Kacang Pancang Goreng Berlada

Kacang Pancang Goreng Berlada



Bahan-bahan ( Sajian untuk 3 - 4 orang )

1 ikat kacang panjang - anggaran 10 batang
3 ulas bawang merah - ditumbuk
2 ulas bawang putih - ditumbuk
5 biji cili padi - ditumbuk
1 kiub belacan atau 2 inci - ditumbuk
<300gm> udang kering - direndam seketika
1 biji limau kasturi
* kiub pati ayam - optional
*Garam, gula / serbuk perasa
* garam boleh ditukar dengan kiub pati ayam dan penggunaan belacan juga sudah menyediakan rasa masin.


Cara-cara

Potong kacang panjang dan bersihkan.

Tumiskan bahan tumbuk sehingga terbit bau dan masukkan udang kering.
Masukkan kacang panjang dan renehkan seketika. Sekiranya berminat dengan penggunaan *kiub pati ayam, boleh masukkan sekali.

Tambahkan *garam dan gula / serbuk perasa.

Perahkan jus limau kasturi, gaul dan sedia untuk dihidangkan.


Selamat Mencuba

Resepi Untuk Dikongsi

0 comments:

Post a Comment

Resepi Untuk Dikongsi. Powered by Blogger.