Showing posts with label AYAM. Show all posts
Showing posts with label AYAM. Show all posts

Ayam Goreng Berlada

Ayam Goreng Berlada



Bahan-bahan

  • 1 kg daging ayam - potong 8 bahagian - perap seketika dengan 1 sudu teh garam dan 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 5 helai daun limau purut
  • 1 labu bawang besar - mayang kasar
  • 1 batang serai - dititik
  • 1 sudu teh pati asam jawa - bancuh dengan 1/2 cawan air
  • garam / gula / perasa pilihan
  • minyak

.
Bahan kisar (jangan terlalu halus):

  • 10 biji cili merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 biji bawang merah
  • 1 cm halia

.

Cara - Cara

1. Goreng daging ayam hingga separuh masak.

2. Gunakan 4 sudu makan minyak bekas gorengan ayam tadi, dan tumis bahan kisar.

3. Masukkan serai dan terus tumis hingga pecah minyak.

4. Masukkan ayam goreng dan bancuhan air asam jawa.

5. Masak dengan api sederhana panas sehingga kuah lada menjadi pekat dan daging ayam masak sempurna.

6. Masukkan bawang besar daun limau purut, garam / gula / perasa pilihan.

7. Gaul seketika sehingga daun limau purut mengeluarkan aroma dan berubah warna.

8. Padamkan api dapur.


Selamat Mencuba

Resepi Untuk Dikongsi

Ayam Percik Pasar Malam

Ayam Percik Pasar Malam



Bahan-bahan (Untuk 2 ekor ayam)

  • 500 gm bawang besar
  • 50 gm halia - dikisar
  • 50 gm lengkuas - dikisar
  • 50 gm bawang putih - dikisar
  • 5 batang serai - dikisar
  • 2 cawan gula
  • 3 sudu serbuk pati ayam
  • 5 senduk cili kisar
  • 5 senduk cili sos
  • 1/2 kg santan


Cara-cara 

1. Campurkan semua bahan dan dimasak sampai mendidih

2. Apabila sudah mendidih, masukkan ayam hingga separuh masak

3. Asingkan ayam dan siap untuk dibakar, kuah yang lebih disimpan untuk dicurahkan di atas ayam nanti

4. Bakar dan siap untuk menjamu selera



Selamat mencuba

Resepi Untuk Dikongsi

Resepi Nasi Kandar Kari Ayam Kering Penang

Resepi Nasi Kandar Kari Ayam Kering Penang



Bahan-Bahan
(Sesuai untuk 4-6 orang) 



Bahan-Bahan untuk Nasi 

  • 3 mug beras (mug standard tinggi adalah 4 inci.) 
  • 4½ mug air 
  • 2 inci halia (diketuk) 
  • 4 ulas bawang putih (diketuk) 
  • 2 sudu besar majerin 
  • 3 ketul kuib ayam 
  • 2 helai daun pandan 




Bahan-bahan untuk Kari Ayam Kering Penang

  • 9 biji Bawang Merah Kecil 
  • 4 ulas Bawang Putih 
  • 3 batang Kayu Manis 
  • 4 biji Bunga Cengkih 
  • Cabai Kering 
  • 2 biji Tomato 
  • Serbuk Kari Ayam 
  • 1 dada Ayam 
  • 1 Yogurt 
  • 2 cawan Beras 
  • 2 helai Daun Pandan 
  • Daun Kari 
  • Air Mawar 


Bahan-Bahan Sampingan untuk Hiasan

  • 1 batang timun (dihiris) 
  • 2 biji buah tomato (dihiris) 
  • Salad (dihiris) 
  • Bawang goreng (ditabur di atas nasi dan di dalam sup) 
  • Minyak bijan (ditabur ke atas ayam yang telah dipotong) 


Sos Sampingan 
(Ikut kegemaran masing-masing) 

  • Sos Tomato 
  • Sos Cili 
  • Sos Cili Pedas 
  • Sos Cili Bawang Putih 
  • Sos Cili Thai 



Cara-Cara untuk Menyediakan Nasi

1) Masakkan air sebanyak 4½ mug bersama dengan 3 kuib ayam. 

2) Beras dibasuh dan ditoskan sehingga kering. 

3) Panaskan periuk dan cairkan majerin. 

4) Masukkan bawang putih dan halia. 

5) Apabila sudah naik wangi, masukkan beras dan goreng beras bersama marjerin tadi kira-kira 8 minit. 

6) Kemudian alihkan beras tadi ke dalam periuk nasi. 

7) Curahkan air yang sudah mendidih ke dalam periuk nasi. 

8) Masukkan daun pandan dan biarkan ia tanak sehingga masak. 

9) Leraikan dengan garfu setelah nasi masak. 

Cara-Cara untuk Menyediakan Kari Ayam Kering Penang 

1) Hiris 5 biji bwang merah kecil, 4 biji bawang putih dan tomato di belah 4. 

2) Selepas itu 4 cabai kering di belah 2. 

3) Dada ayam dipotong kuib. 

4) Panaskan kuali dengan 5 sudu minyak, kemudian tumiskan bawang merah kecil, bawang putih, 4 biji bunga cengkih dan satu kayu manis. 

5) Apabila bahan tumisan sudah naik bau, masukkan cabai kering dan 3 sudu besar serbuk kari. 

6) Kacau sehingga ayam itu masak dan kemudian masukkan tomato. 

7) Masukkan garam, gula dan lada sulah secukup rasa. 

8) Renehkan sehingga agak hampir kering dan masukkan yogurt


Selamat Mencuba

Resepi Untuk Dikongsi

Ayam Goreng Rempah Mamak Penang

Ayam Goreng Rempah Mamak Penang




Bahan-bahan

  • 1 ekor ayam (1.6-1.8kg) | dipotong 10/potongan nasi kandar ( saya guna 900gm ayam/potong biasa)
  • 4 sudu besar tepung ubi kayu
  • 2 sudu besar tepung beras
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu kecil serbuk lada putih
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 2sudu besar serbuk kari daging
  • 1 sudu besar*cili kering yang dikisar halus (saya guna cili powder)
  • 3 sudu besar kisaran halus (bawang besar 1 biji + bawang putih 4 ulas + halia 2")
  • 3 tangkai daun kari | potong halus
  • 1kg minyak untuk goreng
  • Garam secukup untuk dirasa


Cara - Cara

1.Bersihkan ayam yang telah dipotong dan perlu disimpan dalam penapis bersesuaian untuk keringkan air basuhan ayam.Masukkan ke dalam bekas dan masukkan serbuk kunyit dan sedikit garam dan gaulkan serata ketulan ayam di dalam bekas.Masukkan serbuk kari, kisaran bawang + bawang putih + dan halia.Tutup bekas ayam ini dengan "plastic wraper" dan peramkan dalam peti sejuk bahagian dingin selama 1-2 jam untuk bahan rempah ini masuk ke dalam isi ayam.

2.Keluarkan bekas dan masukkan tepung ubi kayu, tepung beras dan tepung jagung bersama serbuk lada putih dan daun kari yang dipotong halus.Gaulkan serata dan dapatkan kelikatan tepung yang tepat.Sekiranya tepung terlalu likat, boleh ditambah telur sebutir atau sedikit air.Kelikatan tepung adalah amat perlu diberi perhatian sekiranya cair, tepung ini akan berpisah dari ketulan ayam...terlalu pekat ia akan menjadi cucur goreng.Maka dinasihatkan agar goreng seketul ayam dahulu untuk pastikan bentuk fizikal ketulan ayam.Peram 20-30 minit sebelum gorengan.

3.Panaskan kuali dan masukkan minyak yang secukupnya (ketulan ayam perlu lemas dalam minyak).Tentukan minyak perlu panas sebelum memulakan gorengan.Suhu minyak amat memainkan peranan dalam gorengan yang cantik.

4.Untuk gorengan yang cantik, ketulan ayam perlu dimasukkan jangan terlalu banyak dan sedikit.Api dapur perlulah sentiasa diawasi supaya ketulan ayam tidak hangus.Pada keadaan biasa cuma masukkan 4 ketul dalam kuali yang sederhana besar pada api sederhana.Gorengan ini biasanya ambil masa 20-25 minit.Untuk pastikan ketulan ayam telah masak, biasanya ketulan itu mula terapung.Masukkan bahagian peha diakhir gorengan kerana bahagian peha ambil masa yang lama untuk masak dan memerlukan api yang kecil.Tanda peha sudah masak ialah dengan perhatikan urat pada bahagian bawah mula pecah dan ketulan mula terapung

5.Goreng ayam tidak perlu lama dan tidak masak.Kalau terlalu masak juice pada ayam akan kekeringan dan menghilangkan kemanisan pada isi ayam



Selamat Mencuba

Resepi Untuk Dikongsi

Resepi:Mohammad Roslan

Ayam Goreng Lemon

Ayam Goreng Lemon



Bahan-bahan

  • 250 gram ayam dipotong dadu
  • Setengah biji lemon diperah
  • Setengah biji lemon dipotong bulat
  • Sedikit kulit lemon dihiris.
  • 10 tangkai cili kering
  • 1 biji telor dipukul
  • 4 ulas bawang putih
  • Setengah inci halia dicincang
  • Sedikit daun ketumbar
  • Minyak bagi menumis dan menggoreng
  • Garam dan gula


Cara Memasak

1) Perap ayam dengan kulit lemon dan sedikit garam selam 10minit

2) Panaskan minyak dan celupkan ayam ke dalam telur dan goring hingga kekuningan. Angkat dan toskan.

3) Untuk sos, ambil sedikit mintak tadi, tumis bawang putih dan halia hingga wangi.

4) Masukkan cili kering dan kemudian perahkan lemon ke dalamnya.

5) Masukkan garam dan gula secukup rasa. Masukkan ayam yang bersalut telur tadi dan goreng hingga sebati. Taburkan daun ketumbar ketika hendak makan dan dihidangkan.



Selamat Mencuba

Resepi Untuk Dikongsi



Resepi Ayam Goreng Mamak Style

Resepi Ayam Goreng Mamak Style



Bahan-bahan

  • 1/2 ekor ayam dipotong 4 dan dibersihkan
  • 2 sudu teh sebuk kunyit
  • 2 sudu teh serbuk cili
  • 6-8 sudu besar tepung gandum
  • 1/2 sudu teh sernuk perasa
  • 2 sudu besar air
  • Garam secukupnya
  • 10 tangkai kari puley (daun kari)
  • Minyak yang cukup untuk menggoreng



Cara - Cara 

1) Perap garam dan kunyit ayam tersebut selamat 20 minit.

2) Masukkan serbuk cili, serbuk perasa, air. Gaul sebati.

3) Masukkan tepung jagung. Gaul sebati.

4) Goreng ayam dengan minyak yang panas, api sederhana dengan kuali bertutup supaya ayam masak sempurna, balik2kan.

5) Last sekali gaulkan karipuley ke dalam lebihan bancuhan, goreng dengan minyak yg panas.

P / S : Garing and sedap uols!!! Boleh guna resepi yang sama untuk sotong, kentang(potong jejari atau wedges), tempe, ikan, udang, peria etc. Saya tak gunakan serbuk kari sebab warnanya akan jadi coklat seolah2 hangus


Selamat Mencuba

Resepi Untuk Dikongsi

sumber resepi dari : Puuteriee Naareesza Put

Ayam Bakar Madu Mayonis

Ayam Bakar Madu Mayonis



Bahan-bahan

  • 8-10 ketul kepak ayam
  • 4cm halia - parut
  • 4 ulas bawang putih - parut
  • 1 sudu besar madu - leh add
  • 1 sudu besar gula perang - hana x ltk tp lebihkan madu
  • 1 sudu kecil blackpepper
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 ½ sudu besar mayonis
  • Butter@minyak zaitun@minyak masak
  • garam




Cara - Cara

1.Basuh bersih kepak ayam. Ketepikan.

2.Gaul kepak ayam dengan semua bahan kecuali minyak zaitun@butter. Perap 4jam atau lebih. Seeloknyer semalaman.

3.Panaskan oven suhu 180. Alaskan loyang dengan aluminium foil.

4.Susun kepak ayam dan renjis2kan dengan minyak zaitun atau letak sedikit butter di atas ayam.

5.Bakar selama 45min-1jam atau hingga keperangan.



Selamat Mencuba

Resepi Untuk Dikongsi

Ayam Goreng Halia

Ayam Goreng Halia

Bahan - Bahan

  • Ayam ribs 5 keping dipotong kecil...
  • Bawang besar 2 labu
  • bawang kecil 4 biji
  • bawang putih 3 biji
  • cili masak 2 biji
  • daun bawang
  • halia 2 inci 3 ketul dihiris
  • sos tiram
  • garam n kunyit serbuk
  • garam n serbuk perasa


Cara - Cara

1.Ayam setelah dicuci dgn tepung , digaram kunyit lalu digoreng bila dh garing diangkat

2.sementara itu tumis semua bahan diatas yg telah siap dihiris masukkan garam n perasa serta sos tiram , kacau sebentar

3.akhir sekali masukkan ayam dan digaul rata dah siap



Selamat Mencuba

Resepi Untuk Dikongsi

Ayam Masak Lemak Merah

Ayam Masak Lemak Merah



Bahan-bahan

  • 500 gm ayam
  • 3 labu bawang*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 1 inci halia*
  • 1 inci kunyit/1 sdk serbuk kunyit*
  • 3 sudu lada kisar*
  • 1 keping asam gelugor
  • 3 biji tomato
  • 2 biji lada merah
  • 6-7 batang bendi
  • 1 cawan santan pekat.



Cara -  Cara

1.Bersihkan ayam, toskan.

2.Kisar semua bahan bertanda

3.Panasakan minyak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau dan pecah minyak.

4.Masukkan ayam, bendi, tomota dan lada besar.

5.Tuangkan santan pekat dan tambah air kalau suka kuah lebih.

6.Sesuaikan rasa.

7.Masak sehingga kuah sedikit pekat dan ayam masak. Hidangkan panas.


Selamat Mencuba

Resepi Untuk Dikongsi

Rendang Ayam Pepes Daun Pisang

Rendang Ayam Pepes Daun Pisang 


Bahan_bahan

  • seekor ayam potong 14
  • Lengkuas 
  • Bawang besar 2bj.
  • Bawang putih 2 labu
  • Cabai besar 3 bji 
  • Cabai 5 biji klu nak pedas.
  • Kunyit hidup bsar ibu jari
  • Halia 
  • Serai 4 btg
  • Santan kerisik
  • Daun pandan 
  • Daun kunyit.


Cara - Cara

1.Tumbuk semua bahan diatas kecuali daun pisang dengan daun kunyit

2.Campurkan semua bahan tadi dan letakkan dan pisang 2 ke 3 lapis lepas tu tuang ayam diatas daun pisang dan tutup dgn daun pisang lagi .

3.letak di atas api yang perlahan..tapi klu periok agak nipis .letak lah daun pisang lebih sikit hangit .



Selamat Mencuba

Resepi Untuk Dikongsi

Sumber: Nur Ayu MAHN

Ayam Serai Pedas

Ayam Serai Pedas

Bahan-bahan:

  • 3 keping dada ayam - ambil isi sahaja - ayam tu gaul dengan sedikit serbuk kunyit dan garam, pastu goreng hingga masak tapi jangan terlalu garing.
  • 1 batang serai - dititik
  • 5 helai daun limau purut
  • 2 biji cili besar - ditumbuk@dikisar
  • 6 biji cili padi - ditumbuk@dikisar
  • 1 ulas bawang putih - ditumbuk@dikisar
  • 1 ulas bawang merah - ditumbuk@dikisar
  • 1 camca sos ikan @sos nampla
  • 1 camca sos tiram
  • secubit gula
  • kiub pati ayam
  • sedikit perahan limau nipis
  • sedikit minyak untuk menumis


Cara:

1.Masukkan minyak untuk menumis serta serai, daun limau purut, cili besar, cili padi, bawang putih dan bawang merah.

2.Tumis sehingga naik bau. Masukkan potongan ayam dan sedikit air bagi memastikan ayam masak secukupnya.

3.Masukkan sos ikan, sos tiram, gula dan kiub pati ayam.

4.Kacau sebati. Tutup api dan hidangkan.


Selamat Mencuba

Resepi Untuk Dikongsi

kredit ; koleksi resepi masakan ayam

Ayam Perap BBQ

Ayam Perap BBQ


Bahan-Bahan

  • 1 labu bawang besar
  • 10 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • ½ inci lengkuas
  • 2 batang serai
  • 1 botol sos BBQ


  • 3 sudu besar madu
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 3 sudu besar mentega/margerin or minyak
  • 1/2 cawan kicap pekat manis
  • 2 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah@lada hitam
  • garam secukup rasa


Cara Cara

1. Kisar bawang besar, bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas & serai

2. Gaul rata bahan kisar dengan semua bahan lain.

3.Tuangkan ke atas ayam dan perap selama 3 jam pada suhu bilik.


Tambahan:

-Selain ayam, boleh guna sosej atau daging juga.

-Untuk ayam & daging, sebaiknya kelar2 sikit isinya sebelum diperap supaya bahan perapan lebih meresap.

-Baki perap boleh simpan didalam peti sejuk, utk digunakan di masa akan dtg.

-BBQ lebih sedap diperap lebih lama.

-Mula2 perap sekurang2nya 3jam dlm suhu bilik, lepas tu masukkan dlm peti sejuk.

-Pada hari yg nak masak nanti, baru keluarkan, dan biarkan ais cair dulu.


Selamat Mencuba

Resepi Untuk Dikongsi

kredit : Koleksi Resepi Masakan Ayam
Resepi Untuk Dikongsi. Powered by Blogger.