Showing posts with label SAYUR. Show all posts
Showing posts with label SAYUR. Show all posts

Kailan Ikan Masin

Kailan Ikan Masin



BAHAN - BAHAN

  • 5 pokok kailan ( dipotong berasingan bekas daun dan batangnya. Batang dipotong serong)
  • 2 keping isi ikan tenggiri (masin atau jeruk)
  • 2 ulas bawang putih ( diketuk dan dicincang)
  • 1 labu bawang besar dihiris.
  • 3 biji cili padi di tumbuk kasar @ 3 biji cili hidup ditumbuk kasar
  • sedikit minyak masak
  • sedikit air (jika perlukan sedikit kuah)
  • sedikit serbuk 'Cukup Rasa' jika suka



CARA - CARA

Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga harum.

Masukkan isi ikan tenggiri jeruk dan goreng hingga masak isinya. Tekan2kan hingga hancur isi ikan tersebut dengan senduk dan buang tulangnya.

Masukkan cili dan serbuk 'Cukup Rasa' .

Kacau rata dan jangan sampai cili hangit.

Segera masukkan batang kailan. Kacau sebentar hingga 1/2 masak baru masukkan daun kailan. 

Kacau sebentar hingga masak sepenuhnya dan hidangkan.




Selamat Mencuba

Resepi Untuk Dikongsi

Tofu bersama Asparagus

Tofu bersama Asparagus



Noted : Untuk mereka yang inginkan makanan sihat tetapi lazat, anda boleh mencuba resepi Tofu bersama Asparagus dengan menggunakan periuk nasi sahaja.

Bahan-bahan

  • 1/2 ikat asparagus, dipotong 1 1/2 inci
  • 1/2 blok tofu goreng, dipotong bentuk kiub
  • 1/2 lobak merah, kupas dan dihiris nipis
  • 1 ulas bawang putih, dicincang
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos kicam manis
  • 1 sudu kecil minyak sayuran
  • 1 sudu kecil minyak bijan
  • 1 sudu kecil cuka
  • 1 sudu kecil madu


Cara - Cara

1.Campurkan semua bahan dalam mangkuk. Masukkan bahan ke dalam pinggan kalis haba. Letakkan ke dalam periuk nasi. Masak untuk 15-20 minit.



Selamat mencuba

Resepi Untuk Dikongsi

Taugeh Tumis Ikan Masin

Taugeh Tumis Ikan Masin


Saiz hidangan : 4-5 orang

Bahan-bahan

  • 250 g taugeh - dibersihkan
  • 100 g isi ikan kurau kering - (atau lebih kurang) potong kecil2 dan goreng garing
  • 1 biji bawang besar - hiris halus
  • 3 ulas bawang putih - cincang halus
  • 2 tangkai cili merah - hiris
  • 3 tangkai cili padi (opt) - belah 2 jangan putus
  • sedikit lada sulah serbuk
  • garam dan perasa secukup rasa (jika perlu)
  • daun kucai atau daun sop/bawang - hiris
  • sedikit kicap manis
  • sedikit minyak masak - untuk menumis
  • bawang goreng - untuk tabur


Cara-cara

1. Panaskan sedikit minyak masak dalam kuali, masukkan bawang besar dan bawang putih, tumis hingga wangi dan masukkan cili merah dan cili padi dan gaul.Masukkan juga lada sulah serbuk, garam dan perasa secukupnya jika perlu.

2. Kecilkan api, masukkan ikan kering, tauge, hirisan daun kucai atau daun sop/bawang. Balek2kan sekejap lalu matikan api supaya taugeh tidak layu sambil direnjiskan sedikit kicap manis.

3. Ketika menghidang, tabur sedikit bawang goreng.

4. Lauk tauge ini enak juga ditambah hirisan tomato.



Selamat mencuba

Resepi Untuk Dikongsi

Kangkung Goreng Belacan

Kangkung Goreng Belacan



Bahan- bahan


  • kangkung (utk satu pinggan hidangan la..pandai2 la agak..ehhe) - dipotong
  • 10 ekor udang kecil (kalau xnak letak pun xpe)
  • minyak secukupnya
  • garam secukup rasa 
  • air secukupnya


ditumbuk

  • 2 ulas bawang putih *
  • sedikit belacan (guna sambal belacan pun xpe) *
  • satu tangkai cili merah 



Cara - Cara

1.panaskan sedikit minyak untuk menumis bahan tumbuk sehingga naik bau.

2.masukkan kangkung dan air, biarkan setengah masak.

3.masukkan udang dan gaul rata. perasakan dengan sedikit garam dan jangan biarkan sehingga sayur tersebut terlalu layu (terlalu lembik).

4.siap! hidangkan dalam pinggan



Selamat Mencuba

Resepi Untuk Dikongsi

Sambal Sayur Goreng

Sambal Sayur Goreng



Bahan-bahan

  • Kobis dihiris/kacang panjang
  • Tempe dipotong kecil dan digoreng
  • Tauhu dipotong kecil dan digoreng (jgn terlalu garing)
  • Kentang dipotong kecil dan digoreng
  • Suhun di goreng dahulu
  • Cili Api dihiris
  • 5 ulas Bawang Merah dihiris
  • 2 ulas Bawang Puith dihiris
  • Sedikit Udang Kering
  • sedikit kicap manis



Cara - cara

1.Tumis kedua dua bawang sampai naik bau. 

2.Masukkan cili api, udang kering dan sedikit kicap.

3.Masukkan Sayur Kobis atau kacang panjang bila separuh layu masukkan tempe, tauhu, kentang dan suhun. tambah garam dan gula secukup rasa

4.kacau goreng hingga sebati Sedia dihidang.



Selamat Mencuba

Resepi untuk Dikongsi

Asam Rebus Batang Keladi

Asam Rebus Batang Keladi


Bahan-Bahan

  • 3 pokok keladi- disiat kulitnya dan potong2,ambil sekali buahnya
  • 1/2 cwn jus asam jawa, boleh juga guna asam keping
  • 2 tangkai daun kesum
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Air secukupnya
  • Bahan Kisar
  • 5 tangkai cili merah
  • 10 tangkai cili padi merah
  • 4 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
  • 1/2 cwn ikan bilis-buang kotoran, cuci dan toskan
  • 1 inci kunyit hidup
  • sedikit belacan


Cara Memasak


1.Siang batang keladi, cuci dan toskan. Rebus keladi dan batangnya hingga empuk.
Setelah empuk, tutup api dan toskan airnya. Ketepikan dulu.

2.Dalam periuk masukkan bahan2 kisar. Tambah sedikit air dan biarkan mendidih.
Tambahkan air secukupnya. Masukkan batang keladi tadi, jus asam jawa, gula dan garam.
Masukkan daun kesum dan perasakan.

3.Sekiranya dah cukup rasa, bolehlah tutupkan api dan hidangkan bersama lauk kegemaran.


Selamat Mencuba

Resepi Untuk Dikongsi


Sumber: UmmuDurrah JutawanMuda

Peria Pahit Tapi Berkhasiat

Peria Pahit Tapi Berkhasiat


Bahan-Bahan

  • Peria 1 biji
  • Udang 4 ekor (cincang2)
  • Telor 1 biji
  • Minyak zaitun 2sb
  • Minyak Bijan 1sb
  • Kiub pati Ayam 1
  • Gula perang
  • Garam


Bahan Tumis

  • Bawang merah 2 biji
  • Bawang putih 6 biji
  • Cili padi 1 tangkai
  • Lada merah 1 tangkai
  • ( Hiris semua bahan)


Cara Menyediakan

1) Panaskan kuali.taruk minyak 2sb Goreng peria dulu sampai layu sikit.Angkat letak tepi dulu.Pastu terus pecahkan telor.kacau2 sambil pecah2 kan telor tu masa goreng..angkat.

2) Tambah lagi minyak..terus masukkan bahan tumis dan udang...kacau2 hingga wangi..taruk kiub ayam,gula secukup rasa.

3) Akhir sekali masukkan pria telor dan minyak bijan..kacau2 kejap..siappp


Selamat Mencuba

Resepi Untuk Dikongsi

Sumber : Fb Atie Jumaat


Masak Lemak Mumbang

Masak Lemak Mumbang



Bahan-bahan

400g mumbang kelapa muda – dihiris nipis-nipis
5 cawan santan – diperah dari 550g kelapa parut
2 sudu teh lada hitam
50g bawang merah
20g udang kering
25g ikan bilis
2.5sm kunyit hidup
20g daun selasih
1 helai daun kunyit
Garam


Cara memasaka

1.Masak semua bahan-bahan bersama di atas api kecil sehingga mumbang kelapa empuk dan santan menjadi pekat.

2.Bubuh garam secukup rasa



Selamat Mencuba

Resepi Untuk Dikongsi

Kacang Pancang Goreng Berlada

Kacang Pancang Goreng Berlada



Bahan-bahan ( Sajian untuk 3 - 4 orang )

1 ikat kacang panjang - anggaran 10 batang
3 ulas bawang merah - ditumbuk
2 ulas bawang putih - ditumbuk
5 biji cili padi - ditumbuk
1 kiub belacan atau 2 inci - ditumbuk
<300gm> udang kering - direndam seketika
1 biji limau kasturi
* kiub pati ayam - optional
*Garam, gula / serbuk perasa
* garam boleh ditukar dengan kiub pati ayam dan penggunaan belacan juga sudah menyediakan rasa masin.


Cara-cara

Potong kacang panjang dan bersihkan.

Tumiskan bahan tumbuk sehingga terbit bau dan masukkan udang kering.
Masukkan kacang panjang dan renehkan seketika. Sekiranya berminat dengan penggunaan *kiub pati ayam, boleh masukkan sekali.

Tambahkan *garam dan gula / serbuk perasa.

Perahkan jus limau kasturi, gaul dan sedia untuk dihidangkan.


Selamat Mencuba

Resepi Untuk Dikongsi

Sayur Campur Ala Thai

Sayur Campur Ala Thai

 

Bahan untuk 1-2 Orang Makan:

3 Bawang Merah (dihiris)
3 Bawang Putih (diketuk)
Kobis bunga
Kobis brocolli
Sweetpea
Jagung muda
Lobak merah
Cendawan butang
Cendawan tiram
Sos Tiram
Sup ayam (guna kiub ayam pun boleh tapi tak power)
air tepung jagung (memekatkan kuah)
Minyak zaitun
Gula, garam secukup rasa


Cara


Tumis bawang merah dan bawang putih. Masukkan air sup ayam 2-3 senduk kemudian masukkan semua sayur di atas.


Didihkan hingga sayur menjadi lembut dan masak. Kemudian campurkan sos tiram, gula, garam, secukup rasa lidah orang Thailand.

Akhir sekali, masukkan air tepung jagung untuk memekatkan kuahnya. Siap dihidang panas bersama nasi atau dimakan begitu sahaja


Selamat Mencuba

Resepi Untuk Dikongsi
Resepi Untuk Dikongsi. Powered by Blogger.