ikan tidak hancur, hidangkan.


Selamat Mencuba

Resepi Untuk Dikongsi

Ikan Siakap BerSos Kicap

Ikan Siakap BerSos Kicap


Bahan-bahan

  • 1 ekor ikan siakap
  • 2 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • 2cm halia
  • Sedikit tepung jagung - untuk selaput ikan masa goreng
  • Sedikit daun sup/daun bawang - jika perlu


Bahan sos

  • 5 sudu besar kicap manis - boleh tambah
  • 3 sudu besar sos cili
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu kecil minyak bijan
  • 1 sudu kecil sos nampla - sos siam 
  • 1 sudu kecil asam jawa - boleh tambah
  • 1/2 cawan air untuk extra kuah - boleh tambah ikut citarasa sendiri
  • 1 sudu tepung jagung - dibancuh dgn sedikit air bagi kuah pekat


Cara - Cara

1. Ikan siakap dibersihkan dan dikelar-kelar dan tos ikan sekejap atau keringkan ikan dengan tisu dapur kemudian selaputkan ikan dengan tepung goreng serbaguna.

2. Panaskan minyak secukupnya untuk teknik deep fry dan goreng ikan sehingga garing, gunakan api sederhana supaya ikan tidak hangit.

3. Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bawang, halia dan kacau hingga terbit bau wangi. Masukkan bawang besar goreng sekejap bagi bawang layu dan kemudian masukkan semua bahan sos terus kacau. Rasa jika ada terkurang apa-apa bahan boleh ditambah ikut pada cita rasa kita.

4. Last sekali masukkan bancuhan tepung jagung dengan air tadi secukupnya dan terus kacau kuah bagi pekat.

5. Bila kuah dah masak terus la dituang ke atas ikan dan boleh la dihiaskan ikan dengan cili merah serta daun sup/bawang⁠⁠⁠⁠


Selamat Mencuba

Resepi Untuk Dikongsi

Lemak Tempoyak Ikan Talapia Merah

Lemak Tempoyak Ikan Talapia Merah



Bahan-bahan

  • 4 ekor ikan talapia merah - potong 2
  • 1 mangkuk tempoyak
  • 1/2 inci kunyit hidup*
  • 2 biji cili merah*
  • Segenggam cili api merah*
  • 5 ulas bawang merah*
  • 5 batang serai dititik
  • 3 helai daun kunyit
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit serbuk perasa
  • Sedikit gula - kalau suka



Cara - Cara

1. Ikan talapia gaulkan dengan garam dan asam jawa supaya hilang hanyir, bilas bersihkan.

2. Tumbuk bahan bertanda * masukkan ke dalam peiuk bersama tempoyak serai dan air secukupnya, didihkan.

3. Masukkan ikan dan masukkan juga daun kunyit, garam, serbuk perasa dan gula secukup rasa.

4. Bila ikan dah masak, tutup api dan sedia untuk dihidangkan.


Selamat Mencuba

Resepi Untuk Dikongsi

Ikan Kukus/Rebus Air Asam

Ikan Kukus/Rebus Air Asam


Bahan - Bahan

  • Ikan kembung/pelaling
  • Asam jawa
  • Belacan
  • Bawang merah - hiris
  • Tomato - hiris
  • Limau kasturi - belah 2 (limau kasturi takde kali ni jadi ganti dengan limau nipis)
  • Cili Merah - hiris
  • Cili api - hiris
  • Garam
  • Gula



Cara - Cara

1.Kukus/Rebus ikan sebentar...jangan lama sgt nnti keras.

2.Dalam mangkuk lain asam jawa diramas dengan belacan n air

3.Masukkan bahan2 lain yg telah dihiris

4.Perisakan dengan garam dan gula secukup rasa.



Selamat Mencuba

Resepi Untuk Dikongsi

credit: Zulfaza Loves Cooking ZLC

Jenahak Stim Taucu Pedas

Jenahak Stim Taucu Pedas



  • Ikan 3-4 keping - jenahak, kerapu, merah, bawal, siakap sgt sesuai..
Noted : Susun ikan diatas beberapa batang daun bawang, kukus ikan kosong guna api besar 10min (masak), buang air ikan bertakung sedikit jika telalu byk..


Bahan kuah

  • Halia 2 inci - cincang halus
  • Bawang putih 4-5 ulas - cincang halus
  • Cili padi merah 3-4 btg - cincang halus 
  • Taucu pedas 2-3 sudu besar - jenama Yeo's ada taucu pedas
  • Sos tiram 2 sudu bsar
  • Kicap cair 2 sudu bsar
  • Gula 2 sudu
  • Air masak



Bahan lain

  • Daun bawang ikut suka
  • Bawang goreng buat sendiri goreng bersama cili kering potong 2-3 batang.. ( penting, buat rase lebih kick & wangi bila makan)


Cara - Cara

1.Tumis bwg putih, halia smpai wangi, masuk taucu, sos tiram, kicap cair, gula, cili padi.. Goreng sampai agak kering, masuk air masak 1/2 cawan.. Agak2 pekat, tutup api.. 

2.Siram kuah atas ikan (bersama minyak tumisan).. Tabur bwg goreng bersama lada kering, hias dgn daun bawang..


Noted : tak perlu garam, taucu agak masin, cuma tambah kicap cair jika nak lebih masin


Selamat Mencuba

Resepi Untuk Dikongsi

credit: Ahmad shinoda

Resepi Masak Tempoyak Ikan Patin Bersama Belimbing Buluh

Resepi Masak Tempoyak Ikan Patin Bersama Belimbing Buluh



Bahan-bahan

Bahan A

  • Ikan Patin seekor (saiz sedehana)
  • Tempoyak ( 2-3 sudu besar)
  • Bunga Kantan (1-2 kuntum)
  • Belimbing Buluh (6 biji)
  • Daun Kesum (1gengam) (Ada sesetengah tempat panggil Daun Chenohom, kami yang utaqa panggil macam tu, banjar pun same. Hiks)


Bahan B

  • Bawang Besar (2 biji)
  • Cili Merah (1 biji)
  • Cili Padi (15 biji) (Ikut citarasa, kami suka pedas. Hoho)




Cara - Cara

1) Kisar semua Bahan B dengan sedikit air.

2) Masuk semua Bahan A dalam periuk dan gaulkan supaya mesra.

3) Masukkan Bahan B yang siap dikisar ke dalam periuk dan masak dengan api yang sederhana

4) Tambahkan sedikit garam + gula + serbuk kunyit@kunyit hidup yang dikisar halus.

5) Biarkan selama 15-20minit dengan api yg kecil.

6) Siap! Sedia dimakan dengan riang, gembira dan ketawa.


Noted
Santan tidak digunakan, untuk mengekalkan rasa keaslian tempoyak



Selamat Mencuba

Resepi Untuk Dikongsi


Sumber : FB Ana Leyana Azman

Siakap 3 Rasa Power

Siakap 3 Rasa Power


Bahan bahan

  • 1 ekor ikan siakap - (boleh kukus atau goreng)
  • 100 ml air - boleh tambahkan air kalau nak kuah lebih (jika ikan dikukus)
  • 2 sb minyak - untuk menumis
  • Garam secukupnya



Bahan Cincang Halus

  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 cm halia muda
  • 2 biji cili merah



Bahan Dihiris Halus

  • 1/2 kuntum bunga kantan
  • 2 helai daun limau purut
  • 4 - 5 biji cili padi



Bahan-Bahan Sos

  • 2 sb cili kisar
  • 1 sb sos tomato
  • 2 sb sos cili
  • 2 sb sos plum - guna sos ikan
  • 2 sb gula pasir
  • 1 sb jus limau nipis/lemon
  • 1 sk kicap manis




Cara Cara

1.Sediakan kukusan. Jika kukus, lumurkan ikan dengan garam dan biarkan selama 10 minit. Letakkan ikan di dalam pinggan yang dilengser dengan sedikit minyak dan air. Kukus hingga ikan masak. Atau jika digoreng, lumur dengan garam kunyit dan digoreng garing.

2.Sementara itu, dalam kuali lain, panaskan minyak. Tumiskan bahan bahan cincang selama 1 minit.

3.Masukkan cili kisar dan goreng sehingga cili agak masak sebelum dimasukkan bahan-bahan sos lain yang telah disatukan dalam mangkuk. Kacau rata rata.

4.Setelah mendidih, masukkan bahan-bahan hiris, air kukusan ikan dan garam secukup rasa.

5.Masak hingga kuah pekat sedikit dan tuangkan ke atas ikan yang telah dikukus atau yang telah digoreng.

6.Sedia untuk dihidangkan dengan nasi putih panas panas.


Selamat Mencuba

Resepi Untuk Dikongsi

Kari Ikan Duri Indian Style. No Milk @ Santan

Kari Ikan Duri Indian Style. No Milk @ Santan


Bahan - Bahan

  • Ikan duri @ apa saja ikan.
  • 1 labu bawang besar dihiris
  • 2 packet serbuk kari BABAS (ikan sy 4ekor dipotong 2)
  • 1 sudu makan jintan putih
  • 1 sudu makan halba campur.
  • 3 helai daun kari
  • Air asam jawa pekat. Sbb nk masam.
  • Air suam.
  • Garam.
  • 3 sudu makan cili serbuk BABAS(atau rempah yang anda suka,Faezah/Adabi)


Bahan - Bahan

  • 3 ulas bawang putih.
  • 5 ulas bwg merah / 2 labu bwg merah sederhana.
  • Sebesar ibu jari halia.
  • 1 inci kunyit hidup.



Cara - Cara

1.(api kena slow sbb nnt hangit rempah) minyak panaskan tumis dulu jintan putih.masuk halba campur.garing.bwg hiris.garing brown color.masuk daun kari.garing aroma terbit.

2.masuk bahan kisar.garing terbit minyak.masukkan cili serbuk.rempah kari + air sikit.sentiasa gaul.pastikan semua bahan WAJIB garing kalau tak nanti rempah tak masak.kalau kering masuk kan air sikit shja.betul2 garing.colour kari cantik.masukkan air asam jawa.waktu nie boleh sederhana api..

3.Kari ikan indian style kena masam2 sikit.tambahkan air utk kuahnya.merenih masukkan tomato dan ikan.perasakan garam.mendidih masukkan bendi.masak dalam 5-7minit. Siaapp angkat.!


Selamat Mencuba

Resepi Untuk Dikongsi

kredit; Buku Resepi Cik Bunga April

Ikan Patin Masak Tempoyak

Ikan Patin Masak Tempoyak


Bahan


  • 1 ekor ikan patin
  • 5 biji cili padi - nak pedas letak lebih
  • 1 inci kunyit hidup
  • 3 ke 4 sudu besar tempoyak - nak kuah pekat, boleh letak tempoyak lebih
  • 1kuntum bunga kantan - belah 2 sedikit daun kesum
  • 1 keping asam keping jika perlu
  • garam secukup rasa



Cara : 

1.Bersihkan ikan patin, potong ikut saiz yg diingini.
Petua menghilangkan hanyir dan lendir ikan patin ialah dengan melumur ikan patin dgn tepung gandum. Lagi mujarab menggunakan air asam jawa @ asam limau.
Boleh juga rendam ikan patin dengan cuka kurma.

2.Rendam sekitar 5 minit dan toskan, cuci bersih dan toskan ikan tu. Ketepikan.

3.Tumbuk cili padi dan kunyit.

4.Satukan didalam periuk, air secukupnya, tempoyak, bahan tumbuk dan bunga kantan.

5.Masak hingga mendidih dengan api sederhana.

6.Bila dah mendidih pekat, baru masuk ikan patin. Jangan masak lama sangat sebab ikan lembut.

7.Masukkan daun kesum.
Sesuaikan rasa. Jika kurang masam, baru dimasukkan asam keping


Selamat Mencuba

Resepi Untuk Dikongsi

Gulai Ikan Sembilang Salai

Gulai Ikan Sembilang Salai
Resepi Negeri Sembilan

Cara memasak gulai ikan sembilang salai.. lebih kurang sama jugak seperti memasak gulai daging salai. Pada yang baru nak belajar memasaknya, jom kita study sama-sama..

Bahan-bahan

Ikan sembilang salai
Cili api (yang merah bukan hijau, nanti kuah rasa maung)
Kunyit hidup (kunyit serbuk pun okey jer)
Serai
p/s :jika tidak menggunakan serai, boleh la digantikan dengan mangga, belimbing buloh, bachang, pucuk ubi, buah cepu dsd.
p/s :  jika ada - daun kunyit. Kombinasi serai dan daun kunyit.. power babe..
1 tin santan pekat (tambah air jika perlu)



Cara-cara 

Blend cili api bersama kunyit, tapis dan ambil airnya sahaja lalu dimasukkan ke dalam bekas yang sesuai untuk memasak.

Tips
ikan sembilang susah nak masuk kuah bila dah disalai, so pada yang kurang tahan pedas, please be a bit prudent with the use of the chilies.

Masukkan santan dan tambah air jika perlu.

Kacau selalu agar kuah tidak meruap.

Apabila kuah telah mendidih, bolehlah dimasukkan bahan-bahan sidekicks.

Masukkan ikan sembilang salai dan perasakan dengan garam.

Masakkan sekejap dan bolehlah dihidangkan.

p/s :Ikan sembilang yang telah disalai can be considered as "dah masak" so tak perlu dimasak lagi dalam tempoh yang lama. Otherwise, hancur pulak ikan tu nanti.


Selamat Mencuba

Resepi Untuk Dikongsi

Cencaru/Kembong Sumbat Cabai

Cencaru/Kembong Sumbat Cabai
 

Bahan - Bahan

4 ekor ikan cencaru/ikan kembung pon bole[dicuci dan dibelah dibelakang]
minyak

Bahan Sambal/Mesin
1 biji bawang bsr
12tangkai cili kering
garam dan gula secukup rasa
1/2 cawan air sedikit perahan air asam jawa



Cara membuat

 
1. Mesinkan bahan sambal dan masak sehingga kering.
2. Sumbatkan sambal kedalam/belakang ikan cencaru.
3. Panaskan minyak dan gorengkan ikan sehingga garing. 

4. Terbalikkan ikan supaya garing dikedua2 belah ikan tu.
5. Bila dah masak hidangkan dalam pinggan.

Selamat Mencuba

Resepi Untuk Dikongsi


 
Resepi Untuk Dikongsi. Powered by Blogger.