Bahan-Bahan : loyang 6" x 6"
menggunakan cawan metrik = 250 ml air
- 1 cawan tepung gandum (diayak)
- 1/4 cawan serbuk holicks
- 5 biji telur gred A
- 225 g mentega (DJ menggunakan butter SCS)
- 4 sudu besar serikaya
- 1/2 cawan gula kastor
- 1/4 cawan susu pekat manis
- 1 sudu kecil esen vanilla
- 1 1/2 sudu besar serbuk nescafe + 1 sudu kecil serbuk koko (bancuhkan dengan 1 sudu besar air panas)
- Pewarna hijau dan kuning
Cara-cara
1.Sediakan pengukus dan jerangkan airnya. Lengserkan dengan mentega dan taburkan dengan sedikit tepung. (Seelok-eloknya alaskan loyang dengan kertas serap minyak)
2.Ayak tepung bersama horlicks di dalam satu bekas yang agak besar. Ketepikan.
3.Pukul mentega bersama gula sehingga kembang dan putih.
4.Masukkan telur sebiji dan putar dengan kelajuan minima. Masukkan lagi sebiji telur dan putar lagi. Ulangi sehingga habis.
5.Masukkan esen vanilla dan putar lagi.
6.Masukkan serikaya dan putar sebati. Kemudian, masukkan susu pekat dan putar lagi.
7.Masukkan tepung dan diadun sekata.
8.Bahagikan adunan kepada 3 bahagian.
Campurkan satu bahagian dengan bancuhan nescafe tadi dan kacau sebati.
9.Adunan kedua dan ketiga diwarnakan hijau dan kuning. Kemudian setiap bahagian ini dibahagi lagi dua dengan menggunakan bekas-bekas atau cawan-cawan kecil.
10.Tuangkan adunan hijau ke dalam loyang terlebih dahulu.
11.Kemudian, tutuplah loyang dengan kertas foil. Kukus selama 3-5 minit atau sehingga adunan dah tak cair
12.Tuangkan untuk lapisan kedua iaitu adunan kuning. Ratakan. Kukuslah lagi hingga dah tak cair.
13.Akhir sekali ialah adunan nescafe. Ulangi proses hingga habis.
Untuk lapisan terakhir, sila kukus selama 30-40 minit atau sehingga kek masak sempurna.
14.Sejukkan kek sebelum dipotong.
Tip - Tip Mengukus Kek:
1.pastikan loyang yang digunakan hendaklah bersesuaian dgn kuantiti bahan kek
2.loyang kek hendaklah kering dan tidak bocor
3.pengukus kek hendaklah bersih
4.perkakas kek hendaklah bersih
5.elakkan adunan kek dari terkena air kerana ia akan merosakkan kek
6.gunakan telur segar
7.seelok2nya tepung yg digunakan hendaklah dijemur terlebih dahulu. Ini akan meringankan lagi tekstur kek. Di samping itu, kek akan menjadi lebih gebu dan lembut.
8.lapikkan loyang kek dgn baking paper supaya mudah nak dikeluarkan dari loyang setelah masak. Seelok2nya, griskan loyang yang telah dilapik tadi dgn mentega dan taburkan sedikit tepung di permukaan dan di sekelilingnya. Kemudian tangkupkan loyang tersebut sambil diketuk2 sedikit utk mengeluarkan lebihan tepung tadi.
9.setelah adunan kek dimasukkan ke dlm loyang, tutup dgn kertas foil atau plastik utk mengelakkan dari terkena titisan air semasa proses mengukus.
10.lapkan tudung pengukus setiap kali hendak menambah air atau melapis kek. Gunakan air panas shj.
11.jangan menggunakan api terlalu besar dan terlalu perlahan. Kek akan lambat masak atau tidak naik sempurna.
12.untuk kek2 lapis, ratakan dgn lapisannya tetapi jangan ditekan sekuat2 hati...nanti kek akan menjadi bukit bukau atau berombak2...
13.biasanya utk lapisan pertama, akan mengambil masa 3-5 minit utk masak bergantung pd banyaknya adunan. Jangan terlalu lama, sebab lapisan kek mudah tertanggal setelah dipotong
Selamat Mencuba
Resepi Untuk Dikongsi
0 comments:
Post a Comment