Biskut Oat Cornflakes

Biskut Oat Cornflakes



Bahan-bahan

  • 1 mangkuk tepung gandum
  • 1 mangkuk tepung jagung
  • 1/2 cawan oat yang dikisar halus(boleh juga lebihkan serbuk oat dan kurangkan tepung gandum)
  • 1 mangkuk oat kasar
  • 250g butter (boleh tambah lagi jika kurang) 
  • 1 1/2 mangkuk gula castor (boleh kurangkan kalau tak suka manis)
  • 1 biji telur
  • 1 sk esen vanila
  • 2 genggam cornflakes di ramas kasar
  • Optional- Coklat bar yang dicincang halus atau coklat cip 
  • Optional- 3-4 sb serbuk coklat




Cara-cara

1. Masukkan tepung gandum, tepung jagung, serbuk oat yan dikisar halus, oat kasar, esen vanilla & telur kedalam satu bekas dan gaul sebati.

2. Kemudian masukkan butter sedikit demi sedikit dan gaul sehingga adunan boleh dikepal. Kemudian masukkan cornflakes & coklat bar yang telah didadu dan gaul sebati. 

3. Kemudian bentukkan bulat² kecil dan letak di atas loyang dan kemudian boleh ditekan permukaan atas biskut dengan hujung garfu.

4. Masukkan ke dalam oven dan dibakar lebih kurang 10-15 min atau sehingga keperangan

5. Setelah masak sejukkan di atas redai dan boleh disimpan di dalam bekas yang kedap udara


Selamat mencuba

Resepi Untuk Dikongsi

0 comments:

Post a Comment

Resepi Untuk Dikongsi. Powered by Blogger.